Batuk antara masalah kesihatan biasa kita alami sampaikan ramai yang malas nak ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Ramai yang sanggup pergi ke farmasi saja membeli ubat batuk. Tapi betul ke ubat batuk yang korang beli tu sesuai dengan masalah batuk yang dialami.
Supaya tak silap, entri dari Facebook Farmasi Sabak Bernam menjelaskan jenis-jenis batuk yang kita selalu alami serta rawatannya.
Kenali jenis-jenis batuk dan rawatannya
Batuk kering (Dry cough)
Tanda-tanda batuk kering: tiada kahak, kegatalan pada
tekak, suara bertukar menjadi garau dan boleh
mengakibatkan hilang suara.
Punca batuk kering: jangkitan virus di tekak, menghidapi
asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok, kesan sampingan ubat.
Batuk basah (Wet cough)
Tanda-tanda batuk basah: berkahak, rasa sesak dada
(tight chest) bila batuk.
Punca batuk basah: jangkitan bakteria di tekak, pneumonia, post-nasal drip.
Jenis-jenis ubat untuk merawat batuk
1. Expectorant (penyingkir kahak)
Sesuai untuk batuk berkahak Cth: DCM Expectorant, Mucolix
Ads
2. Antitussive (penghenti batuk)
Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak Cth: Copastin, Rasitin
3. Anti-asthmatics (batuk lelah)
Sesuai untuk batuk lelah (terutama batuk pada sebelah malam) Cth: Ventolin, Salmodil
Ads
4. Mucolytics (cair kahak)
Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk.
Cth: Bromhexine, Stenac
5. Decongestant (ubat selsema)
Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post nasal drip). Sesuai untuk melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Cth: Cough-EN, Sedilix
6. Antibiotic
Sekiranya batuk melebihi 3 hari berserta kahak hijau/kuning (perlu slip daripada doctor jika ingin mendapatkan antibiotic di farmasi luar)
Ads
7. Lozenge
Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan
batuk. Cth: Difflam, Strepsils, Sobenz
NOTA
Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti di atas, terdapat juga ubat batuk herba/traditional yang boleh melegakan batuk. Cth biasa seperti Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan bermacam-macam lagi.
Pagi pagi asyik buat roti bakar saja, apa kata tukar sikit menu. Kita buat sajian roti cara kampung, roti butut. Roti ini memang rare dan jarang dah orang buat.
Cikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya di sini;
1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar tu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Dah siap, bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!
Melting sangat….Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap.
Sekarang musim durian, selain makan begitu saja ia juga sedap dimakan bersama pulut tanak dan kuah santan.
Cumanya bila buat pulut tanak ini ada yang berdepan masalah pulut keras, patah dan melekat pada periuk.
Untuk hasilkan pulut tanak yang cantik, tak patah dan berkerak ada tekniknya. Bagi yang belum mahir boleh guna cara yang dikongsi Naimah Kasim.
Teknik masak pulut tanak supaya menjadi cantik, tak patah
1. Basuh beras pulut, (tak perlu rendam).
2. Letakkan air dalam periuk macam masak nasi, lebih pun tak mengapa.
3. Biarkan mendidih, jangan kacau langsung supaya pulut tak hancur.
4. Bila dah mendidih kuat, perlahankan api dan keluarkan air tadi hingga tinggal sikit saja (paras atas sikit saja dari pulut). Tutup periuk dan guna api perlahan.
5. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik dan tak patah.
Pulut tanak ini boleh dimakan bersama durian ataupun mangga.
Cara buat kuah santan
– Masak santan atas api yang perlahan. Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
– Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
INFO: Cara orang tua masak kuah santan dulu-duly guna santan segar dari kelapa yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.
Tak kira tua atau muda, ramai saja yang selalu mengalami masalah sakit pinggang. Wanita pula akan selalu berdepan masalah ini bila tiba waktu period.
Ketika ini rasa serba tak kena dibuatnya. Selalu apa yang kita lakukan untuk mengatasi masalah sakit pinggang ini adalah dengan mengambil ubat tahan sakit tapi kalau ambil dengan kerap sudah tentu tak elok untuk tubuh badan.
Alternatifnya anda boleh lakukan senaman regangan ini yang dikatakan dapat meredakan sakit pinggang.
1. Duduk luruskan kaki dan tunduk
Dalam keadaan duduk luruskan kaki. Kemudian ambil nafas secara perlahan-lahan tunduk, sambil tangan memegang kaki.
2. Satukan tumit
Masih dalam keadaan posisi duduk, pegang pergelangan kaki dan cuba satukan kedua bahagian tumit atau telapak kaki. Kemudian tolak sedikit badan ke depan.
3. Buka kaki, tolak badan ke depan
Masih dalam posisi duduk kaki dibuka, pastikan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian tolak badan ke depan perlahan-lahan.
4. Duduk dan terlentang
Duduk dalam posisi lutut dilipat. Pastikan badan dalam keadaan lurus dan tangan pada paha. Secara perlahan-lahan baring terlentang sambil luruskan badan. Cuba tahan dalam posisi ini selama satu minit.
Mudah saja kan, semua dalam keadaan duduk! Ulang 4 set senaman ini ketika berasa sakit pinggang. Semoga bermanfaat.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...