Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh tunas atau ‘jambul’.
Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja terus. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Weekenbaker ini. Caranya tanam bawang untuk daun bawang mudah saja, nak guna botol mineral pun boleh, kalau tiada pasu.
Tanam pokok bawang dalam botol pun boleh
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Cara saya;
Ads
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, saya guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
Ads
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
Ads
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Ramai kalangan rakan yang berkongsi status mereka terkena tag dengan video tak sepatutnya atau video tak senonoh. Bagi yang tak ikut perkembangan semasa mungkin ingat kita terbabit dengan aktiviti begini.
Supaya tak terkena situasi ini di akaun Facebook kita, ada cara yang boleh kita dilakukan. Langkah yang dikongsi oleh Cikgu Siti Suhaila ini boleh dipraktikkan terus.
Cara elak kena tag video tak sepatutnya
Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya? Buat step macam ni supaya kalau kita kena tag pun, post itu takkan terpapar kat wall kita selagi kita tak approve. Cegah sebelum terlambat.
Sekali semak wahh memang banyak sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting gini. Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati.
1. Pergi ke bahagian Menu dan pilih Settings & Privacy dan klik.
2. Pilih Settings
3. Klik Profile Settings
4. Klik Profile and tagging
5. Perhatikan bahagian Reviewing seperti gambar.
6. ‘On’ kan 2 bahagian ini. Ia membolehkan kita menilai dulu post yang ditag sebelum muncul di profile kita.
Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih penemuan sebuah kenderaan dalam sungai yang pemandunya dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu.
Dalam tempoh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarga dan pihak berkuasa untuk mencari mangsa yang hilang ketika memandu seorang diri dari Johor ke Terengganu untuk bekerja.
Sedikit sebanyak kisah ini turut memberi pengajaran kepada kita terutama tatkala melakukan perjalanan jauh sendirian. Betapa pentingnya untuk sentiasa memaklumkan lokasi keberadaan kita untuk ahli keluarga yang sememangnya sentiasa risau akan keselamatan kita.
Dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, antara cara yang boleh dilakukan untuk tujuan ini adalah dengan berkongsi lokasi live atau live location di melalui aplikasi WhatsApp dengan keluarga mahupun rakan.
Bila memandu sendirian perjalanan jauh kongsilah live location
Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.
Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan. Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dan sebagainya).
Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.
Kemas kini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp.
Caranya:
1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.
2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).
3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).
4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak).
5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.
6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.
Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.
Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.
Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
🌶Air boleh tambah, banyak mana nak.
🌶Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...