
Nak hias rumah tak semestinya beli barang baru. Barang lama malah yang dah rosak pun boleh digunakan kembali kalau kita kreatif.
Antara contoh yang menarik adalah idea recycle kerusi meja makan yang dikongsi oleh Teejah Aqeel ini.
Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.
Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table
Caranya
1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.
2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.
3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!
Selamat mencuba.
Sumber: Teejah Aqeel
Cara Buat Kulit Karipap Frozen Yang Crunchy & Flawless Bila Digoreng, Boleh Buat Untuk Jualan Juga

Isi Kandungan
Toggle
Karipap frozen antara yang wajib ada dalam peti sejuk kita. Senang, boleh makan bila-bila waktu. Anak-anak pun suka. Lagi sedap kalau dapat kulitnya yang rangup dan flawles bila digoreng.
Jika selama ini selalu beli karipap frozen apa kata kita buat sendiri pula. Boleh ikut resipi dikongsi oleh Azam Abd Wahab yang menjual karipap frozen.
Turut disertakan tip untuk dapat kulit karipap yang rangup dan cantik waktu digoreng. Jika mahu buat untuk jualan pun boleh.
Resipi kulit karipap rangup
Bahan-bahan:
1 kg (satu bungkus) tepung gandum (saya guna tepung MFM Cap Ros)
3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak
1 sudu makan marjerin (jenama apa pun boleh, saya guna Planta)
350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak/mineral/drinking water/dari penapis
1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja
* Saya tak letak garam, boleh saja kalau nak letak, ikut cita rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan marjerin. Biarkan suam-suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
2. Gaul rata minyak dan tepung menjadi seperti serbuk roti atau breadcrumb.
3. Campurkan air kapur dan air yg 350ml tadi.
4. Setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik, keras sampai boleh uli dan tidak melekat.
5. Uli tepung sehingga sebati menjadi doh.
6. Untuk proses karipap menjadi senang. Rehatkan/biarkan doh dalam 45 minit-1 jam.
Kalau nak cepat boleh tutupkan doh yang diletakkan dalam bekas dan wrap dgn cling film. Dalam 15 minit dah boleh proses buat karipap.
Cara saya untuk no.6, setelah menjadi doh agak-agak tepung tidak melekat( jika melekat atau lembik letakkan sikit tepung. Jika keras tambahkan air).
Lalu dengan secepat kilat jadikan doh kepada bulat-bulat kecil ( selalunya untuk 1kg tepung/ 1 bungkus saya dapat dlm 100-115 biji bebola kecil).
Setelah dibulatkan kecil saya rehatkan dalam 15 minit guna cling bagi kedap udara dan doh cepat lembut dan senang untuk dibentuk. Selepas 15 minit boleh start buat karipap.
Tip buat karipap frozen
Untuk buat jualan frozen ada 2 cara bagi karipap tahan lama. Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan.
1. Goreng separuh masak, sejukkan dan frozen. Karipap tak melekat.
2. Bakar guna oven api atas bawah. Suhu 150 C selama 15minit, ikut oven masing-masing. Dah sejuk frozenkan.
Untuk bekalan travel, saya goreng separuh masak tidak sesuai dibakar kerana karipap akan melt/ melekat dan rupa akan herot petot bila nak menggoreng..
Cara goreng karipap untuk dapat kulit flawless & mengerutu
Untuk karipap frozen flawless gebu gebas. Senang saja, keluarkan karipap frozen terus letak dalam minyak atas kuali buka api kecil sederhana.
JANGAN tunggu minyak panas atau defroshkan karipap. Terus letak karipap frozen yg keras tu dalam minyak yg belum dibuka api atau dipanaskan. Itu saja. karipap tak gelembung atau terbelah di tengah. Insyaallah cantik kejadiannya.
Jika nak kulit karipap mengerutu sebab ada yang suka katanya rangup dan sedap.
Selepas siap karipap boleh terus goreng dengan api yang sederhana besar. Gerutu akan terhasil tapi hanya diguna pakai untuk karipap yang sedia untuk digoreng terus. Untuk karipap frozen defrost dulu barulah digoreng.
Sumber: Azam Abd Wahab
Asyik Tak Dapat Beli, Kita Buat Sendiri Roti Pandan Kelapa Viral

Isi Kandungan
ToggleNampak macam roti Toastem yang viral tapi bukan. Yang ini pula roti pandan gula Melaka hasil air tangan baker Ritzuwan Syde. Lebih kurang saja. Rasa pandan dan kelapa tetap ada.
Kalau susah nak jumpa roti viral, kita buat sendiri roti versi ini ya. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi beliau.
Cara buat roti pandan gula Melaka
“Hari ni saya buat tiruvasi. Roti pandan gula Melaka. Jom kita start.”
Bahan-bahan
500g tepung roti
15g tepung susu
15g tepung ubi
14g kelapa parut
8g garam
50g gula kastor (jika sukakan manis, boleh tambah kuantiti gula kepada 20% atau 100g)
11g yis kering
5g bread improver *optional
10g pandan paste
40g shortening
330g sir tapis
30g gula melaka
Cara membuat
1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan.
2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”.
3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji.
4. Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.
5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
6. Pindahkan doh ke dalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. Saya biarkan kembang lebih sikit.
8. Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing).
Info: Rasa roti ini tidak semanis roti Toastem. Jika suka manis boleh tambah kuantiti gula.
Selamat mencuba.
Sumber: Ritzuwan Syde & ritzthebaker.com
Jika bercadang nak beli breadmaker boleh klik SINI ATAU jika bercadang beli mixer boleh klik SINI
Tip Hasilkan Lempeng Yang Lembut, Gebu & Cantik. Boleh Buat Untuk Jualan. Sedap Makan Dengan Sambal Tumis

Isi Kandungan
ToggleLempeng makan dengan sambal tumis waktu pagi memang best. Terasa macam sarapan di kampung.
Dapat pula lempeng yang lembut dan gebu macam ni lagi lah sedap, boleh makan berkeping-keping.
Untuk hasilkan lempeng macam ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Suzana Othman, yang turut menjadikan hidangan ini sebagai jualan untuk menambah pendapatannya. Suri rumah lain yang nak cuba pun boleh.
Cara buat lempeng yang lembut dan gebu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
500 ml air
1 biji telur
2 sb minyak masak
1 sk garam
1 sb gula
1 sk baking powder
Cara membuat:
1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan air, blend hingga tepung sebati.
3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu. Inilah tipnya.
Cara memasak:
1. Panaskan kuali non stick, tuang adunan ikut saiz kuali.
2. Tunggu lempeng keluar buih dan agak kering barulah terbalik.
3. Tunggu sekejap supaya sebelah lagi masak. Kemudian angkat.
- Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz itu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.
- Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping harga RM5, boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing jika nak jual.
Selamat mencuba.
Sumber: Suzana Othman