
Meskipun ruang tamu siap di deko tapi pintu stor yang biasanya terletak berhampiran dengan ruang ini diabaikan saja.
Yalah, pintu stor saja kan. Tapi sebenarnya jika ubah suai sedikit pun, mampu memberi kesan pada dekorasi kediaman. Lihat saja makeover mudah yang dilakukan oleh Pa’e Faeza untuk pintu stor rumahnya.
Makeover pintu stor

DIY transform pintu stor sebab pintu berada di ruang tamu jadi kenalah elok.
Kayu untuk buat wainscoting beli di hardware saja. Sehari saja dah siap, yang lambat cum cat sebab beli online.
Sebelum buat tetapkan ukuran wainscotting pada pintu, buat lakaran terus supaya senang untuk lekat.
Potong kayu ikut ukuran dan lekat guna gam silicon kayu.
Dah kering barulah dicat, saya guna Jotun stylish grey 7395.
Siap. Nak buat makeover ni pada pintu lain dalam rumah pun boleh juga.
Sumber: Pa’e Faeza
Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1, Stok Sebalang. Nak Makan Ceduk Saja, Boleh Buat Rencah Nasi Goreng Juga

Kalau dalam rumah kita ramai yang suka sambal belacan dan wajib ada setiap kali makan, eloklah buat sebalang macam Mariana Abdul Majid ini.
Tak perlu susah-susah buat banyak kali. Bestnya sambal belacan yang sama ini juga boleh dibuat rencah untuk nasi goreng. Kan senang 2 dalam 1.
Sambal belacan stok sebalang
Ini cara saya bila malas nak tumbuk sambal belacan. Saya kisar saja semua, buat stok sebalang. Lega…nak makan cedok je. Bawah ni saya sertakan resepi cara saya;
Bahan-bahan:
Cili hidup
Cili padi
Belacan
Air asam jawa(perah guna air masak suam)
Air perahan limau kasturi (7-9 biji)
2 biji limau kasturi (buang biji, hiris sekali dengan kulit)
Gula
Garam kasar
* Kuantiti bahan rujuk gambar
Cara membuat:
- Masukkan cili hidup, cili padi, belacan, air asam jawa, air perahan limau kasturi,limau kasturi yg dihiris,gula dan garam kasar.
2. Kisar on off. Agak sedikit lumat, kisar jangan terlalu lama ya. Siap boleh simpan dalam balang letak dalam peti ais.
3. Siap stok sambal belacan sebalang!
Lagi satu nak beritahu sambal belacan ni boleh buat rencah nasi Goreng.
Cara nak masak nasi goreng sambal belacan:
1. Panaskan minyak tumis bawang putih.
2. Bila naik bau letak sambal belacan 2 sudu dan isi ikan goreng . Gaul sebati.
3. Pecahkan sebiji telur biar sekejap kemudian kacau.
4. Bila telur dah sedikit masak masukkan nasi sejuk. Gaulsebati, masukkan sayur dan bahan perasa jika suka.
5. Gaul dan cukup rasa tutup api, siap!
Sumber: Mariana Abdul Majid
Artikel berkait:
Cara Buat Sambal Belacan Yang Sedap Macam Makan Di Kedai Siam
Buat Sendiri Coney Sosej Ala A&W Kalau Nak Jimat. Hidang Dengan Air Sarsi, Lengkap!

Isi Kandungan
ToggleHujung bulan, belum gaji tapi teringin pulak nak makan Coney sosej ala A&W. Kalau turutkan hati pergi pulak bawak satu famili untuk makan di sini memang besar jugak modalnya.
Supaya tak mengecewakan hati, apa kata buat sendiri saja. Lagi jimat dan puas makan. Ya, boleh buat sendiri. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Buat sendiri Coney Sosej ala A&W, puas makan!
Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.
Cara membuat
1. Sediakan bahan untuk sos;
- 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.
- Gaul rata masakan dan masukkan rempah; 2 sudu besar cili kering kisar, 4 s/b sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 s/k serbuk kari pedas, 2 s/k serbuk cili, 1 s/k serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan. Rasa utama sos ini adalah jintan putih.
- Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.
2. 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.
3. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.
4. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.
5. Sedia dihidang. Jangan lupa beli air Sarsi sejuk untuk diminum bersama.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkefli.
Panduan Tanam Kangkung Atas Batas, Kawasan Luas. 30 Hari Dah Boleh Tuai & Jual

Kalau nak tanam kangkung untuk makan sendiri mudah saja, tanam dalam pasu atau kotak polisterin pun dah mencukupi.
Tapi kalau nak tanam kangkung di tanah luas, atas batas untuk jualan pula ada caranya. Bagi yang berhajat menanam sayur kangkung untuk tujuan ini boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Wan Rosnazira.
Langkah tanam kangkung atas batas, kawasan luas
Hari ini Ira nak kongsi sikit cara-cara tanam kangkung atas batas. Terdapat 2 jenis kangkung, satu yang berdaun lebar dan satu lagi berdaun tirus.
Ira tanam yang berdaun lebar. Menggunakan biji benih. Ada juga yang tanam melalui keratan batang.
Langkah 1: Pertama sekali perlu menggembur tanah. Ira buat di kawasan yang agak luas dan kat rumah memang ada jentera. Jadi kita guna trektor sajalah. Untuk yang berskala kecil, boleh pakai cangkul sahaja.
Beginilah rupa tanah yang siap digembur.
Langkah 2: Membina batas. Lebar batas lebih kurang satu meter, tinggi dalam sejengkal lebih. Pakai cangkul sahaja, angkat tanah naik ke atas.
Langkah 3: Menabur baja. Saya guna baja tinja ayam sahaja. Taburkan baja atas batas kemudian gaulkan dengan tanah.
Langkah 4: Membuat lubang untuk meletakkan benih. Gunakan kayu untuk membuat garisan lubang. Jarak antara satu garisan lubang lebih kurang satu jengkal.
Langkah 5: Menabur benih. Letakkan 10-15 biji benih setiap lubang. Jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kepadatan apabila pokok membesar nanti. Kemudian tutup lubang dengan tanah.

Langkah 6: Penyiraman. Pokok kangkung perlukan banyak air. Siram setiap pagi dan petang.
Langkah 7: Membaja. Setelah lebih kurang 2 minggu, pokok kangkung perlu dibaja untuk kali ke 2. Buatkan garisan lubang antara barisan pokok, kemudian diletakkan baja taik ayam.Langkah 8: Menuai hasil. Setelah 30 hari, kangkung sudah cukup matang dan boleh dicabut. Caranya, pegang pangkal pokok, kemudian tarik bersama akarnya.
Mudah saja kan tanam kangkung. Selamat berbudi pada tanah, anda pasti akan mendapat hasilnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wan Rosnazira.