Alang-alang nak tukar pintu, elok kalau tukar sekali tuil pintu jenis pemegang bukan tombol. Terutamanya kalau di rumah ada warga emas, ahli keluarga OKU atau kanak-kanak.
Alasannya boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Semuanya demi kemudahan dan keselamatan golongan di atas.
Disarankan tukar tuil pintu jenis pemegang
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
▪️ Lebih mesra warga emas ada masalah sendi
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
▪️ Mudah diguna oleh kanak-kanak
Ads
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
▪️ Tombol sukar pulas jika tangan basah
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
▪️ Boleh diguna OKU yang tiada jari atau sebahagian tangan
Ads
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
▪️ Kegunaan ketika keadaan genting
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Ads
Pilih untuk pili juga
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Bagi yang hobi bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan sebagainya.
Jika dah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik (Yakult) & telur.
Kebaikan air pengalak campuran minuman probiotik & telur
Menghasilkan bunga banyak
Menghasilkan buah manis
Suburkan tanah
Agar buah lebih besar
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol minuman probiotik (Yakult) 2 biji telur ayam 1 unit botol mineral 500ml kosong
Cara penyediaan :
1. Campurkan Yakult dan 2 biji telur ayam. 2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati. 3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral. 4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar. 5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.
Cara menggunakan
Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.
Cheese tart, blueberry tart, fruit tart dan sebagainya memang kegemaran ramai. Nak buat desert ini kena ada kulit tart.
Sekarang mudah, kita boleh beli saja kulit tart di bakeri, tak perlu buat lagi. Tinggal buat filling saja, senang kerja.
Memandangkan desert ini memang disukai, permintaan untuk kulit tart pun tinggi. Selain buat untuk hidangan sendiri, kita sebenarnya boleh jadikan kulit tart ini sebagai sumber pendapatan seperti yang dilakukan oleh Hlinda ini.
Jika ada yang nak cuba dan jadikan ia punca rezeki atau pendapatan sampingan, beliau juga berkongsi cara membuatnya.
Kulit tart boleh jadi side income
Siapa sangka kulit tart ini bole jadi side income. Sekarang ramai yang malas nak buat kulit tart sendiri. Kulit tart ini boleh digunakan untuk buat cheese tart mahu pun fruit tart. Saya halalkan resipinya.
Bahan untuk kulit tart:
250 gm majerin
100 gm gula kastor
1 biji telur – boleh guna gred apa pun
1 sk esen vanilla
500 gm tepung gandum (jika lembik boleh tambah sedikit tepung)
Cara membuat:
1. Satukan majerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Tak perlu Kacau sehingga kembang hanya sekadar sebati.
2. Selepas adunan sebati boleh masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Jika lembik dan melekat pada jari masukkan sikit lagi tepung.
3. Bila adunan dah elok boleh masukkan dalam acuan untuk bentuk kulit tart. Saya guna saiz acuan 4.5cm. Alat warna pink itu presser tart, boleh cari di Shopee (klik SINI untuk beli)
4. Bakar dalam oven, suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah.
Info
Nak tahu kulit tart dah masak, cuba terbalikkan acuan. Jika kulit tart tak boleh keluar dari acuan itu bermakna belum masak. Boleh tambah masa lagi.
Suhu bergantung pada oven masing-masing ya.
Bagi adunan ini boleh dapat 110 – 115 pcs. Harga jualan untuk kulit tart ini lebih kurang RM30 untuk 100 pcs.
Kulit tart boleh tahan satu bulan lebih, jangan perap sampai berbulan-bulan.
Masa kecil-kecil dulu mesti ramai yang pernah makan pisang rebus ini. Makan waktu dah suam, cicah dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula. Simple tapi sedap sangat.
Cuma sekarang ini menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada hidangan begini.
Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan boleh cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.
Cara membuat
1. Cuci bersih pisang.
2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.
3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.
4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.
Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...