Ramai yang tanam pokok sup di rumah dan ramai juga yang selalu merungut pokok yang ditanam tak hidup.
Jika dah cuba beberapa kali tanam pokok sup tak menjadi, mungkin kena tukar cara penanaman. Tanam pokok sup ini ada 3 kaedah yang boleh digunakan.
Tak jadi cara pertama kita guna cara kedua dan ketiga. Kaedah tanam daun sup ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang telah mencuba semua cara ini.
3 kaedah tanam pokok sup
Jom tanam daun sup untuk kegunaan sendiri. Ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup. Semua saya dah buat & berjaya, yang belum berjaya tanam daun sup boleh lah pilih salah satu dari kaedah yg saya kongsikan di bawah.
Kaedah pertama : semai biji benih
Cara semai:
1) Siapkan media tanam, saya guna peatmoss. Dah isi ke dalam bekas siram siap.
2) Tabur biji benih sikit saja, jangan banyak (secubit). Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ini halus. Selepas spray air biji benih akan terbenam sendiri di celah-celah media. Banyak yang gagal sebab inilah, benih yg bercambah tak dapat tembus tanah untuk dpt cahaya.
Ads
3) Spray dengan air, cukup 1-2 kali spray saja.
4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh pun boleh. Saya biar tak tutup.
5) Spray 2 kali sehari pagi & petang, Insya-Allah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.
Kaedah kedua : tanam semula akar pokok matang
Cara semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak / tunas kecil. 3 syarat ini WAJIB!
2) Potong semua batang kecuali tunas kecil.
Ads
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4) Boleh tanam jika nampak akar makin sihat serta tunas makin segar & membesar. Jangan tanam dalam sangat, cukup kambus akar sahaja.
5) Siram sikit saja air jangan terlebih, ini pun jadi penyebab gagal sebab media terlalu becak.
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Ads
Kaedah ketiga : tanam semula anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
Cara tanam :
1) pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak pokok yang baru tumbuh. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas saja.
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok (kalau cabut tiada akar baik campur dalam sup saja) Kena hati-hati waktu korek/cabut.
3) Tanam & letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4) Siram sikit saja, macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air.
Boleh pilih dari 3 cara di atas untuk tanam. Pokok sup ini tanam sekali saja, InsyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.
Dah guna semua telur, sarangnya jangan buang terutama kalau kat rumah selalu bercucuk tanam. Boleh recyle untuk tanam pokok pula atau lebih tepat boleh buat sebagai bekas semaian.
Caranya sama saja macam kita tanam dalam tray semaian. Dikongsi oleh pengguna Tik Tok cikgufitriagroponik ini langkah yang boleh dilakukan jika nak gunakan sarang telur sebagai bekas semaian.
1. Sediakan sarang telur kemudian penuhkan setiap lubang sarang telur dengan media tanah campuran.
2. Kemudian buat lubang dengan cara menekan jari telunjuk dalam setiap lubang sarang di bahagian tengahnya.
3. Selepas itu bolehlah masukkan biji benih sayuran yang hendak ditanam. Tutup lubang tadi dengan tanah.
4. Spray dengan air dan simpan bekas semaian dari sarang telur ini di tempat yang tertutup dan gelap untuk cepatkan proses percambahan.
5. Selepas bercambah kena keluarkan supaya kena cahaya matahari. Alihkan anak benih ke polibeg, batas ataupun pasu.
Bagi wanita, kelengkapan item di dapur amatlah penting dalam memudahkan kerja memasak.
Bukan itu saja, malah boleh menyebabkan kerja dapur juga jadi menyeronokkan.
Baru-baru ini telah berlangsung jualan hebat di sebuah platform beli-belah dalam talian yang popular dan ramai mengambil kesempatan membeli pelbagai barangan dengan harga murah.
Seorang pengguna di laman sosial Twitter menggunakan akaun nama @zira_adam telah berkongsi 11 barangan untuk keperluan dapur yang dibeli dan sangat berbaloi.
Bukan saja harga murah ditawarkan tetapi, multifungi barangan yang dibeli berkenaan. Malah setiap satu barangan yang dibeli harganya tidak sampai RM30 dan sangat berguna untuk keperluan di dapur.
11 Barangan Dapur Berbaloi Beli
1) Oil Filter -RM29.90 (masa offer)
Sangat memberi fungsi dan berguna terutama apabila mengunakan lebihan minyak yang baru sekali digunakan. Bekas ini boleh filter serdak hingga jadi bersih.
2. Foldable Dish Rack
Sesuai untuk yang tinggal beruda. Lepas basuh pinggan mangkuk biarkan kering dan bolehlah disusun balik dalam kabinet. Apa yang bestnya alat ini boleh lipat dan jimatkan ruang di sinki berbanding dari menggunakan rak besar. Boleh juga jika mahu dibawa masuk hutan kelak.
3) Foldable Cutting Board
Bekas ini khas buat potong sayur dan buah. Paling best lepas potong, bolah dijadikan besen. Jadi boleh terus basuh sayur dan buah dalam bekas berkenaan. Siap ada lubang untuk membuang air basuhan.
4) Silicone Lid Cover
Yang ini pula untuk tutup lauk pauk atas meja dan tak perlu gunakan tudung saji. Lagi satu jenis kedap udara dan boleh tutup satu persatu lauk. Boleh elak lalat daripada masuk.
5) Slicer
Cari alat ini untuk masak kentang halus-halus. Lepas beli rupanya boleh juga digunakan untuk memotong buat peria goreng, petola goreng atau sayuran lain. Walau kita sagat macam mana pun tak akan kena tangan sebab sudah dsediakan tempat untuk kita cucuk apa yang kita mahu sagat.
6) Whisk Mixer Egg
Ketika beli tidak rasa begitu berguna, tetapi apabila digunakan untuk menggoreng telur dan letak mayonis, alat ini boleh digunakan untuk mix hingga sebati. Boleh juga digunakan untuk membuat air dalgona.
7) silicon pad
Ini pula barang penyelamat untuk pastikán dapur selamat dari minyak. Terutama ketika mengoreng tidak tahu leták mana senduk, letakkan saja di atas silicon pad, selesai masalah.
8) Meat/Vege Grinder
Alat ini sesuai bagi mereka yang tidak ada lesung batu di rumah. Memang sangat berguna.
9) Kitchen Rack
Beli yang 4 tier. Apa yang best ada roda dan boleh bergerak Ikuti suka kita. Dan paling penting jimat ruang dan dapur tidak semak lagi. Boleh simpan kicap, sis, rempah, gula, garam dan boleh disimpan dengan hanya menolak bawah kabinet.
10) Kitchen Organizer Under Sink
Ramai tahu kegunaan alat ini. Untuk menyimpan barang bawah sinki. Alat ini juga jenis expandable, jadi boleh letakkan batang paip dicelah bawah sinki.
11) Soap Dispenser
Fungsi alat ini mampu jimatkan pencuci pinggan mangkuk sehingga dua bulan penggunaannya. Cuma jika mahu basuh periuk kena masukkan terus pencuci dalam periuk.
Hampir hari-hari kita masak menggunakan telur. Jika sebelum ini kulitnya dibuang, kali ini boleh simpan untuk buat tempat semai biji benih sawi atau sayur lain.
Caranya dikongsi oleh Hadijah Abu Bakar. Menurut beliau cara semai ini juga lebih mudah.
1. Kalau berhajat semai benih guna kulit telur ini, pecahkan bahagian atas supaya ada ruang untuk masukkan tanah. Pecahkan juga sedikit di bahagian bawah.
2. Basuh dulu kulit telur sebelum letak tanah di dalamnya untuk elak semut atau tikus. Kemudian bolehlah masukkan tanah, boleh gunakan tanah hitam atau tanah sawit.
3. Masukkan 3 biji benih dalam satu telur kemudian letak di tempat redup.
4. Apabila sudah naik 3 daun bolehlah dialihkan ke tanah.
5. Cara alih, pecahkan telur supaya akar dapat merebak dan terus semai dalam bekas atau batas.
Selain sawi, biji benih sayur lain juga boleh disemai menggunakan kulit telur juga.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...