Kalau di kampung, pokok jambu air ini antara yang selalu ditanam di halaman. Senang nak makan, petik saja. Kalau ada jambu air madu lagi syok, buat colek untuk makan waktu petang. Terbaik!
Pokok jambu air ini memang berbuah lebat tapi nak dapatkan buah yang cantik, besar dan padat kena buat penjagaan. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Iffah Effah. Kalau tengok jambu yang ditanam buahnya memang cantik.
Guna petua ini supaya jambu air manis, padat!
Menurutnya pokok jambu air yang ditanam ini langsung tak mengunakan racun tapi tetap elok, padat dan sedap buahnya. Ini tip yang dikongsi:
Ads
1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, ambil sedikit garam kasar dan tabur. Tapi nak tabur ada caranya kita berdiri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sebab akar dah gerak jauh dari batang, sama jugak kalau bagi baja).
Tabur garam itu tujuannya untuk tambahkan manis pada buah. (Ini orang dulu-dulu cakap, mereka kan lebih dulu makan garam). Jadi jangan tabur gula pulak sebab nak bagi manis.
2. Pokok jangan biar terlalu tinggi, cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki supaya senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut.
3. Waktu buah berputik, bila dah besar dalam 20 sen balut buah guna plastik dan surat khabar. Pastikan gunting kiri dan kanan supaya air hujan tak bertakung.
Ads
4. Tujuan kita balut buah supaya lalat buah tak serang (buah tak cacat & rosak ) kalau sebelum balut itu ada bintik-bintik hitam tu boleh lah buang awal-awal pilih yang cantik-cantik saja.
5. Masa kutip hasil pula, kalau boleh buah busuk yang jatuh bawah dahan sebaiknya korang sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bawah pokok. Sebab buah yang busuk itu ada fungus jadi ulat akan merebak cari akar jambu. Sebab itu kena bersih kan supaya pokok boleh tahan lama.
6. Buang sedikit daun supaya udara boloh masuk, banyak sangat daun nanti buah kurang (gila daun).
Kalau nak tanam pokok sup untuk makan sendiri kita guna cara yang mudah ini. Tak perlu tanam dari biji benih pun.
Cuma beli saja pokok sup di kedai runcit, kerat dan tanam bahagian pangkalnya. Ini cara yang digunakan oleh Adana Embong. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah penanaman yang dikongsi.
Cara mudah tanam pokok sup guna keratan
Kalau setakat tanam untuk masak guna saja cara ini;
1. Beli je sejambak daun sup pilih yang banyak batang & akar.
2. Sejambak pokok sup pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan kepada 4.
Potong bahagian daun dan boleh guna untuk memasak. Kalau banyak boleh letak dalam bekas yang berisi air untuk tahan lama, seminggu pun segar lagi.
3. Sediakan pasu atau polibeg yang diisi dengan cocopeat atau tanah yang beli kedai Eco pun boleh. Tapi jangan letak padat. Bila padat, air bertakung dan ini boleh menyebabkan akar cepat busuk.
4. Kuantiti tanah pun letak separuh saja dulu, bila pokok dah stabil nanti baru tambah tanah. Kemudian boleh tanam terus keratan pokok sup tadi. Boleh letak 3 keratan dalam satu polibeg.
5. Keratan yang baru ditanam ini hanya semburkan sedikit air, jangan terlalu banyak kerana akar boleh jadi reput. Letak keratan baru ditanam ini di tempat terlindung. Jangan letak tempat panas terus.
6. Bila pokok sup dah naik boleh tambah tanah dan juga baja organik/ baja kopi.
Antara aiskrim yang ‘heaven’ rasanya dan mudah untuk kita beli adalah aiskrim Magnum. Mana-mana pun ada jual tapi nak membelinya tak bolehlah hari hari.
Sebab harganya pun boleh tahan. Kalau anak ramai memang tak dapatlah makan selalu. Tapi tak mengapa, kalau anak atau mak pun suka sangat makan aiskrim ini, boleh saja nak buat sendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Masitah Awang Kechik. Buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Boleh makan banyak mana suka bila-bila masa!
Resipi aiskrim ala Magnum versi bunjut
Bahan-bahan:
200 ml whipping cream (guna brand jenama shani murah sekotak baru 4.90, cari kat kedai bakeri)
200ml susu full cream Dutch Lady
250ml susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan perisa/esen vanilla-ikut suka
Cara membuat:
Campur semua bahan ini dan putar dalam pengisar. Jangan guna blender cili, nanti pedas ice aiskrim. Masukkan dalam jag.
Bahan untuk coklat:
200 gm milk chocolate coin Beryls
150 gm Cadbury Milk Bar (yang kecik tu, beli kat petronas ja)
Kerisik antara bahan masakan yang kita digunakan untuk hari raya. Dalam dua minggu lagi kita pun akan menyambutnya, jadi elok kalau buat siap-siap.
Kerisik ini memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus. Siap
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...