Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.
Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.
Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Ads
Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.
Ads
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
Ads
5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.
6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.
Sekarang ini nak makan luar apatah lagi hidangan western memang agak mahal. Nak makan lamb chop pulak tu. Kalau satu famili 5-6 orang memang akan habis lebih RM150
Kalau nak berjimat dan puas makan, caranya buat sendiri saja hidangan ini di rumah. Siap boleh tambah lagi. Bagi penggemar lamb chop dan nak belajar menyediakannya boleh guna panduan dari Nazri Mat Zain.
Buat sendiri set lamb chop lengkap
Kalau nak berjimat, jom belajar buat sendiri Lamb Chop. Daging beli di kedai atau pasaraya. Tengok betul-betul Lamb atau Mutton. Lamb mahal sikit harganya sebab dagingnya lembut sesuailah untuk buat lamb chop. Kalau mutton murah sikit tapi dagingnya liat sesuai untuk masak Kari dan lain-lain.
Lamb chop
Sediakan bahan ini;
-Lamb 10 pcs (keping) – dibasuh hingga bersih dan toskan
-Masukkan lamb dalam bekas yang sesuai.
-Masukkan bawang putih 4 ulas (tumbuk hingga halus)
-Masukkan sos tomato 1/2 cawan
-Masukkan sos tiram 3/4 cwn
-Masukkan sos cili 1 cawan
-Masukkan kicap pekat manis 1 cawan
-Masukkan Lea & Perrin sos – renjis saja
-Masukkan lada hitam kisar 2 sudu besar
-Tak perlu letak garam, gula dan serbuk perasa
-Gaul kesemuanya dan masukkan dalam bekas. Perap beberapa jam lagi lama lagi sedap.
Cara memasak
– Guna Pan Fry masukkan sedikit minyak masak.
– Susunkan lamb di atas Pan Fry termasuk dengan sos perapan tadi. Guna api perlahan.
– Alih-alihkan lamb masak hingga betul-betul masak. Lamb tak perlu masak lama sebab dagingnya memang lembut. Tak perlu garing, masak medium rare barulah marbeles.
– Dah masak angkat dan letakkan di dalam pinggan. Masukkan sekali sos yang kita masak sekali dengan lamb tadi.
– Ulang masak lamb hingga selesai semuanya. Untuk ulang masak tak perlu letakkan minyak dalam Pan fry lagi. Siap!
Cara buat mashed potatoes
-Guna US potato 4 biji – optional
-Potong dadu dan rebus. Dah empuk angkat dan toskan
-Masukkan daalm bekas dan lenyek hingga halus.
-Masukkan 2 sudu besar butter
-Masukkan 1/2 atau 1 cawan susu full cream dan sedikit garam.
-Masukkan serbuk lada hitam 1 sudu besar
-Kacau sentiasa di atas api perlahan. Agak-agak dah masak tutup api
Boleh dihidangkan.
Cara buat sos black pepper
Bahan-bahan:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan air
5 sudu besar kicap manis
Sos tiram 1 atau 2 sudu besar
Black pepper 1 sudu besar
1 kiub pati ayam
Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
Cara membuat
Panaskan butter hingga cair
Masukkan tepung gandum 2 sudu besar dan kacau hingga berketul-ketul.
Masukkan 2 atau 3 cawan air
Masukkan 5 sudu besar kicap pekat Manis
Masukkan 1 atau 2 sudu besar sos tiram
Masukkan kiub pati ayam sebiji
Masak hingga sos didih dan pekat.
Rasa dulu, baru masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Siap!
Cara buat coleslow
-2 biji lobak merah – diparut
-1/4 atau 1/2 biji kobis – potong halus
-Campurkan kedua sayur. Ambil sayur dalam segenggam atau lebih, sebiji bawag Holland dan masukkan ke daalm blender.
-Masukkan susu full cream 1/2 cawan
-Kisar sekejap jangan terlalu halus.
-Tuang dalam bekas dan campur dengan baki sayur tadi.
-Masukkan mayones lebih kurang 1/2 cawan, sedikit garam, cuka makan 1 sudu besar dan gaul bagi rata.
-Masukkan dalam peti ais dan hidangkan sejuk lagi sedap.
Kebanyakan kaum wanita memang suka kumpul bekas makanan dan minuman. Salah satunya dah tentu jenama ini. Kalau dah beli ia selalunya jadi koleksi kesayangan bertahun-tahun lamanya. Awas kalau ada yang pakai wajib pulang balik tak kira apa cara.
Cuma biasalah bila dah lama guna bekas minuman atau makanan jenis ini pun boleh rosak, retak, atau bekas penutup koyak. Tapi jangan sesekali buang.
Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga masih ramai tak tahu, bekas Tupperware yang rosak, reput dan sebagainya boleh kita tukar ganti yang baru.
Tupperware rosak jangan buang, boleh tukar ganti
Menurut perkongsian Wan Rosni dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau, bekas Tupperware yang rosak ini boleh dibawa ke mana-mana stokis untuk jaminan tukar ganti.
Ini kerana semua bekas jenama ini tertakluk dalam Life Time Guarantee. Ia dijamin mampu berfungsi sepenuhnya untuk sepanjang hayat produk apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa.
Mana-mana produk Tupperware atau bahagiannya yang menunjukkan sebarang kecacatan perkilangan apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa tanpa sebarang caj.
Beliau yang juga Elite Presidential Director di Tupperware Brands Malaysia turut memberikan contoh-contoh item yang boleh claim dan tidak boleh di bawah Life Time Warranty.
Boleh claim:
1. Reput sebab peredaran masa 2. Terkoyak seperti penutup bekas 3. Retak/Rekah (crack) 4. Menggeleding (warping) 5. Menggelupas (peeling) 6. Menyerpih (chipping)
Tak boleh claim :
1. Kotor 2. Gigitan 3. Cair 4. Kecuaian 5. Perubahan warna 6. Calar (Scratch) 7. Kesan Potong (cuts) 8. Leaking (yang berkenaan paip) 9. Cetakan (printed) 10. Tali (straps) 11. Sarung (pouches)
INFO
Dalam pada itu sekiranya stok bahagian atau produk gantian sudah tiada, Tupperware akan memberi bahagian produk alternatif dalam warna yang terkini, yang menawarkan fungsi dan nilai yang sama dengan atau produk asal.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...