Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa?
Tujuannya :-
1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu.
2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala-ala bongsai.
Tak percaya? Tengok la gambar pokok daun kari yang kami tanam.
Bila pokok kari meninggi, potong bahagian pucuk seperti yang ditandakan.
Hasilnya…
Tip lebatkan daun pokok kari
Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemdian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Tanam anak pokok buah keliling rumah tapi asyik lupa nak siram. Atau pun lokasi pokok jauh jadi penat untuk berulang alik siram pokok.
Penyelesaiannya boleh ikut cara Shidee Roshadi. Ini cara paling bajet, tak perlu modal boleh guna botol atau plastik saja.
Caranya;
1. Ambil botol (botol air mineral/minyak) atau boleh guna guna plastik. Tebuk lubang halus menggunakan jarum.
2. Isi penuh air dan tutup. Letak botol atau plastik tadi dekat dengan tanaman/pokok.Titisan air dari lubang kecil tadi akan melembapkan tanah, jadi tak perlu lagi menyiram.
3. Supaya tak perlu siram lama boleh guna botol minyak yang besar. Lebih kukuh dan tak mudah terbalik.
4. Isi air jika nampak berkurang. Cara ini kata Shidee boleh bertahan hampir seminggu untuk anak pokok mangga dan juga kuinin yang ditanam.
5. Boleh juga beli alat ini dan sambung pada botol (boleh beli di Shopee).
Terpesona tengok daun kesum jiran yang rimbun. Senang bila nak makan laksa, asam pedas, kerabu dalam lain-lain. Tapi bila kita cuba tanam atas tanah tak menjadi.
Hanya selepas guna cara di bawah ini barulah hidup subur pokok kesum.
1. Jika tanam dalam bekas sama ada botol atau tong pastikan bekas tidak ada lubang supaya air yang disiram tidak keluar dan tanah sentiasa lembap.
2. Kemudian masukkan tanah, boleh guna tanah yang ada di sekitar rumah atau kalau tiada, beli tanah topsoil warna merah.
3. Siram tanah dengan air, tak perlulah sampai tenggelam tanah tapi kena pastikan tanah lembap. Sama juga jika tanam di atas tanah. Pastikan tanah sentiasa lembap.
4. Ambil batang bahagian pucuk kesum dan cucuk pada tanah lembap tadi.
5. Peringkat awal, letak tempat teduh, selepas seminggu baru letak tempat yang panas.
6. Bila pokok kesum dah rimbun sikit barulah letak baja biji atau baja air.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...