Pembelian secara talian atau online memang sudah tak asing lagi dengan kebanyakan kita. Segalanya boleh dibeli di hujung jari saja.
Tapi ikut nasib juga, ada masa kita menerima barangan yang dibeli secara online ini dalam keadaan tidak memuaskan hati. Pecah, rosak, tidak boleh berfungsi dan sebagainya.
Memandangkan urusan pembelian online ini biasa dibuat maka ada baiknya kita tahu langkah yang perlu dilakukan sekiranya menerima barang yang dibeli dalam keadaan sebegini.
Peguam Nor Zabetha yang melalui sendiri pengalaman ini berkongsi apa yang perlu kita lakukan.
Pengalaman terima TV retak
Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.
Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.
Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah di bahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak. Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya.
Langkah 1
Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat di bahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang ‘View all Orders’.
Ads
Langkah 2
Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan ‘return’. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari Lazada.
Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.
Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapat jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.
Langkah 3
Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis ‘Request Rejected’. Tekan perkataan tersebut.
Langkah 4
Anda akan lihat ‘view decline reason’ dan ‘dispute’. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.
Ads
Langkah 5
Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service Lazada.
Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.
Kalau syarikat enggan terima barang
Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut:
1. Mendapatkan nama penuh syarikat pembelian online, alamat dan nombor syarikat.
Ads
2. Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat.
Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.
3. Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya.
4. Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya.
Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan. Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.
Kalau saya mendapat maklum balas dari khidmat pelanggan, saya akan maklumkan. Manalah tahu mereka hendak dengar aduan saya. Sebelum ini tidak pernah timbul isu.
Disaran periksa barang sebelum tandatangan
Dalam pada itu disarankan juga agar kita memeriksa barangkan yang diberi sebaik menerimanya. Periksa barang sebelum menandatangi borang.
Sekiranya barang rosak ketika penghantaran, pengguna boleh meminta syarikat tersebut memulangkan barang tersebut tanpa caj.
Rumah yang ada anak-anak kecil biasanya memang akan banyak mainan. Selalunya ini jugalah menjadi penyebab utama rumah nampak bersepah.
Tapi kalau sampai tahap kaki selalu terpijak mainan anak sebab setiap sudut ada mainan anak maka mungkin dah sampai masanya untuk kita buat pengurusan alat mainan anak ini.
Caranya dikongsi oleh Hani Mynis yang sentiasa berkongsi ilmu pengurusan rumah tangga dengan netizen di media sosial.
Kurang mainan lagi bagus untuk perkembangan mental anak
Tahun lepas terbaca satu artikel mengatakan kurangnya alat mainan utk anak sebenarnya bagus utk perkembngan mental dan sosial si anak. Ia sgt memberi impak dalam cara Hani uruskan mainan Aqil
So dah setahun Hani praktik cara penyimpanan dan pengurusan mainan Aqil ni, so far sangat mudahkan nak mantain rumah kemas dan bersih tanpa mainan Aqil memenuhi lantai macam dulu.
Boleh ikut cara ni
Perkongsian ini secara general je kalau tak sesuai, boleh disesuaikan mengikut situasi anak dan rumah. Ni pun Hani ikut berdasarkan pemerhatian waktu Aqil pergi therapy, pembacaan dan sedikit pengalaman (baik dan buruk). Happy organising.
1. Beli rak penstoran atau guna je apa yg ada
2. Bakul, Lego, hotwheel cars, bola, tools
3. Bakul cake puzzle, animals, blocks, fishing
4. Buku, train set, bowling set, board games simpan dalam kotak yg dia sediakan sekali dgn part yg kecil.
Part yang kecil masuk dlm ziplock bag kecil takut berterabur.
5. Cooking set (main masak dgn dia), transportation (segala jenis kenderaan), stationery
6. Simpan mainan utk ke pantai/swimmg pool dlm satu bekas.
Nantu senang nak buat trip ke pantai ke just bawak dgn bekas tu lengkap semua mainan dia nak main pasir.
Tip urus mainan anak
So ni tips pengurusan mainan Aqil sbg rujukan:
Seminggu sekali buat spot check mainan. Cthnya kalau ada beberapa part tu dah hilang menyebabkan mainan tu tak berfungsi dgn baik, discard terus. Cthnya mcm jigsaw puzzle ke. No use simpan kalau tak lengkap.
Limitkan satu jenis mainan satu set sahaja. Contoh mcm set keretapi sekali dgn landasan atau set bowling, satu set dah cukup.
Asingkan set mainan (lagi-lagi yg jenis kecil) dalam bekas kecil. Elakkan humban semua jenis dalam satu bakul besar. Kalau mainan besar takpa juga.
Ajar anak main one set at the time. Ni Hani belajar masa bawa Aqil ke kelas terapi speech delay. Sebab bila keluarkan satu-satu set, boleh ajar anak utk fokus lebih lama kat mainan tu. Takdalah anak jadi rambang mata semua benda nak main.
Kemas sebelum ambil set lain. Memang susah nak buat mulanya. Tp mmg kena ajar. Kena tahu personaliti anak mcm mana. Ada yang dgn disuruh je terus dia buat. Ada yg kena buat sama-sama.
Label, ya Hani dan label tak boleh dipisahkan. Senang nak kemas mainan dan nak amik mainan apa utk bermain masa tu. Lagi pun sng kita nak trace mainan apa yg anak dah ada kat rumah so tak yah membazir beli set yg fungsi nya sama je.
Bagi wanita, kelengkapan item di dapur amatlah penting dalam memudahkan kerja memasak.
Bukan itu saja, malah boleh menyebabkan kerja dapur juga jadi menyeronokkan.
Baru-baru ini telah berlangsung jualan hebat di sebuah platform beli-belah dalam talian yang popular dan ramai mengambil kesempatan membeli pelbagai barangan dengan harga murah.
Seorang pengguna di laman sosial Twitter menggunakan akaun nama @zira_adam telah berkongsi 11 barangan untuk keperluan dapur yang dibeli dan sangat berbaloi.
Bukan saja harga murah ditawarkan tetapi, multifungi barangan yang dibeli berkenaan. Malah setiap satu barangan yang dibeli harganya tidak sampai RM30 dan sangat berguna untuk keperluan di dapur.
11 Barangan Dapur Berbaloi Beli
1) Oil Filter -RM29.90 (masa offer)
Sangat memberi fungsi dan berguna terutama apabila mengunakan lebihan minyak yang baru sekali digunakan. Bekas ini boleh filter serdak hingga jadi bersih.
2. Foldable Dish Rack
Sesuai untuk yang tinggal beruda. Lepas basuh pinggan mangkuk biarkan kering dan bolehlah disusun balik dalam kabinet. Apa yang bestnya alat ini boleh lipat dan jimatkan ruang di sinki berbanding dari menggunakan rak besar. Boleh juga jika mahu dibawa masuk hutan kelak.
3) Foldable Cutting Board
Bekas ini khas buat potong sayur dan buah. Paling best lepas potong, bolah dijadikan besen. Jadi boleh terus basuh sayur dan buah dalam bekas berkenaan. Siap ada lubang untuk membuang air basuhan.
4) Silicone Lid Cover
Yang ini pula untuk tutup lauk pauk atas meja dan tak perlu gunakan tudung saji. Lagi satu jenis kedap udara dan boleh tutup satu persatu lauk. Boleh elak lalat daripada masuk.
5) Slicer
Cari alat ini untuk masak kentang halus-halus. Lepas beli rupanya boleh juga digunakan untuk memotong buat peria goreng, petola goreng atau sayuran lain. Walau kita sagat macam mana pun tak akan kena tangan sebab sudah dsediakan tempat untuk kita cucuk apa yang kita mahu sagat.
6) Whisk Mixer Egg
Ketika beli tidak rasa begitu berguna, tetapi apabila digunakan untuk menggoreng telur dan letak mayonis, alat ini boleh digunakan untuk mix hingga sebati. Boleh juga digunakan untuk membuat air dalgona.
7) silicon pad
Ini pula barang penyelamat untuk pastikán dapur selamat dari minyak. Terutama ketika mengoreng tidak tahu leták mana senduk, letakkan saja di atas silicon pad, selesai masalah.
8) Meat/Vege Grinder
Alat ini sesuai bagi mereka yang tidak ada lesung batu di rumah. Memang sangat berguna.
9) Kitchen Rack
Beli yang 4 tier. Apa yang best ada roda dan boleh bergerak Ikuti suka kita. Dan paling penting jimat ruang dan dapur tidak semak lagi. Boleh simpan kicap, sis, rempah, gula, garam dan boleh disimpan dengan hanya menolak bawah kabinet.
10) Kitchen Organizer Under Sink
Ramai tahu kegunaan alat ini. Untuk menyimpan barang bawah sinki. Alat ini juga jenis expandable, jadi boleh letakkan batang paip dicelah bawah sinki.
11) Soap Dispenser
Fungsi alat ini mampu jimatkan pencuci pinggan mangkuk sehingga dua bulan penggunaannya. Cuma jika mahu basuh periuk kena masukkan terus pencuci dalam periuk.
Pemergian seorang pemain gitar dan kakaknya akibat terkena renjatan elektrik daripada pemanas air tidak lama dulu tidak dapat dinafikan memberi kesedaran kepada kita akan pentingnya menjaga dan memastikan alatan elektrik di rumah dalam keadaan baik.
Salah satu yang perlu kita perhatikan adalah kotak fius agihan (DB) yang mempunyai fungsi keselamatan jika berlaku aliran elektrik berlebihan.
Menurut Amal Combination, peranti di dalam kotak ini terutamanya ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi) sebaiknya diuji sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi jika berlaku apa-apa kepincangan arus elektrik di rumah.
Pentingnya check kotak fius DB di rumah
Tidak lama dulu kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan dalam industri muzik iaitu Allahyarham Eddy Wan Othman, dan dikhabarkan kematian Allahyarham disebabkan terkena renjatan elektrik pemanas air.
Di sini saya ingin kongsikan, info yang mungkin ada yang dah tahu, mungkin belum, mungkin terlupa atau mungkin ambil ringan. Perkongsian ini adalah umum untuk semua, pengetahuan umum yang perlu diambil tahu.
Gambar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ni, di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yangg penting dalam sistem pengaliran elektrik rumah kita, antaranya yg biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yang masing-masing ada fungsi keselamatan yang tersendiri.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi). Dalam kotak fius agihan, fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yg kita gunakan dalam rumah kita.
Maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan, arus yg bocor terus akan dibawa ke bumi dgn sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorang yg memegang alat berkenaan.
Apa yang perlu kita buat
1. Pastikan semua alatan elektrik anda disambung dgn wayar bumi (wayar hijau) dengan sempurna, wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.
2. Peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dgn menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB tu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY’.
3. Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut Wajib di tukar oleh org yg kompeten.
Jadi lepas ini cubalah tekan ‘test trip’ ELCB kat DB rumah masing-masing, kalau tak trip, cepat-cpat tukar.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...