Tengah sedap duduk dalam bilik sejuk aircond tiba-tiba ada air menitis. Banyak pulak tu. Ini antara masalah yang selalu terjadi bila menggunakan aircond.
Puncanya adalah kerana ada saluran yang tersumbat. Selain mendapatkan khidmat dari tukang servis aircond untuk membaikinya kita juga boleh melakukan pembaikan sendiri. Panduannya diberi oleh Fakaruddin Mohd. Boleh cuba ya.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
Ads
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
Ads
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
Ads
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau.
Selalu kerang sama ada kita rebus atau buat masak kerabu. Ataupun isi kerang kita kupas buat sambal dan juga masak rendang.
Tapi resepi ini lain sikit, kerang yang belum dikupas ini boleh juga dibuat masak sambal tumis. Hidangan ini memang sedap kalau diratah. Resipi ini adalah hasil perkongsian Nurul Ain Muhamad Hassan.
Sambal Kerang Tumis, Ratah Lagi Layan
Bahan-bahan
Kerang – dicuci bersih
Bawang besar – 2 biji dihiris
Serai – satu batang diketuk
Bawang putih dan bawang merah – dikisar
Cili kering -kisar
Daun kesum – dihiris
Bunga kantan – 1 batang dihiris
Daun bawang dihiris
Cara membuat:
1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar (sukatan ikut cita rasa pedas). Tumis hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan hirisan daun kesum dan bunga kantan (jika suka). Kalau letak kantan ini rasanya akan jadi lagi sedap.
4. Bila sambal dah agak kering masukkan kerang yang dicuci bersih.
5. Tutup kuali dalam 5-10 minit kemudian taburkan bawang yang dihiris.
Waktu raya selalunya ketupat segera memang laris. Kadang-kadang 2-3 kedai cari pun ‘sold out’. Kalau macam ini situasinya kita cubalah buat sendiri. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina, sebab menarik.
Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.
Caranya
Beras 1 cawan + air 3 cawan ( beras biasa bukan basmathi)
Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cup beras + 9 cup air).
Masukkan ke dalam pressure cooker (saya guna jenama Primada).
Tekan butang congee /soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.
Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.
Bila dah masak satu tip untuk keselamatan, jangan release wap biarkan wap keluar sendiri.
Lepas beberapa minit dah nampak macam ok barulah buka tudung pressure cooker.
Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
Kemudian biarkan nasi impit sejuk tak perlu salin ke bekas lain.
Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.
Kalau masih panas /suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.
Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan
Walaupun sentiasa guna telefon bimbit tapi rasanya ada banyak fungsi dan trik telefon bimbit yang kita tak tahu.
7 trik ini contohnya sebenarnya sangat berguna tapi tidak diketahui termasuk mereka yang gila gajet.
1. Tekan butang ambil gambar berterusan untuk rakam 20 foto persaat
Tekan butang ambil gambar secara berterusan membolehkan anda merakam sehingga 20 gambar per saat bergantung kepada jenis telefon anda. Tak ramai yang tahu tapi apa yang perlu kita lakukan adalah hanya terus menekan butang ambil gambar pada telefon dan lihat magik yang bakal berlaku.
2. Gunakan butang volume untuk ambil gambar
Ambil gambar menggunakan sebelah tangan memang agak sukar terutama kalau saiz telefon kita besar. Ia menyebabkan gambar tak jelas kerana tangan kita akan bergoyang. Jadi jika mahu ambil gambar menggunakan sebelah tangan, cuma tekan butang volume kerana fungsinya sama dengan menekan butang mengambil gambar.
3. Tutup mikrofon dengan jari
Anda boleh memperbaiki kualiti audio video yang diambil dengan cara menutup mikrofon. Cara ini akan menutup bunyi bising dan membolehkan anda mendengar audio utama lebih baik. Gunakan jari untuk menutup mikrofon sewaktu merakam video.
4. Pakai wall papar gelap
Kecerahan atau brightness telefon adalah antara penyebab bateri telefon habis lebih cepat. Untuk mengurangkannya muat turun wall paper yang gelap.
5. Letak telefon dalam mug supaya bunyi alarm lagi kuat
Jika anda jenis mengharapkan alarm telefon untuk mengejutkan anda pada waktu pagi pastikan anda meletakkannya dalam cawan atau mug yang kosong. Cara ini bunyi alarm akan lebih kuat.
6. Restart telefon 3 kali seminggu
Telefon kita tidak akan berfungsi secara maksium sepanjang masa. Untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, ‘restart’ telefon anda tiga kali seminggu.
7. Off fungsi auto rotate untuk jimat bateri
Pastikan anda off fungsi screen rotate dan hanya aktifkan bila perlu. Membiarkan ia sentiasa on akan menggunakan banyak bateri kerana ia menggunakan sensor khas dipanggil accelerometer.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...