
Isi Kandungan
ToggleBila ada jambangan bunga dalam rumah, suasana memang lagi berseri. Cuma dilemanya nak beli gubahan bunga yang dah siap memang mahal tapi nak gubah sendiri tak tahu pula.
Bagi korang yang dalam situasi ini boleh ikut panduan menggubah bunga yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
Macam-macam bentuk gubahan boleh buat, cuma perlu cucuk bunga ikut aturan yang disediakan ini.
Gubahan 1
Gubahan 2
Gubahan 3
Gubahan 4
Gubahan 5
Gubahan 6
Gubahan 7
Gubahan 8
Sumber: Chùa Huệ Ân
Buat Sendiri Ayam Bawang Pulau Pinang, Rasa Macam Makan Di Restoren Nasi Kandar

Menu ayam bawang ini memang kegemaran kalau makan di restoren nasi kandar. Malah ada juga yang sanggup ke restoren nasi kandar di Penang semata untuk makan lauk ayam bawang ini.
Mesti ramai juga yang tertanya-tanya macam manalah nak buat ayam bawang yang sedap ni. Okay, ini dia cara membuatnya ya, dikongsi oleh orang Penang sendiri Che Atie.
Cara buat ayam bawang Pulau Pinang
1. Sediakan bawang besar selabu dimayang halus, daun pandan sehelai di potong empat, daun kari setangkai dan ayam digaul garam kunyit.
2. Mula-mula goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
3. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam garam kunyit. Goreng ayam tiga perempat masak.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi satu senduk dan tumis daun pandan, daun kari, rempah empat sekawan.
5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
6. Masuk pes bawang besar satu labu yang dikisar dengan air. Masuk pes dulu, kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
7. Seterusnya masuk 2 sudu serbuk cili, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh, 1 sudu serbuk kari daging, setengah sudu garam masala. Kacau.
8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato, sos tiram. Kacau.
9. Masuk garam gula secukup rasa, Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati, kuah biar pekat.
10. Masuk ayam yang digoreng tadi, kacau biar sebati.
11. Akhirnya sekali masuk bawang yang digoreng tadi. Kacau, siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Che Atie
Idea Tanam Sayur Kalau Tiada Ruang, Tanam Tepi Dinding Pun Boleh. Guna Botol Terpakai Saja

Tiada tanah untuk bercucuk tanam bukan alasan, tanam tepi dinding pun boleh. Kalau nak seribu daya betul tak!
Inilah usaha Ain Motociclo yang baru belajar bercucuk tanam. Dia menggunakan kaedah nutripot yang dibuat sendiri dari botol terpakai yang kemudian dilekatkan pada dinding stor rumah.
Dari tepi dinding ini macam-macam sayur boleh ditanam. Bagi yang nak mencuba boleh ikut info yang dikongsi oleh Ain.
1. Terlebih dahulu semai biji benih sayur, yang ini sawi. Dah naik 3-4 daun barulah boleh dialih ke botol atau nutripot.
2. Untuk membuat botol nutripot boleh guna botol mineral terpakal 1500ml atau 1.5L. Botol ini dipotong 2 bahagian. Bahagian atas dibuat lubang sekelilingnya.
3. Setelah itu botol bahagian atas diletakkan dengan tali mop/kain dan diisi dengan sedikit tanah (tali bertujuan untuk menyerap air baja dari bahagian bawah). Tanah yang digunakan seperti gambar di bawah.
3. Bahagian bawah pula diletakkan air baja AB.

4. Botol yang dah siap bolehlah diletakkan anak benih sayur.
Ini anak benih sayur sawi yang baru dipindahkan dalam nutripot.
Memandangkan kediaman tiada ruang, botol ini dilekatkan di dinding stor. Boleh saja nak letak di bawah jika ada laman.

INFO
- Cara penanaman nutripot ini dah tak perlu siram tapi bila semakin sayur membesar perlu selalu periksa airnya kerana air lebih cepat diserap.
- Bahagian bawah botol disembur cat hitam untuk mengelakkan bahagian bawah berlumut.
Selamat mencuba.
Sumber: Ain Motociclo
Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’

Ada masa kita tak takde selera nak makan lauk yang bergulai, tumis bagai. Nak makan lauk ringkas saja.
Sambal getuk berapi ini antara lauk yang boleh kita buat bila datang perasaan macam ni. Dah siap nanti sekejap saja licin. Kombinasi paling mantap, nasi panas dan telur mata saja. Ini pun dah syahdu sangat.
Cara membuatnya dikongsi oleh Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas. Sesuai sangat untuk yang suka masakan pedas.
Cara buat sambal getuk berapi
Bahan – bahan
Ikan bilis
8 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
Cili api – ikut kepedasan yang dikehendaki
Serbuk perasa
Sebiji limau kasturi
Cara membuat
1. Goreng ikan bilis hingga rangup. Tos.
2. Goreng bawang dan cili padi hingga layu. Tos.
3. Tumbuh bahan yang digoreng ini hingga hancur dan tambah serbuk perasa dan gula.
4. Dah siap perah limau kasturi. Sedia dimakan.
Makan dengan nasi panas, telur mata dan kicap memang syahdu. Buat pula pedas memang boleh mengalir air mata.
Selamat mencuba.
Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas