
Kuih tradisional ini memang ramai suka, cuma tak ramai yang nak buat sendiri.
Sebenarnya cara buat bengkang ubi ini tersangatlah senang. Kalau tiada oven, guna pemanggang ajaib pun boleh buat.
Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian daripada Rohani Ani.
Buat sendiri bengkang ubi, mudah sangat caranya
Bahan-bahan
3 cawan ubi kayu – yang siap dihancurkan dan ditos airnya
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
Pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Campur semua bahan dalam bekas dan adun sebati.
2. Setelah sebati, bolehlah dibakar. Boleh guna oven, atau pemanggang ajaib saja macam ini.
3. Guna api perlahan saja (lihat gambar). Bakar bahagian bawah 30 minit kemudian terbalikkan dan bakar bahagian atas 30 minit lagi.
4. Tunggu sejuk barulah dipotong.
5. Adunan ini juga boleh buat lepat ubi kayu ya.
Selamat mencuba.
Kalau belum ada pemanggang ajaib boleh survey SINI ya
Sumber: Rohani Ani
Beza Terma Halal, ‘No Pork & ‘Pork Free’

Isi Kandungan
Toggle
Ketika ini ada banyak kafe mahu pun restoren yang mempamerkan logo ‘pork free’ atau pun ‘no pork’.
Ramai juga pelanggan beragama Islam yang tertarik dan tidak ragu ragu makan di premis begini kerana menyangka ia adalah halal?
Tapi betulkah ia halal?
Halal dan ‘no pork’ berbeza
Menurut portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, terma halal dan ‘no pork’ (tiada khinzir) atau ‘pork free’ adalah dia perkara berbeza.
Cuba fikir adakah terma halal dan ‘no pork’ itu adalah sama dari segi maksudnya.
Jawapannya sudah tentu tidak. Halal adalah satu bentuk pematuhan mengikut ketetapan dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak.
Manakala ‘no pork’ pula adalah satu bentuk makluman bahawa kedai berkenaan tidak menjual makanan berasakan daging khinzir. Itu saja.
Tidak semestinya kedai atau premis makanan yang memaparkan logo ‘no pork’ itu boleh kita anggap sebagai menjual makanan halal.
Status halalnya perlu kita ragui. Dalam hal ini, kita harus bertanya pada diri sendiri sebelum masuk ke kedai-kedai sebegini.
Ambil kira cara penyediaan makanan
Antaranya bagaimana cara penyediaan makanan, bahan-bahan yang digunakan, penyimpanan bahan-bahan basah dan mentah, tempat memasak, tahap kebersihan dan segala perkara berkaitan.
Ini berkait dapat dengan soal halal dan haram serta syubhah (ragu-ragu) Halal itu helas, haram itu jelas tetapi syubhah adalah antara kedua-duanya.
Dalam hal syubhah, Rasulillah SAW menuntut setiap umatnya meninggalkan perkara tersebut kerana kecenderungannya kepada hukum haram. Allah SWT berfirman: “Wahai sekalian manusia, makan daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik…”(surah al Baqarah: 168)
Islam bukan setakat sial halal saja terutama berkaitan makanan tetapi turut membabitkan sama ada makanan itu baik atau tidak.
Sumber: Portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang & Sinar Harian
Cara Buat One Pot Nasi Ayam Yang Super Sedap. Sekali Masak Terus Siap Nasi & Ayam

Teringin nak makan nasi ayam tapi bila ingat nak kena masak banyak step terus tak jadi. Kalau macam tu perasaannya boleh ikut cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah one pot nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap! Nak cuba? Ini caranya.
Cara buat one pot nasi ayam
Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama sama ada order saja atau kedua, buat sendiri nasi ayam ‘bodo’ yang super sedap.
Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat. Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni. Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar tu boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Kalau tak suka ayam putih moist begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
Selamat mencuba.
Sumber: Khairul Abdullah
Idea Katil Lipat Untuk Selesai Masalah Bilik Kecil. Boleh DIY, Modal Pun Tak Banyak

Isi Kandungan
ToggleDalam sesebuah kediaman selalunya ada satu bilik yang ruangnya agak kecil. Memang akan ada masalah untuk susun dan letak barang dalam bilik ini.
Kadang-kadang letak satu katil pun dah penuh hingga tiada ruang untuk solat atau letak almari.
Kalau berdepan dengan bilik kecil begini mungkin boleh gunakan idea DIY katil lipat perkongsian Hito Kiri.
DIY katil lipat untuk bilik yang kecil
Dengan modal RM560 rasanya ia memang lebih jimat berbanding beli atau upah orang untuk menyiapkannya. Kalau nak cuba DIY boleh ikut perkongsian beliau ini.
Mula-mula kena ada lakaran katil secara keseluruhan dulu, untuk dapatkan gambaran. Kemudian boleh mula dengan buat frame.
Katil ini guna material finger joint board, plywood dan kayu pine (recycled dari pallet).
Guna engsel kerusi bot seperti dalam gambar di kiri dan kanan katil.
Untuk bahagian kaki, sementara guna ini.
Bagai keselamatan buat sementara saya pakai bolt kiri kanan untuk locking.
Hasil DIY
Untuk penerangan lengkap DIY katil lipat/ murphy bed dari Hito Kiri boleh tonton video ini.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI