
Teringin nak akan mee bandung tapi bila tengok bahan nak buat punyalah panjang, terus tak jadi.
Nak yang mudah boleh ikut cara SuiSan Aliezsha. Mee bandung ini katanya resipi arwah ibunya tapi cukup ringkas. Mudah kerja tapi makan sedap!
Mi bandung ringkas resipi arwah mak
Bahan-bahan:
Cili kering, bawang besar & bawang putih (kisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (kisar)
Daging – direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah..
Telur
Sukatan ikut kuantiti mee
Cara membuat:
1. Tumis cili sehingga naik minyak dan masukkan udang kering & kacang dan kacau.
2. Masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan biarkn mendidih.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan udang dan biar seketika.
5. Kemudian masukkan daging, pecah telor dan masukkan sayur. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Tip Elak Jangkitan, Suami Ummi Nazeera Larang Anak Dibawa Keluar Berjalan

Isi Kandungan
Toggle
Banyak kita dengar kes bayi yang mendapat jangkitan penyakit disebabkan terdedah dengan pelbagai kuman terutama apabila berada di luar rumah. Atas dasar itulah suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, tidak membenarkan anak mereka Ayra Aneesah dibawa keluar rumah sesuka hati.
Melalui instagram, Ummi Nazeera menyatakan bahawa suaminya hanya membenarkan Ayra keluar rumah untuk pergi ke rumah lain sahaja. Ayra masih tidak pernah pergi ke mana-mana pusat beli-belah. Hanya apabila usia 6 bulan sahaja barulah suaminya benarkan Ayra pergi ke pusat beli-belah.
Tunggu umur 6 bulan ya sayang
Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi… Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. ? Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby.
Netizen menyokong tindakan suami Ummi Nazeera yang tidak membenarkan bayi mereka terdedah secara langsung dengan tempat awam seperti pusat beli-belah.
Banyak penyakit di luar
Setahun baru jalan-jalan
Yang penting kesihatan terjaga
Baby sensitif
Mencegah lebih baik
Bagus sangat
Sumber: Ummi Nazeera
Tip Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Berbulan-Bulan Lamanya. Ikut Cara Ini Supaya Tak Hitam

Bunga kantan ini wajib kita simpan kerana akan jadi bahan masakan berharga terutama musim perayaan. Selalu ‘sold out’ pada waktu kita nak guna.
Supaya tak putus stok bunga kantan ini, seeloknya bila terjumpa bunga kantan yang segar dijual terus beli dalam jumlah banyak kemudian ‘frozenkan’.
Tapi untuk ‘frozenkan’ bunga kantan ini ada caranya, supaya tak hitam. Caranya dikongsi oleh Badariah Ayu Ayuariff.
1. Bersihkan bunga kantan dengan air kemudian belah.
2. Sediakan plastik, boleh guna plastik aiskrim kemudian isikan dengan air.
3. Masukkan bunga dan letak dalam bahagian sejuk beku.
Bunga kantan yang dibekukan ini ujarnya boleh tahan berbulan-bulan. Bila hendak digunakan untuk memasak boleh masukkan terus kerana bunga kantan ini sudahpun dibersihkan.
Sumber: Badariah Ayu Ayuariff.
Setiap Rumah Kena Ada Beg Kecemasan Bencana, Wanita Ini Kongsi Barang Yang Perlu Disediakan

Isi Kandungan
ToggleBanjir besar yang melanda Selangor tahun lalu memang tak dijangka. Sekelip mata saja boleh berlaku dan menyebabkan kekalutan. Ramai yang menyelamatkan diri sehelai sepinggang kerana tiada persediaan untuk berdepan bencana seperti ini.
Apa yang berlaku itu sememangnya memberi pengajaran, oleh itu sebaiknya kita melakukan persediaan. Antara yang perlu kita buat adalah menyediakan beg kecemasan bencana untuk diri dan keluarga kita.
Persediaan untuk beg kecemasan bencana ini dikongsi oleh Nur Farhana Aziz yang telah melakukannya sejak September lalu. Beliau turut berkongsi barang-barang yang disediakan.
Barang-barang dalam ‘Beg Bencana’
Disebabkan posting mami sebelum ni mendapat lebih dari 1000 share, mami rasa ramai yang bakal sediakan BOB, jadi mami sharing dengan lebih details.
Dahulukan yang paling penting, jika buget kurang, gunakan barang-barang yang dah ada. Mami sediakan dua bagpack sahaja. Sebab dewasa dalam keluarga cuma kami berdua. Anak-anak 3 orang masih kecik & takda bag takut menyusahkan bagi mami bila dalam keadaan rushing.
Kedua-dua bagpack mami prepping sesuai utk keadaan banjir & gempa. Setiap barang dalam bagpack mami packing dalam plastic seal supaya dlm banjir bagpack basah, barang dalam tetap selamat & kering.
1. BAGPACK HIJAU
Mami yang akan galas. Lebih ringan tapi semua barang urgent akan ada dalam bag mami sebab kecik & mudah nak cari. Barang di dalam bagpack hijau :
1. Zip kecik : torch light 2 set, power bank solar & wisel.
2. Bawah, mask 3M & KF94, radio bateri, powerbank solar.
3. Bahagian tengah untuk document penting, cash, mini alquran & casing phone antibasah.
4. Bahagian utama ada pisau rambo, pelampung anak 3 set, pampers anak 2 helai, tuala wanita 3 helai, windbreaker 5 helai setiap seorang sebagai baju hujan. Sport towel & mineral water 2 bottle.
5. Bahagian luar di belakang ada poket, mami selit canvas sheet.
6. Bawah bagpack ada khemah.
2. BAGPACK HITAM
Abah yang akan bawak bag ni, sebab berat dalam anggaran 15kg total. Bag ini akan digunakan bila sampai destinasi selamat ( incase gempa ) atau ketika atas bumbung sementara tunggu bantuan sampai.
Baju, towel, selimut, pampers, tuala wanita semua mami letak dalam drybag pastu sumbat dalam bagpack hitam,selamat tak basah. Barang-barang di dalam bagpack hitam :
1. Zip depan ada extra mask KN94, extra filter utk mask 3M, ubat-ubatan, set charger ( bateri charger )
2. Kiri & kanan ada air mineral
3. Bahagian dalam mami asingkan pakaian & selimut semua masukkan dalam dry bag, pastu masuk dalam bag hitam.
Ada set pakaian (1 persalinan sahaja & mami pakai baju yang ada saja tak perlu membazir, digalakkan pakaian yang cepat kering), makanan, barang mandi ( sabun mandi, ubat gigi & berus gigi saja & sabun basuh baju)
Untuk barang-barang yang mami beli ni semua di Shopee, dan bila dah sediakan beg ini selalu check dan update isinya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nur Farhana Aziz