Rendam atau goreng, ini antara dua cara masak mi segera yang biasa. Apa kata kita cuba cara yang lain daripada yang lain. Maggi sambal cobek, kalau suka pedas memang layan sangat.
Bahan-bahan: 1 orang makan
1 pek mi segera (Maggi Kari)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah (kecil)
1 tangkai cili
1 butir telur
1 biji limau kasturi
Cara membuat:
1. Bahan segar, kita potong jadi kecil sikit, kemudian tumis dalam minyak. Tumis sampai bahan-bahan ni berwarna keemasan. Itu tandanya luaran dia terkaramel.
2. Lebih kurang macam ni kira dah boleh angkat. Bahan-bahan ni dah jadi beraroma dan lembut. Sekarang kita gesek bahan-bahan ni atas cobek. Guna lesung pun boleh.
Ads
3. Oleh kerana kita dah goreng dulu, bahan-bahan ni mudah lumat. Ini kalau perah limau dan tabur garam pun dah padu ni. Cuma, kali ni kita nak masak Maggi, jadi bertahan dulu.
4. OK, tumis serbuk ⅔ perencah kari dari pek Maggi. Ini kali pertama saya guna perencah kari ni dalam perkongsian. Kita gunakan sikit sahaja sebab nak buat kuah pekat. Takut jadi masin.
5. OK masukkan bahan yang telah dilumatkan tadi. Letak secawan air, dan reneh sampai mendidih.
Ads
6. Dah mendidih, masukkan mi kering ni. Eh, macam tak cukup air je. OK tambah sikit lagi ikut kesesuaian. Ada orang suka celur dan tos mi ni asing. Boleh juga. Hari ni hari malas saya, jadi saya letak je terus dalam kuali.
7. Pecahkan sebiji telur. Reneh. Tutup kuali suapay telur ceoat masak dan mi cepat kembang. Saya nak mi ni nanti kuahnya pekat dan likat. Tak mahu macam sup. Sebab itu saya tambah air sikit demi sedikit.
Ads
8. OK mi dah kembang, dan telur pun dah masak. Kuah dia ngam-ngam seoerti yang saya mahu. Dah boleh tutup api.
Tada! Hidang dalam cobek tadi je lah. Malas cuci banyak perkakas dapur. Mi ni rasa dia pedas, berlemak(bawang putih),manis(bawang terkaramel) dan berempah(kari). Kalau perah limau, syahduuu!
Hajat nak bersihkan singki dapur yang nampak kotor lantas kita pun tuang cecair pencuci jubin untuk bersihkannya. Ingatkan boleh bersih berkilat, sudahnya yang sebaliknya dapat, singki nampak lebih kotor dek kesan asid.
Ada juga yang tuang asid atau pencuci jubin ini dalam singki dengan tujuan untuk selesaikan masalah singki tersumbat. Akibatnya singki jadi sama seperti situasi di atas.
Sebenarnya asid atau pencuci jubin sangat tidak sesuai digunakan kepada permukaan keluli atau besi. Ia akan meninggalkan kesan hitam yang memang sukar dibersihkan.
Tapi jika ada yang berdepan dengan masalah begini, jangan terus susah hati tengok singki. Ada satu tip berkesan yang boleh dipraktikkan, perkongsian daripada Suriyanti Samsudin yang berdepan masalah sama. Hasilnya singki akan bersih berkilat kembali.
Tip bersihkan singki hitam akibat kesan pencuci jubin
Singki rumah jadi macam ni lepas letak asid/ pencuci jubin. Ingatkan boleh hilangkan kerak-kerak hitam tapi lain pula jadinya.
Alhamdulillah, atas cadangan ramai singki dah kembali berseri. Caranya guna Autosol. Memang betul-betul berkesan, tak perlu sental kuat pun. Saya sapu guna Magic Sponge dan Autosol saja, hasilnya bersinar-sinar.
Ini langkah yang saya buat untuk bersihkan singki;
1. Lap kering sinki, pastikan betul-betul kering.
2. Ambil magic sponge dan letak Autosol macam letak ubat gigi. Tak perlu letak air.
3. Terus sapu pada permukaan bermasalah, nanti kesan hitam pada singki akan tanggal dan melekat pada span.
4. Bila dah gosok semua permukaan boleh cuci sinki macam biasa. Hasilnya memang akan bersih berkilat.
Autosol ini ada dijual di kedai hardware dan boleh juga beli secara online. Klik SINI untuk link pembelian.
Biasanya seterika di rumah kita mesti akan ada kesan hitam yang terjadi akibat baju hangus ketika menggosok.
Ia boleh menyebabkan kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Kalau nak tanam pokok sup untuk makan sendiri kita guna cara yang mudah ini. Tak perlu tanam dari biji benih pun.
Cuma beli saja pokok sup di kedai runcit, kerat dan tanam bahagian pangkalnya. Ini cara yang digunakan oleh Adana Embong. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah penanaman yang dikongsi.
Cara mudah tanam pokok sup guna keratan
Kalau setakat tanam untuk masak guna saja cara ini;
1. Beli je sejambak daun sup pilih yang banyak batang & akar.
2. Sejambak pokok sup pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan kepada 4.
Potong bahagian daun dan boleh guna untuk memasak. Kalau banyak boleh letak dalam bekas yang berisi air untuk tahan lama, seminggu pun segar lagi.
3. Sediakan pasu atau polibeg yang diisi dengan cocopeat atau tanah yang beli kedai Eco pun boleh. Tapi jangan letak padat. Bila padat, air bertakung dan ini boleh menyebabkan akar cepat busuk.
4. Kuantiti tanah pun letak separuh saja dulu, bila pokok dah stabil nanti baru tambah tanah. Kemudian boleh tanam terus keratan pokok sup tadi. Boleh letak 3 keratan dalam satu polibeg.
5. Keratan yang baru ditanam ini hanya semburkan sedikit air, jangan terlalu banyak kerana akar boleh jadi reput. Letak keratan baru ditanam ini di tempat terlindung. Jangan letak tempat panas terus.
6. Bila pokok sup dah naik boleh tambah tanah dan juga baja organik/ baja kopi.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...