
Kita memang biasa letak makanan atau baki lauk pauk dalam bekas makanan plastik untuk disimpan.
Tapi kalau letak sambal, gulai dan makanan berminyak lain saki baki minyak yang melekat ini memang susah nak hilang. Dah basuh guna sabun pun berminyak lagi. Selalunya kena basuh 2-3 kali baru hilang.
Rupanya ada tip mudah untuk kita hilangkan kesan berminyak pada bekas makanan plastik ini. Cuma guna garam! Tip ini dikongsi oleh Hafiza Zanuddin.
Bekas makanan plastik yang ada kesan minyak sambal terutamanya memanglah susah nak hilang.
- Ini kesan minyak sambal pada bekas plastik yang susah nak hilang.
2. Masukkan sedikit sabun(tak kisah jenama), kemudian tambah sesudu garam dalam bekas pencuci dan letak sedikit air.
3. Ambil span dari air bancuhan tadi kemudian cuci macam biasa, tak perlu rendam pun. Terus hilang macam ni.
4.Hasilnya, bersih tiada minyak langsung dan menciutkan. Tak perlu basuh 2-3 kali, membazir sabun.
Selamat mencuba.
Sumber: Hafiza Zanuddin
14 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dilakukan Ketika Usia Masih Muda

Isi Kandungan
ToggleSelain dari pengeluaran wang RM10,000 yang dibolehkan untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mungkin ramai yang tak tahu ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP.
Malah ada pengeluaran ini dibolehkan walau pun usia kita masih muda dan belum memasuk usia 50 tahun. Yang kita tahu dan biasa buat adalah pengeluaran untuk mengurangkan pinjaman perumahan, namun selain itu ada lagu 14 jenis pengeluaran untuk kemudahan pencarum mengeluarkan wang sebelum mencapai umur 50 tahun.
1. Pengeluaran Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU
Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
- Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
- Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
2. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
- Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN
- Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat
3. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia
Kelayakan Memohon:
- Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU
- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal; DAN
Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP
4. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
- Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
- Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
5. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:
-Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
-Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
Kelayakan Memohon:
- Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
- Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA
6. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.
Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.
Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.
7. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
- Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
8. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.
- Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
- Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta
9. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.
Kelayakan Memohon:
- Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
- Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
- Ahli yang layak memohon adalah:
i. Warganegara Malaysia; ATAU
ii. Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
10. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
11. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Kelayakan Memohon:
- Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
- Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
- Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2
12. Pengeluaran Haji
Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.
Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.
13. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
14. Pengeluaran Perumahan PR1MA
Membantu Ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.
Cara Mendaftar i-Akaun KWSP
epengeluaran kwsp
Untuk Ahli, anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.
Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’ untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
Jenis pengeluaran selepas usia 50 tahun
Selain 14 pengeluaran di atas, tiga pengeluaran di bawah ini pula biasa dibuat selepas usia bersara.
Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.
Kelayakan Memohon:
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
Pengeluaran Umur 55 Tahun KWSP
Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.
Kelayakan Memohon:
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
Ahli berumur di antara 55 Tahun hingga umur 59 Tahun
Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.
Pengeluaran Umur 60 Tahun KWSP (Akaun Emas)
Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.
Kelayakan Memohon:
Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
Mencapai umur 60 Tahun
Mempunyai simpanan KWSP
Sumber: KWSP & Majalah Labur
Ini Fungsi Butang Shift Lock Pada Kereta Auto Waktu Kecemasan

Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button ‘shift lock’ pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun kita memandu kereta auto, belum tentu kita tahu apa fungsi button tersebut.
Button shift lock dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya seperti kereta perlu ditunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.
Penggunaannya begini;
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa.
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.
6. Kemudian baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.
Sumber : Wan Tan Automotive
Cara Masak Udang Buttermilk, Simple Sangat Tapi Bila Makan Menjilat Jari

Isi Kandungan
ToggleKalau beli udang, asyik masak sambal atau gulai. Kita cuba pulak masak udang buttermilk, rasanya berlemak dan pedas kalau makan memang menjilat jari.
Cara membuatnya pun ringkas sangat dan dikongsi Fairuz Abu Hassan.Katanya selain udang boleh juga gantikannya dengan ayam.
Cara buat udang buttermilk simple tapi sedap ‘gile’
Resipi ini atas masing-masing, letak cili kalau nak pedas. Tak nak pun boleh. Boleh juga tukar kepada ayam. Tapi ayam kena goreng tepung terlebih dahulu. Kalau buat memang akan jadi kegemaran anak-anak.
Bahan-bahan:
▪️ Udang galah (saiz besar dan sederhana)
▪️ Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
▪️ 1/2 tin susu cair (nak berkuah boleh letak lebih)
▪️7 ulas bawang putih (dikisar halus)
▪️ Cili api (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)
Cara membuatnya
-Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
-Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih dan cili api yang dikisar tadi
-Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.
-Kacau sebati. Masukkan udang.
-Masak sehingga pekat. Siap!
Selamat mencuba
Sumber: Fairuz Abu Hassan