
Selalu buat ayam masak Kam Heong, rupanya boleh buat untuk lauk ketam juga. Kalau makan di restoran menu ini memang mahal jadi elok buat sendiri di rumah. Lagi jimat.
Caranya boleh ikut perkongsian Ameera ini.
1.Bedakkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
2.Tumis bawang putih 3 ulas dan bawang besar 1 biji guna minyak tadi, cuma keluarkan sedikit.
3.Masukkan serbuk kari ketam. Guna separuh sebab ketam ada 4 ekor. Kalau ketam lebih boleh letak satu paket kecil.
4.Letak air sedikit. Tumis sehingga pecah minyak.
5.Masukkan udang kering sedikit. Sebelum itu rendam udang kering dengan air panas sekejap, kemudian tumbuk kasar. Jangan halus sangat.
6.Masukkan 1 sudu makan sos cili, 1 sudu makan sos tiram, kicap secukup rasa bersama 1 sudu gula.
7.Masukkan cili padi jika nak pedas.
8.Masukkan ketam dan gaul rata.
9.Akhir sekali masukkan daun sup daun bawang. Siap
Selamat mencuba
Sumber: Ameera
Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Biar Santan Menggelegak Dulu Baru Masuk Beras

Isi Kandungan
ToggleNak cepat masak nasi lemak, kita akan guna santan kotak. Tapi ramai yang mengadu hasilnya tak cantik, masak tak sekata, lembik dan kurang wangi.
Bagi yang selalu tak menjadi nasi lemak bila guna santan ini boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Emilia ini.
Cara masak nasi lemak guna santan kotak
Rupanya cara berbeza untuk masak nasi lemak jika guna santan jenis ini. Menurut Emilia cara ini digunakan oleh ayahnya yang juga peniaga nasi lemak.
Bahan-bahan
3 tin susu – beras biasa (kuantiti kuantiti ikut suka)
Halia – ditumbuk
5 helai daun pandan – gunting pendek
1 – santan kotak pek kecil
Garam
Minyak masak
Cara memasak
1. Basuh beras dan sukat beras.
2. Letak beras tadi dalam bekas lain, atau tos. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.
4. Masukkan halia, daun pandan, garam
6. Masukkan minyak masak, dalam 3 sudu besar. Fungsi minyak masak supaya nasi lemak kita yang dah masak nanti cantik hasilnya sebiji-sebiji dan tak lembik.
7. Dah masuk semua bahan tadi, terus letak kat tempat masak nasi. Tekan suis masak nasi macam biasa. Beras jangan masuk dulu ya. Supaya bila dah menggelegak air santan dan daun pandan maka wangilah nasi lemak itu nanti.
Nota: Sila periksa selalu bila dah tekan suis masak nasi. Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama, nanti santan akan pecah. Nasi tak cantik.
8. Bila dah menggelegak, boleh masukkan beras yang tos tadi. Kemudian dalam 5-6 minit sekali kacau atau godak semua supaya sekata dengan santan.
9. Tadaaa…dah siap dah nasi lemak santan kotak semerbak wangi.
Selamat mencuba!
Sumber: Emilia Coway
Begini Caranya Buat Air Asam Yang Sedap, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari

Selain sambal, air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais. Senang kalau nak makan ikan, daging atau ayam bakar. Ceduk saja.
Air asam ini juga ada macam-macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketagih nak makan hari-hari boleh guna resipi dari Afy AL Habibi ini.
Air asam ketagih, cicah dengan ikan, ayam daging semua ngam
Kenapa saya letak namanya ketagih? Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari-hari. Rasanya memang sedap gila. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam. Ikuti resepi di bawah okay.
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
Bahan tambahan:
1 biji lemon – ambil jusnya, asingkan biji ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan yang siap dibakar dan bahan tambahan dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa dan 1 1/2 gelas air) atau ikut kepekatan yang diingini.
3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan
- Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
- Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
- Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, pastikan makan terus. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Selamat mencuba
Sumber: Afy AL Habibi
Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Ikut 5 Petua Dari Peniaga Laksa Ini!

Semua tahu hidangan laksa terkenal di negeri dari Utara terutama Kedah tapi sekarang makanan ini dah jadi kegemaran orang negeri lain juga. Sebab itu di mana-mana pun sekarang ada saja orang jual ada laksa.
Tapi nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari kat Kedah, tak pun kena cari orang Kedah yang buat. Kalau tak jumpa jugak boleh saja buat sendiri tapi sila tip dari perkongsian Pnut Syafinaz
Laksa ni yang paling penting adalah kuahnya dan resipi kuah ini kata Pnut Syafinaz adalah dari Tok Lela peniaga laksa yang power lagi terkenal. Terima kasih Tok Lela.
1. Ikan
Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.
Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.
Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.
2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).
3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.
4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ni tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.
5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.
Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.
Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.
Senang saja kan petuanya. Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Pnut Syafinaz