Terasa nak makan kek tapi nak buat kek yang senang, tak banyak bahan. Ok, boleh cuba kek Milo 3 bahan ini. Tak guna tepung pun tak insya-Allah menjadi kalau ikut caranya.
Kek ini juga pernah viral sebelum ini, kalau nak cuba ikut perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek Milo 3 bahan, tak guna tepung tapi lembu dan gebu
Kek Milo 3 bahan, macam tak percaya tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut.
Masuk bulan Syawal makanya setiap hujung minggu kebanyakan kita akan mendapat jemputan rumah terbuka. Selain seronok dapat bersama keluarga ketika beraya, bab makan memang membuatkan kita rasa teruja bila ke open house ini.
Sebulan berpuasa, macam-macam makanan enak terhidang depan mata memang akan buat kita sukar menolaknya.
Inilah yang menjadi punca naik berat badan mendadak selepas puasa. Tapi jika kita ikut 5 prinsip makan ketika open house yang disaran oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri sepanjang Syawal ini jangan bimbang tubuh akan kekal langsing. Nak pergi open house seminggu tiga kali pun boleh.
1. Peraturan 5:2
Ini cara untuk beraya sebulan. Dalam seminggu, amalkan lima hari makan agak sihat dan dua hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang dikira merosakkan diet adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja.
Jadi Isnin hingga Jumaat amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.
2. 20 minit
Ingat bahawa kita akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.
Hidangan “seimbang” bermakna cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat dan sebagainya), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Kemudian barulah makan sedikit manisan.
3. Satu Rumah, Satu Hidangan
Ramai yang mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun kita makan antara lima hingga tujuh kali. Oleh itu untuk satu rumah yang diziarahi hanya makan satu hidangan dengan ‘gap’ mungkin dua hingga tiga jam diantara setiap rumah terbuka.
4. Fokus pada kalori makanan
Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda mahu kurangkan pengambilan kalori, makanlah tapi elak kalori daripada air. Maknanya jangan minum air manis.
5. Jangan tak beraya pulak!
Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Tapi ia perlu seimbang dan tidak berlebihan.
Ketika memilih minyak wangi korang tentu perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol. Wangian yang dipilih itu deskripsinya mungkin salah satu dari empat kategori minyak wangi ini iaitu parfum, eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT), dan eau de cologne (cologne).
Tapi tahu tak bezanya. Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan. Jadi sebelum beli perhatikan juga perkara ini ya.
Parfum
Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20-30 peratus). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.
Eau de parfum
Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya eau de parfum mengandungi 15-20 peratus pati minyak wangi. Eau de parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.
Eau de toilette
Pati minyak wangi jenis ini biasanya berada di bawah 5-15 peratus jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam saja. Namun, dalam minyak wangi lelaki, eau de toilette boleh disamakan dengan eau de cologne.
Eau de cologne
Biasanya eau de cologne lebih murah daripada parfum dan eau de parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi di dalamnya hanya lima peratus. Anda mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.
Daun kesum ini selalu kita guna dalam masakan sebab itu ramai yang suka menanamnya. Bagi yang baru nak cuba menanam pokok kesum ini rasanya elok ikut cara yang dikongsi oleh Mikka Medina ini.
Mudah dan hasilnya pokok kesum hidup subur. Menariknya tak guna tanah dan tak perlu siram pun.
Bahan yang diperlukan
Mangkuk penapis
Pasu
Keratan batang pokok kesum
Langkah menanam
1. Kerat pokok kesum beberapa batang.
2. Cucuk batang ke dalam lubang penapis.
3 Biarkan batangnya menjulur keluar.
4. Letak penapis yang berisi keratan pokok kesum tadi atas pasu yang diisi dengan air.
Air separas dengan belakang penapis. Tebuk lubang pada di tempat yang bertanda untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
5. Tak perlu baja, cuma siram dengan air basuhan beras insyaAllah elok suburnya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...