Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun ini.
Ini pokok cili bara yang usianya 4 bulan.
1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
Ads
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).
Ada pantang larang orang tua yang pesan jangan tanam pokok betik depan rumah. Kita pun ikut tapi ramai yang tak faham kenapa ia dilarang hingga ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik.
Hakikatnya ia tiada kaitan dengan ilmu mistik atau perkara pelik lain. Tapi apa yang boleh kita faham dari pantang larang itu adalah secara logiknya ia berkait dengan akar pokok betik itu sendiri.
Akar pokok betik ini sebenarnya bersifat besar dan menyelinap di bawah tanah. Ia boleh menyebabkan lantai rumah atau longkang pecah jika ditanam berhampiran.
Perkara ini ditunjukkan oleh PuteraKe4 melalui satu perkongsian YouTube. Beliau menunjukkan betapa besarnya akar pokok betik yang baru ditanam 3 tahun.
Menurut beliau kebetulan pokok betik tumbang tapi masih hidup. Ia mennyebabkan akarnya membesar di atas tanah dan boleh dilihat.
Akar pokok betik yang ditanam ini katanya menjalar hingga berhampiran rumah menyebabkan ia perlu ditebang dan akarnya dikerat kerana bimbang menjejaskan lantai rumah.
Dalam video yang dikongsi dapat dilihat saiz akar pokok betik yang berjaya menjalar dan dikerat yang sememang besar.
Info akar pokok betik
Pokok jantan-akar tunjang (tidak berbuah, boleh tebang)
Pokok betina – akar serabut
Nak mudah masak kita biasa beli santan segar tapi ada masa dah beli berkilo-kilo waktu nak guna baru perasan dah masam.
Kejadian santan masam ni ramai yang terkena tapi jangan terus buang santan ini, rugi. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.
Guna santan masam buat minyak kelapa
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok ja kejadian minyak bersih tak de bau. Boleh letak kat rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.
1.Panaskan santan masam guna api perlahan.
2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Yang ini memang lama dan kena kacau selalu.
4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.
TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.
Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.
Selain lauk pauk, hidangan air waktu berbuka memang jadi tumpuan. Dapat pula air yang macam ni, lain sikit memang teruja nak merasa.
Bagi yang nak cuba air vanilla blue with ice cream ini boleh ikut perkongsian Nordiana Ab Kadil.
Cara buat air vanilla blue with ice cream
Bahan-bahan
3 cawan air masak
5 esen vanila (saya guna penutup botol esen)
Setengah tin susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji
1 pewarna biru (guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila (kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna)
Cara membuat
1. Satukan air masak bersama susu pekat, susu sejat, pewarna biru. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan ais secukupnya, diikuti dengan aiskrim vanila.
3. Untuk rasa lebih enak sempurna, kacau rata aiskrim.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...