
Ramai yang memelihara kucing di rumah. Memang syok membelai dan lihat keletah haiwan manja ini.
Tapi ada juga part yang tak best, antaranya bau najis kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin ok lagi tapi kalau banyak dan tak dijaga betul rumah akan berbau busuk.
Memang tak selesa, apatah lagi jika ada pula tetamu yang datang. Bagi pencinta kucing dan memelihara banyak haiwan ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Iskandar Muadz ini.
Memelihara 10 ekor kucing namun setelah tiga hari mempraktikkan tip menggunakan daun pandan ini bau najis kucing tidak terhidu pun.
Pelihara 10 ekor kucing tapi tiada bau busuk!
Caranya;
1. Sediakan pasir kucing dalam bekasnya.
2. Ambil 4 helai daun pandan kemudian potong beberapa bahagian (ikut suka).
3. Letak daun pandan yang dipotong dalam bekas pasir kucing tadi (letak 4 helai daun pandan dalam 1 bekas).
Daun pandan ini menurutnya boleh tahan dalam 3 hari. Lagi kering lagi kuat bau pandan.
Memandangkan bilangan kucing agak banyak jadi beliau menggunakan cara ini dan hasilnya memang tiada lagi bau najis kucing, diganti bau daun pandan.
Selamat mencuba!
Sumber : Iskandar Muadz Foto Reddit
Kalau Pindahkan Anak Pokok Sayur, Ikut Tip Ini Supaya Tak Layu Atau Mati

Isi Kandungan
ToggleDah berjaya semai biji benih serta dah naik pun daunnya tapi bila alih ke pasu atau batas mati pulak anak pokok. Ini kejadian biasa bagi yang baru belajar bercucuk tanam.
Supaya anak pokok yang dialih atau dipindahkan hidup subur membesar dengan baik, boleh ikut panduan dari Liyana Mohd Poad yang banyak bercucuk tanam sekitar kediamannya. Ini tip yang dikongsi berdasarkan pengalamannya.
Bila anak pokok sedia pindah

- Anak pokok yang berukuran sejengkal seperti bendi dan anak pokok cili boleh dipindahkan.
- Untuk sawi atau pakchoy, biarlah mmpunyai sekurang kurangnya 5-6 helai daun kerana akar dan batang sudah cukup kuat.
- Kalau ada 2-3 helai daun, jangan pindahkan dulu. Risiko untuk busuk akar, layu batang, tumbang dan mati sangat tinggi. Jadi,biarkn akar kuat sikit baru pindahkan.
Media tanaman
Media tanaman yg paling biasa digunapakai oleh pekebun adlh topsoil+pasir+bahan organik. Ini memang pro. Nisbah 3:2:1.Apa itu topsoil? Topsoil ialah tanah merah. Tiada tanah merah, boleh guna tanah hitam biasa, pasir manakala bahan organik ialah cocopeat/sekam bakar@mentah lumut terurai.
Bagi beginner, jangan susahkan diri untuk mencampur kesemua bahan ini. Memadai dgn meggunakan tanah campuran 6 in 1 atau tanah organik dan dicampur sedikit sahaja dgn tinja haiwan spt tinja kambing/arnab /ayam.
Guna satu sudu utk satu pasu. Gaul rata dengan tanah tadi dan boleh terus tanam anak pokok.
Cara tanam anak pokok
- Semasa nak menanam, masukkan 2/4 tanah yg dah dicampur tinja tadi ke dalam pasu. Kemudian letakkan anak pokok.
- Masukkan baki 2/4 tanah ke dalam pasu hingga anak pokok tenggelam 2/4 daripada pangkal.
- Daun daun bawah anak pokok seperti cili perlu dibuang terlebih dahulu kecuali sawi atau pakchoy atau bendi.

- Kemudian siram dan letak di tempat teduh dulu. Kenapa kena perlu letak di tempat teduh supaya anak pokok berkembang baik dan stabil.
- Selepas seminggu, barulah ‘cuba cuba’ letak di tempat panas sepenuhnya. Kenapa perlu letak tempat panas? Nanti layu dan mati? Takkan mati, layu itu normal kerana perubahan tempat dan cahaya. Bila nampak layu sikit, jangan panik, terus siram.
Siraman
Seminggu selepas dibiasakan dengan cuaca panas, pokok sudah dapat berdiri dgn kaki sendiri. Siramlah sekali pagi dan sekali petang. Jika cuaca terlalu panas, boleh siram 3 kali sehari.
Lepas seminggu boleh dibaja
- Peringkat awal selepas seminggu ditanam, guna tinja kambing atau tinja ayam dulu. Guna sesudu cukup. Nanti pokok pokok akan gemuk.
- Selepas dua minggu guna baja kopi. Saya banyak guna air baja buatan sendiri.
- Jika guna baja kimia, saya cadangkan guna baja yg ada unsur NPK 15:15:15 dan NPK 16:16:16 yg biasanya 95% pekebun guna iaitu baja Yara Mila dan baja urea juga.
Penggunaan baja yg konsisten akan memberikan tumbesaran yg baik kpd pokok pokok tanaman anda.
Jika ikut cara di atas insya-Allah elok subur tanamannya.
Selamat mencuba.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Cara Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Ada Banyak Nama Dengan Bahagian Makin Mengecil

Tanah pusaka sering jadi isu terutama kalangan adik beradik, pada masa yang sama sering juga dilengah-lengahkan urusannya. Tambah lagi kalau tanah pusaka ada di kampung dan banyak nama yang nak dibahagi, dengan bahagian makin kecil.
Bagi yang berdepan masalah ini berikut adalah cadangan dari peguam allahyarham Salkukhairi Abd Sukor untuk menyelesaikannya. Jangan sampai berbalah sesama adik beradik kerana perihal tanah.
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut. Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kalau Tanam Pokok Kurma Kena Tanam 2 Pokok Sekali, Barulah Berbuah

Melihat ada yang menanam pokok kurma di kediaman dan tumbuh subur mungkin ramai turut berminat untuk cuba menanamnya.
Maklumlah kurma ini memang makanan yang selalu kita ambil bukan setakat bulan puasa saja. Bagi yang berhajat untuk cuba tanam, sebelum itu boleh baca panduan daripada Mahadzir Hashim.
Menurut beliau meskipun pokok kurma yang ditanam boleh membesar dengan elok tapi ada beberapa perkara yang perlu kita tahu supaya tidak kecewa nanti. Ini kerana info tersebut mungkin tidak dibekalkan oleh nurseri yang menjual anak pokok kurma.
Perkara penting kena tahu kalau nak tanam sendiri kurma
Kalau anda meminati atau berura-ura menanam pokok kurma dan menghasilkan buah kurma di taman kebun anda sendiri, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.
Kebanyakan nurseri yang menjual anak pokok kurma tidak akan membekal kepada anda beberapa maklumat penting.

1. Kena ada sekurang-kurangnya 2 pokok kurma
Untuk pokok kurma menghasilkan buah kurma anda perlu tanam sekurang-kurangnya 2 batang pokok kurma, pokok kurma jantan dan pokok kurma betina. Sebatang pokok kurma tidak akan menghasilkan buah.
2. Perlukan angin kuat seperti padang pasir
Untuk proses pendebungan pokok kurma perlukan angin yang kuat seperti di padang pasir. Ini untuk menerbangkan debu bunga jantan ke pokok bunga betina. Binatang seperti burung atau rama-rama, kumbang dan lain-lain tidak akan mendekati bunga kurma atas sebab bunganya tiada bau dan juga tiada madu.
3. Pendebungaan manual
Pendebungaan perlu dilakukan secara manual dengan cara memotong bunga dari pokok jantan dan di ketuk perlahan-lahan ke bunga pokok betina. Atau dengan mengikat bunga jantan ke bunga betina.
4. Ambil masa untuk tahun pokok jantan atau betina
Pokok kurma mudah tumbuh jika ditanam dari biji tapi mengambil masa 4-7 tahun untuk anda tahu jenis jantan atau betina. Dan 50% pokok kurma yang ditanam dari biji akan menjadi kurma jantan.
Cara terbaik ialah dengan tanaman dari sulor kurma yang tumbuh. Jika sulor tadi dari pokok jantan, itu baka jantan dan kalau dari sulor pokok betina itu baka betina. Dengan ini kita dah tahu jantan betina dari awal tanaman. Jangka masa matangnya akn menjadi lebih singkat iatu dri 2-4 tahun sahaja.
INFO
– Anda boleh dapatkan benih bunga jantan yang siap ‘dibungkus’ dari penanam pokok kurma atau nurseri tertentu yang menjualnya secara online.

– Bagi anda yang tiba-tiba mengetahui pokok kurma anda yang sebatang itu adalah jantan, manfaatkan bunga jantan anda dengan menjualnya di pasaran. Jangan ditebang pulak.
– Jika anda hanya ada sepokok pohon kurma dan pokoknya kelihatan berbuah itu adalah pokok kurma jantan. Bunga pokok jantan akan kelihatan seperti buah-buah kurma pada satu peringkat, tapi “buah-buah” itu akan gugur sendiri beberapa lama kemudian. Ini kekeliruan yang sering terjadi dalam kalangan kita.

– Seperti manusia ada pokok kurma bersifat “khunsa” punya kedua-kedua bunga jantan dan betina. Ini kes rare tapi pernah banyk kali berlaku.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mahadzir Hashim.
Kalau nak beli anak pokok kurma boleh klik sini https://invle.co/cler39g