Bila rasa nak makan char kuetiau mesti kita akan pergi kedai. Biasanya nak buat sendiri selalu tak menjadi kerana tiada sosnya.
Tapi lepas ini boleh masak terus kat dapur sendiri sebab Fatin Nur Izzah berkongsi cara nak hasilkan homemade sos char kue tiau.
Syarat nak masak char kue tiau ini, kena masak sepinggan-sepinggan. Barulah sedap. Bila dah ada sos ni bila-bila masa nak makan boleh buat!
Kalau nak cuba boleh guna resipi sos ini yang dikongsi oleh beliau.
Homemade sos char kuetiau
1. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali (resipi ini guna sekilo). Kuantiti air mesti sama paras dengan udang.
2 Bila dah sejuk air rebusan udang, kisar sampai hancur.
Ads
3. Tapis dalam periuk, hampas dan udang boleh dibuang (ada yang guna untuk baja tanaman).
4. Campur air udang yang sudah ditapis tadi dengan:
2 senduk kicap manis 2 senduk kicap pekat 2 senduk sos tiram 2 kiub ikan bilis 2 sudu cili boh
Ads
5. Tambah 6 ulas bawang putih diketuk.
6. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Reneh dalam 30 minit atau lebih. Waktu ini bawang putih tadi akan hancur dan pekat. Garisan atas sebelum mendidih.
Ads
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas.
Cara masak, kena buat sepinggan-sepinggan!
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang, letak 1 senduk sos char kuetiau yang dibuat. Tambah sedikit air kemudian letak kuetiau. Masukkan telur sebiji, taugeh dan daun kucai. Siap!
Pokok kari memang selalu digunakan dalam masakan, jadi ia antara yang selalu ditanam sekitar rumah.
Namun begitu antara masalah biasa pokok kari bila dah makin rimbun adalah daunnya mudah diserang masalah bintik hitam. Kadang-kadang habis semua daun dijangkiti penyakit ini.
Foto Mariam Hashim via Facebook Berkebun D Rumah
Jika pokok kari yang ditanam mengalami masalah ini berikut antara cara yang boleh digunakan untuk merawat pokok berkenaan hasil perkongsian Facebook Berkebun D Rumah.
1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jika terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.
Foto Facebook Nursyaha MH via Facebook Berkebun D Rumah
2. Selepas cantas, lakukan siraman seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan, kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.
3. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.
4. Selepas sebulan daun pokok akan semakin banyak, lakukan semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ia untuk elakkan kejadian sama berulang.
Selalu buat donut akan guna telur dan juga marjerin. Tapi rupanya boleh juga jika tidak menggunakan dua bahan ini dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Kalau nak cuba untuk hidangan petang atau pagi boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ida Zaida.
Donut tanpa telur dan marjerin
Semalam tertengok resipi kat TikTok. Dalam resepi tak guna telur dan marjerin. Terfikir juga boleh jadi ke sebab 2 bahan ini macam bahan wajib dimasukkan dalam donut. Saya cuba buat, ini la hasilnya gebu, lembut elok,makan pun tak ada rasa muak.
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 paket mauripan
6 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar baking powder
1 1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi, gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jadi doh yang licin.
2. Rehat dalam setengah jam selepas tu uli lagi sekali.
3. Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang diingini. Dari satu adunan ini boleh dapat macam-macam jenis kuih.
4. Dah siap bentukkan donut, tunggu kembang kemudian bolehlah di goreng. Tabur dengan gula halus, siap.
Tengok baju kurung moden cantik di butik atau online dengan warna yang berkenan di hati, kita pun beli. Tapi bila kita pakai nampak macam tak kena walau pun saiz dah betul.
Salah satu sebab jadi begini adalah kerana potongan baju kurung ini tak sesuai dengan bentuk badan kita. Baju kurung kan ada banyak potongan. Supaya tak tersalah pilih dan penampilan kita di hari raya nampak elok, cantik perkongsian @siswanisenan boleh dijadikan panduan.
Tip pilih potongan baju kurung sesuai bentuk badan kita
Ini adalah bebenang panduan memilih design baju raya mengikut bentuk badan wanita!
1. Baju kurung moden dart depan
Sesuai untuk mereka yang memiliki bahagian tubuh atas kecil tapi punggung besar.
2. Baju kurung moden dart belakang
Sesuai untuk wanita yang bahagian atas atau dada besar tapi punggung leper. Jangan pilih dart depan untuk elak bahagian dada besar makin menonjol.
3. Baju kurung corak sama baju dan kain
Sesuai untuk wanita yang rendah dan kecil (petite). Corak yang sama akan beri ilusi lebih tinggi.
4. Pesak gantung
Sesuai untuk wanita yang rendah dan ada masalah perut buncit.
Potongannya yang kembang sedikit akan menutupi perut buncit sekali gus beri ilusi langsing.
5. Kurung Pahang
Sesuai untuk mereka yang kurus tinggi. Potongan baju ini yang kembang di bahagian bawah akan buat mereka yang tinggi nampak lebih menarik dan ada ‘shape’.
6. Potongan Duyung
Sesuai untuk mereka yang berbadan kurus, besar bahagian atas dan ‘tiada pinggang’. Potongan ini akan beri keseimbangan pada bahagian bawah. Jangan pilih potongan ini jika bahagian punggung lebar atau besar.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...