Minggu lepas tular di media sosial kisah cikgu fizik wanita bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri. Terbaru, guru fizik juga kali ini guru lelaki pula yang selamat mendirikan rumah tangga dengan pelajarnya.
Kisah guru bernama Muhammad Shamsul Bahari, 32 ini viral di Twitter bila dia memuat naik status di laman ini. Walau pun sekadar coretan yang cukup pendek ia mengundang lebih 10 ribu respon dari warga Twitter netizen.
Ternyata beza usia 12 tahun bukan penghalang cinta guru dan bekas pelajarnya ini. Bercerita tentang perkenalannnya dengan Intan Syazwani Mohd Hairizan, 20 ujar Shamsul dia mengenali isterinya ketika mengajar sebuah pusat tuisyen di Kulim Kedah.
Lepas habis sekolah baru kenal rapat
Ketika itu, Intan berada di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Namun hanya selepas empat tahun barulah keduanya berkawan lebih rapat apabila Intan menambah Shamsul bekas gurunya itu sebagai kenalan di Instagram pada awal tahun ini.
Kata Muhammad Shamsul Bahari, pada awalnya dia tidak mengenali Intan Syazwani kerana wajah gadis tersebut tampak berbeza berbanding sebelum ini.
Ads
“Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang.
“Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain,” katanya memetik laporan dari Mstar Online.
Bibit-bibit perkenalan mereka bertambah mekar selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas pesanan pada Instastory guru fizik tersebut tentang azam tahun baharunya.
Menurut Muhammad Shamsul, gadis itu membalas: “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.
Ads
Usia muda tapi isteri matang
Tambah guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah itu, jarak umur 12 tahun antara mereka tidak menjadi penghalang kerana sikap isterinya yang matang dan pandai berdikari.
“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.
“Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang (layan) sedikit,” tambahnya yang sudah sembilan tahun mengajar subjek Fizik di SMK Sultan Badlishah.
Pasangan tersebut diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis, membuat semua follower instagramnya terkejut dengan hashtaq #fightcancer. Hastaq itu dimuat naik pada status instagram @rockingbalqis baru-baru ini.
Pada Mei lalu, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya mempunyai masalah jantung. Segalanya bermula dengan kerap demam berpanjangan dan selalu muntah.
Semangat kuat gadis kecil molek ini patut dipuji kerana walaupun kerap demam dan kelihatan pucat, dia tetap gigih menyempurnakan tanggungjawab sebagai pelakon. Malah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014).
Dia semakin kuat
Laporan BH Online menyatakan melalui mesej WhatsApp, Norashikin menegaskan anaknya menghidap kanser. Pun begitu tidak menjelaskan jenis kanser yang dihidapi.
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.
Kita semua dah pun tahu tentang penyakit kanser yang dihidapi Elyana tapi sejak dulu dia tampil positif dan ceria. Malah posting dalam media sosial penyanyi ini juga begitu.
Namun semalam tiba-tiba nada Elyana berbeza. Luahan sebaknya di instagram menunjukkan dia kecewa dengan respon negatif yang diterima. Mana tidaknya sampai ada yang mendoakan dia cepat mati. Patut ke?
Terima kasih kerana menghina wanita ini
Terima kasih kerana menghina wanita ini. Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati.Terima kasih juga yang menggambil kesempatan.Terima kasih kerana menuduh saya ingin kan perhatian.
Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar.Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong.Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering di malukan di khalyak ramai.Terima kasih semua.. Tak apa lah..mungkin anda belum lagi merasa apa yang saya rasa selama ini.
Ini takdir saya
Saya juga sama seperti anda semua manusia biasa,tidak kuat..punya keinginan,punya cita-cita, ingin merasa sihat tanpa menahan sakit.Tapi ini takdir saya. Saya terima.
Kita semua akan mati.Bukan pesakit Kanser sahaja.Saya harap kita jaga amalan kita sendiri.Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan di lakukan ,lebih baik diam.
Walau tinggal nun jauh di Birmingham United Kingdom tapi anak kecil bernama Fatimah aka Timoh cukup popular kalangan rakyat Malaysia. Semuanya gara-gara kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan. Lagi meriah bila adiknya Ali turut mengikut kepetahan kakaknya.
Terbaru melalui perkongsian di instagram Fatimah, 4 tahun sudahpun mula bersekolah rendah. Tapi apa yang menarik adalah reaksi adik Fatimah iaitu Ali yang begitu sedih bila terpaksa berpisah dengan Fatimah sekali pun hanya beberapa jam.
Lebih menyentuh hati bila melihat cara Fatimah mententeramkan adiknya Ali. Korang tengoklah video ini. Menurut ibunya dia sudah dapat menjangka perkara ini akan berlaku memandangkan keduanya cukup rapat ibarat kembar.
“Momen ini memang menyentuh hati. Ia berlaku sebelum Fatimah ke sekolah semalam. Seperti dijangka, ali mula menangis. Kami semua tahu waktu ini akan tiba kerana mereka berdua cukup rapat macam anak kembar yang mustahil untuk dipisahkan.
Kami tersentuh hati melihat kematangan Fatimah menenangkan Ali. Dia habiskan masa lebih setengah jam untuk memujuk adiknya sambil dia juga cuba menahan air mata. Dia memang kakak yang baik. Moga Ali dapat cepat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,”ujar ibunya.
Melihat aksi dua beradik ini meski hati sebak tapi keakraban sebeginilah yang seharusnya diterapkan kalangan anak-anak. Saling menyayangi antara satu sama lain.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...