
Bila buat sandwic bahagian tepi roti yang keras itu kita buang. Ada juga yang memang tak suka makan bahagian ini. Sanggup potong.
Sebenarnya bahagian tepi roti yang dipotong ini kalau diolah boleh jadi hidangan yang sedap. Caranya dikongsi oleh Sarimah Kadiron.
Lebihan kulit roti jangan buang
Ada orang buat sandwich buang tepi roti, angan buang kulit roti tu. Buat macam ni;
1. Ambil lidi sate, gulung kulit roti cucuk pada lidi.
2. Celup roti dan telur yang dibancuh dengan garam dan sedikit lada hitam.
3. Kemudian boleh bakar atas kuali tanpa minyak.
Sedap, boleh buat untuk sarapan atau menu petang hari pulak.
Selamat mencuba.
Sumber: Sarimah Kadiron.
Punca Semut Bersarang Dalam Soket & Tip Mengatasinya

Isi Kandungan
ToggleMasalah semut yang banyak dalam rumah memang memeningkan. Tambah pening bila semut ini suka pula duduk dalam soket.
Kenapa ya semut suka berkumpul di bahagian ini? Untuk yang mengalami masalah yang sama berikut adalah penjelasan Khairun Naim yang juga pengusaha syarikat pest control dalam akaun TikTok beliau berkenaan hal ini.
Dua sebab semut suka duduk dalam soket
Katanya ada dua sebab semut suka berada di bahagian soket ini. Pertama adalah untuk mencari perlindungan dan keduanya mencari sumber makanan.
“Laluan paling selamat di rumah untuk cari makanan adalah di plug point. Semut boleh masuk satu plug point dan keluar di tempat lain dalam rumah.
“Soket rumah ke bercantum ke seluruh rumah dan semut boleh keluar di dapur, dalam bilik. Mudah nak cari makanan da perlindungan. Lagipun laluan plug point ini terlindung jadi mudah dan selamat untuk semut,” terang beliau.
@khairunnaim4 Replying to @Harith.Pahan00 ♬ original sound – NAIM PEST CONTROL
Cara mengatasi
Untuk menghapuskan masalah semut ini kata Khairun Naim disarankan tidak menggunakan racun atau semburan yang bersifat air (water based). Bimbang jika disembur dengan bahan ini ia boleh menyebabkan ‘short’ hingga mengakibatkan perlu membuat pendawaian baru.
Sebaiknya untuk menghapuskan masalah semut dalam soket ini, gunakan racun semua jenis gel. Hanya perlu titiskan gel di beberapa tempat. Gel ini akan dimakan oleh semut dan kemudian pulang ke sarang dan mati seterusnya menghapuskan koloni semut lain.
Punca semut tertarik berada dalam soket dari segi saintifik
Dalam pada itu menurut penjelasan Public Health Malaysia dari sudut sains ada sebab mengapa semut tertarik untuk berada dalam soket.
Dikatakan semut memang tertarik pada gelombang elektrik. Apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia pheromones. Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan dalam masa yang sama lebih banyak semut akan mati!
Kaedah Tanam Kangkung Cepat Tuai, 14 Hari Dah Boleh Petik Buat Kangkung Goreng Belacan

Salah satu sayur yang mudah ditanam adalah kangkung, biasanya dalam sebulan dah boleh tuai. Tapi kalau tak sabar nak tuai lebih cepat ada saja cara yang boleh dipraktikkan.
Seawal 10-14 hari lepas tanam dah boleh tuai kangkung untuk dijadikan hidangan. Tak perlu tunggu lama. Sesuai sangat untuk beginner supaya lebih bersemangat untuk terus bercucuk tanam. Kaedahnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.
Kaedah tanam kangkung cepat tuai
Petang semalam, ajak anak-anak pakat tanam kangkung di tepi rumah. Kali ni kita tanam cara yang cepat berhasil. 2 minggu dah boleh tuai. Caranya sangat mudah dan simple.
– Biji kangkung disemai dulu dalam tray semaian. Lebih kurang 10 biji satu lubang tray.
– Bila dah usia 8-10 hari, baru pindah ke atas tanah. Jaraknya main agak-agak saja. Lebih kurang 4-6 inci antara perdu. Sayangnya tak dapat nak letak sungkupan terus sebab stok daun buluh habis.
– Syok tanam cara ni. Boleh pendekkan tempoh pokok berada dalam petak tanaman. 10-14 hari dah sedia untuk dibuat kangkung goreng belacan.
– Susunan pun nampak cantik, sejuk je mata bila memandang.
Kelebihan tanam cara ini;
1. Pendekkan tempoh pokok berada di tapak tanaman.
2. Kekerapan bertanam meningkat.
3. Pengurusan rumpai jadi mudah.
Cubalah. InsyaAllah seronok dan puas hati.
Sumber: Azuan Abdullah.
Tahi Burung Rosakkan Cat Kereta, Terus Buat Langkah Ini Jika Nampak Bertepek Pada Kereta

Kalau parking kereta bawah pokok, masalah tahi burung bertepek atas kereta memang biasa. Ramai yang membiarkan saja tahi burung yang melekat pada kereta ini berhari hari tanpa menyedari ia akan merosakkan cat kereta.
Jika dibiarkan ia sebenarnya akan menghakis clear coat iaitu lapisan yang melindungi cat kereka. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan kereta Nampak kusam dan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Armada Autowork.
“Tahi burung bersifat asid dengan pH antara 3-4.5 dan mempunyai lapisan sampang atau lakuer (lacquer) yang mengembang dan mengeras di sekeliling najis burung.
“Apabila najis burung tidak dicuci dan mengeras pada kereta, lama kelamaan ia akan menghakis clear coat (lapisan yang melindungi cat kereta). Jika terus dibiarkan ia mampu meresap dan menjadi sebati dengan cat kereta. Sebatian itu akan menjadikan cat kereta nampak kusam dan tidak berkilat.”
Buat langkah ini terus
Bagi memastikan masalah ini tak menjejaskan cat kereta, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan sekiranya mendapati ada najis burung jatuh di atas kereta.
1. Cepat cuci sekiranya kereta anda terkena najis burung.
2. Jika najis tersebut telah mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut dalam masa 4-6 minit.
3. Kemudian gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai. Jangan gosok terlalu kuat kerana ia berisiko mencalarkan kereta.
4. Sekiranya kesan najis burung tersebut masih tidak hilang, bahagian tersebut perlu dipolish oleh pihak yang mahir.
Sumber: Armada Autowork