
Tak terfikirpun dari katil terbuang kita boleh hasilkan kerusi yang cantik macam ni. Tapi inilah yang dikongsi oleh Nani Makeover.
Dari katil bujang yang sudah patah kakinya, terhasil kerusi kayu yang cantik untuk disesuaikan dengan deko kediaman.
So lepas ni katil yang patah jangan buang ya. Bagi yang nak cuba idea ni boleh ikut langkah ini ya.
1. Ini katil terbuang yang boleh digunakan.
2. Ambil bahagian kepala katil dan juga kaki katil.
3. Potong papan mengikut saiz kerusi yang diinginkan.
4. Kemudian paku papan menyambungkan kedua bahagian.
5. Seterusnya cat mengikut warna yang sesuai dengan dekorasi kediaman.
Inilah hasilnya
Sumber: Nani Makeover
Pro & Kontra Buat Joint Loan Dengan Suami Untuk Beli Rumah. Perkongsian Dari Penasihat Kewangan

Isi Kandungan
ToggleDisebabkan pendapatan yang tidak berapa tinggi ramai pasangan suami isteri yang mahu membeli kediaman meletakkan nama pasangan masing-masing dalam permohonan pinjaman perumahan.
Harapannya supaya profil kewangan lebih kukuh selain peluang untuk lulus pinjaman perumahan lebih tinggi. Namun begitu bagi suami isteri yang sedang merancang mengambil tindakan ini adalah baiknya menyemak dulu pro dan kontra melakukan pinjaman bersama atau joint loan.
Baca perkongsian yang dibuat dalam thread di Twitter oleh penasihat kewangan Mohd Kauthar Rozmal atau @mohdkautharr tentang perkara ini.
Bagus atau tidak buat joint loan dengan suami
Beli rumah joint loan dengan suami, bagus atau tidak? Mungkin ada yang tak tahu lagi, boleh baca thread ni.
Biasa orang akan joint loan sebab nak kukuhkan profile kewangan. Boleh beli rumah besar sikit. Kalau gaji suami saje 3k, mungkin layak rumah 300k, tapi bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k.
Jika beli dua nama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SnP/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama
Jika suami meninggal dunia apa jadi?
Okay apa akan jadi jika si suami meninggal? Contoh rumah 500k, rumah terbahagi pada 2.
50% – 300k suami punya
50% – 300k isteri punya
Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful. 50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa. Katakan bayaran bulanan RM2000, maka si isteri perlu bayar RM1000 sehingga tamat tempoh.
50 % bahagian suami jadi harta pusaka. Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.
Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata.
Kalau parent tetap nak tuntut hak suami
Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang orang mampu.
Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.
Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?
Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah
Adakah sistem faraid salah? Tidak, orang yang salah. Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan. Bukannya dapat harta free pastu blah tinggalkan si balu terkapai.
Apa isteri kena buat
Apa yang kita perlu buat?
1. Tahu siapa waris isteri/suami kita
2. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan
3. Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.
Dalam pda itu ada juga pinjaman perumahan Islamk yang menggunakan dua nama tapi si isteri tidak perlu membayar rumah jika suami meninggal dunia. Namun begitu bahagian suami tetap perlu faraid.
Sekiranya pihak suami mahu memastikan bahagiannya terus diberi kepada isteri maka sebaiknya membuat hibah bersyarat yang boleh dilakukan melalui perunding kewangan atau perunding harta pusaka @mohdkautharr
Sumber: @mohdkautharr
Tip Buat Air Asam Yang Sedap Menyengat. Kena Gaul Macam Ni, Baru Terangkat !

Hidangan ikan atau ayam bakar memang sedap, tak perlu banyak lauk. Cicah dengan air asam cukup!
Tapi syaratnya air asam kenalah menyengat. Kalau cair, kurang masam dan pedas memang ‘tak kick’! Boleh spoil rasanya.
Kalau nak pastikan air asam sedap menyengat boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Ameera ini. Langkah paling akhir adalah rahsia utama untuk sedap!
Cara buat air asam sedap menyengat!
- Ambil 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar. Potong nipis semua bahan ini.
2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini baru air asam ‘kick’.
3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh.
4. Air suam 1 cawan
5. Campurkan semua dalam mangkuk.
6. Masukkan garam sikit, gula 2 sudu makan.
7. Belacan hancurkan, guna tangan saja.
8. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.
9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.
10. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap!
11. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.
Yang ini, ikan kukus
Selamat mencuba!
Sumber: Ameera
Cara Buat Sambal Getuk Berapi. Makan Dengan Nasi Panas & Telur Mata Memang ‘Syahdu’

Ada masa kita tak takde selera nak makan lauk yang bergulai, tumis bagai. Nak makan lauk ringkas saja.
Sambal getuk berapi ini antara lauk yang boleh kita buat bila datang perasaan macam ni. Dah siap nanti sekejap saja licin. Kombinasi paling mantap, nasi panas dan telur mata saja. Ini pun dah syahdu sangat.
Cara membuatnya dikongsi oleh Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas. Sesuai sangat untuk yang suka masakan pedas.
Cara buat sambal getuk berapi
Bahan – bahan
Ikan bilis
8 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
Cili api – ikut kepedasan yang dikehendaki
Serbuk perasa
Sebiji limau kasturi
Cara membuat
1. Goreng ikan bilis hingga rangup. Tos.
2. Goreng bawang dan cili padi hingga layu. Tos.
3. Tumbuh bahan yang digoreng ini hingga hancur dan tambah serbuk perasa dan gula.
4. Dah siap perah limau kasturi. Sedia dimakan.
Makan dengan nasi panas, telur mata dan kicap memang syahdu. Buat pula pedas memang boleh mengalir air mata.
Selamat mencuba.
Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas