Salah satu cara menarik untuk menabung adalah menyimpan ikut warna duit. Ramai yang mempraktikkannya dan ramai juga yang berjaya dan berkongsi kisah mereka di sosial media.
Antara yang berjaya ini adalah Noir Ida Johnny atau dikenali sebagai Miss Kitty. Kisah kejayaannya menabung ikut warna duit ini hingga mengumpul RM27,700 tular di media sosial.
Menurut Ida, tabungan yang dibuat bukan berseorangan sebaliknya bersama dengan pasangan. Hasil gabungan bersama dengan suami itulah dia berjaya mengumpul jumlah tersebut.
Ads
“Miss Kitty dan husband menabung duit RM20 & RM50 dan RM100. Selama 1 tahun 2022 hasil mengumpul duit ini adalah sebanyak RM27,700 menggunakan dua tabung.”
Cara yang dipraktikkan adalah kalau dapat saja note RM20 mereka berdua akan terus simpan.
Ads
“Setiap hari kalau ada RM20 kami simpan terus di tabung. Kalau RM100 & RM50 tu kami simpan bila ada duit lebih di wallet,”ujarnya yang ingin menyambung lagi tabungan ini pada tahun 2023 ini dan menjadikannya sebagai misi tabungan suami isteri.
Ads
Cara mereka ini boleh juga jadi inspirasi untuk kita menyimpan. Yang penting kena komited.
Ramai yang idamkan dapur yang cantik, kemas dan luas. Meski ada keinginan tapi faktor bajet selalu jadi halangan.
Namun begitu nak dapatkan dapur yang teratur, kemas tak semestinya perlu modal yang besar. Boleh tiru cara Raja Nurhazwani yang melakukan makeover dapur kediaman ibunya. Bajetnya tak sampai pun RM800. Sesuai sangat kan!
Dapur sebelum makeover
Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:
1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet
Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.Itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :
4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)• 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper
3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
Storage (RM80 @ Ecoshop)
TOTAL : RM 740.30
Dapur sebelum & selepas makeover
Inilah hasilnya
Meja untuk letak barang ditukar pada yang lebih ringkas
Tempat letak barang khusus diadakan supaya kemas
Bahagian singki & tingkap berubah wajah
Dapur memasak
Selepas guna wallpaper brick pvc terus nampak beza
Bagi yang bakal bergelar bapa, selain perlu mengetahui cara penjagaan bayi baru lahir, penjagaan isteri dalam pantang, yang ini juga penting.
Kerana sebelum semua itu dilalui bakal bapa terlebih dahulu kena tahu cara menguruskan uri sebelum ditanam. Perkongsian daripada bapa 5 anak ini Azlannor Fadzilah boleh dijadikan panduan.
Dah tanam 5 uri sebelum ini
Alhamdulillah, selesai sudah membasuh dan menanam uri baby baru pagi ini. Setakat ini saya telah menguruskan sendiri ke semua lima uri untuk kelahiran anak-anak saya.
Uri perlu diuruskan dengan sehabis baik kerana ia adalah sebahagian dari organ manusia. Jadi di sini saya kongsikan cara bagaimana saya menguruskan uri selama ini.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.
1. Ada tiga perkara utama yang diperlukan di sini;
Uri
Garam
Asam Jawa
2. Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air keatas uri tersebut.
5. Untuk lebih mudah masukkan uri didalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
6. Ambil sedikit garam dan asam jawa.
7. Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.
11. Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.
12. Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.
13. Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.
14. Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.
15. Gali lubang ditempat yang selamat seperti dihalaman rumah atau depan rumah.
16. Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.
17. Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.
18. Timbus tanah dan pijak sehingga rata.
19. Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang seperti anjing, biawak, khinzir dan sebagainya. Selesai!
Semoga perkongsian ini dapat beri panduan pada bakal bapa semua.
Kita berkongsi pengalaman cara orang rumah menanam cili agar cepat berbuah. Guna keratan dahan.
Caranya;
1. Pilih keratan dahan pokok cili yang elok. Sebaiknya guna dahan bukan batang. Sebab dahan yang dipotong akan bertunas baru jadi jangka hayat batang cili asal akan lama.
2. Ambil beberapa ulas bawang merah lalu potong. Sapukan bahagian bawang dipotong pada keratan dahan.
Bawang ini berfungsi sebagai penggalak akar dan juga mengelakkan serangan fungus. Boleh juga cucuk terus keratan dahan cili tadi dalam bawang. Biar dalam 2-3 minit lalu cabut. Jangan tanam sekali dengan bawang.
3. Keratan dahan yang dah disapu atau dicucuk pada bawang tadi boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.
4. Letak di tempat yang redup, elak dari terkena cahaya matahari terik.
5. Dalam seminggu dua, kita boleh tengok tunas baru tumbuh.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...