
Seronok kalau lihat pokok dan sayuran cili, sawi, terung, limau dan sebagainya yang kita tanam keliling rumah hidup subur.
Tapi yang tak bestnya bila pokok yang subur ini habis dikerjakan dek ulat/ serangga perosak daunnya. Memang frust!
Jika kejadian begini berlaku pada tanaman atau sayuran yang ditanam bolehlah praktikkan petua yang dikongsi oleh Hipni Jafar yang menggunakan cara sama pada pokok limaunya yang daunnya dirosakkan ulat -ulat ini.
Tak perlu beli racun serangga pun cuma bancuh bahan yang sedia ada di rumah untuk dijadikan semburan menghapuskan perosak ini.
Petua hapuskan ulat naik daun
Petua ini diperoleh daripada sahabatnya yang menggunakan empat bahan berikut;
1 sudu pencuci pinggan (Glo)
2 sudu MSG (Ajinomoto)
1/2 sudu minyak masak
1 liter air
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan dan letak dalam botol sray.
2. Sembur pada tanah, pohon dan daun pokok kemudian boleh lihat hasilnya.
Ulat/serangga yang merosakkan daun akan mati dan gugur ke tanah. Cara ini juga kesan untuk hapuskan siput babi. Gambar di bawah selepas 2 hari semburan dibuat.
Selamat mencuba!
Sumber: Hipni Jafar
Tip Untuk Pulihkan Kembali Daun Pokok Kunyit Yang Kuning & Kering

Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu di alih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Tip ekstra
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Tip dan petua ini dikongsi oleh netizen dari Facebook Kebun D Rumah
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Cara Paling Mudah Untuk Nampak Awet Muda

Isi Kandungan
Toggle
Nak dapat kesan awet muda, memang macam-macam petua boleh kita ikuti. Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad, menulis mengenai rahsia amalan minum air selepas bangun tidur. Namun ianya perlu dilakukan sebelum kita masuk ke bilik air dan mencuci mulut seperti berkumur-kumur dan gosok gigi.
Janda Presiden Soekarno, Hartini pun amalkan
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya.
Nitric Oxide khasiat dari aspek sains
Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini. Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci? Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ).
NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Mudah saja kan kalau nak awet muda. Tak perlu tunggu lagi, amalkan segera besok ya!
Sumber drzubaidi
DIY Toilet Bomb, Campak Seketul Selesai Masalah Lubang Toilet Berkeladak!

Bab cuci bilik air atau tandas memang memenatkan. Bila lama tak dibersihkan lagilah kotoran akan melekat termasuklah termasuklah di lubang tandas.
Dah disental pun masih juga berkeladak. Bagi menyelesaikan masalah ini Puan Suhaili Baharudin berkongsi DIY toilet bomb untuk membersihkanya tanpa perlu memberus.
DIY toilet bomb, campak seketul selesai masalah
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata itu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
- Bahan-bahan yang diperlukan
1 cawan – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cawan – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)
2. Campurkan sodium bicarbonate dan citric acid. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
3. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
4. Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
5. Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.
6. Selepas 4 jam keluarkan dan letak dalam bekas comel.
7. Campakkan saja seketul dalam lubang tandas rumah, masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang.
Selamat mencuba!
Sumber: Suhaili Baharudin