Kuih bingka ada pelbagai jenis, labu, pandan, ubi tapi bila tiba musim durian ini elok sangat kalau kita hidangkan kuih bingka berasaskan raja buah ini.
Bingka durian ini memang enak dan cara membuat bingka ini pun mudah, yang penting ada duriannya. Tak kisah jenis apa janji durian.
Sambal memang lauk yang sentiasa ada setiap hari bagi bagi yang suka pedas. Untuk jimat masa, ramai yang masak sambal tumis, sambal hijau dan sebagainya dalam jumlah yang banyak dan simpan. Nak makan ceduk saja jadi tak perlulah masak hari-hari.
Tapi selalunya sambal ini tak tahan lama kalau tak diletakkan dalam peti ais. 2-3 hari boleh jadi dah tak elok dimakan. Supaya tahan lama boleh gunakan retort cara kampung yang diajar oleh penjual sambal hijau, Wan N Wan M.
Katanya sambal tahan lebih lama jika sebelum disimpan dibuat proses retort ini. Caranya turut dikongsi oleh beliau. Berikut adalah perkongsian Wan N Wan M.
Retort cara kampung supaya sambal tahan lama
Ini cara saya untuk sambal hijau saya buat tahan lama. Boleh letak dekat luar lebih kurang sebulan tanpa perlu simpan dalam peti sejuk,
Tapi, kalau dah buka penutup, kena simpan dalam peti ais lah. Bila nak makan boleh rendam botol kaca tu dalam air panas untuk cairkan minyak.
Kaedah ini dipanggil ‘retort’ cara kampung. Kalau nak diikutkan, ada mesin khas untuk retort makanan. Tapi buat niaga kecil-kecilan dekat rumah, inilah kaedah paling mudah untuk sambal tahan lama.
1. Sediakan electric steamer atau periuk pengukus biasa.
2. Susun sambal yang siap dimasukkan dalam botol dan ditutup kemas dalam periuk pengukus. Kukus selama 30 minit.
3. Dah siap kukus keluarkan dan boleh disimpan di luar peti ais dan boleh tahan selama sebulan Jangan buka penutup sambal kecuali bila hendak dimakan.
Inilah hasilnya.
Tip
Jika dah dibuka untuk makan, dan tak habis kenalah simpan dalam peti ais. Bila nak sambung makan, rendam botol dalam air panas saja.
Info
Retort ini dalam bahasa mudahnya adalah dapat meningkatkan jangka hayat makanan. Produk yang siap dimasak telah dipanaskan pada suhu pensterilan dalam beberapa minit bertujuan menghapuskan bakteria dalam makanan dan menghalang ia daripada rosak.
Sebelum ini VK ada share cara tanam tauge dalam botol, kali ini kita buat kaedah yang lagi senang. Tanam tauge dalam balang.
Balang kuih macam ni ada banyak kat rumah kan. Caranya boleh ikut step-by step dikongsi oleh Nora Valo.
Tanam tauge dalam balang
Cara saya buat taugeh. Step by step boleh baca pada setiap gambar.
1. Rendam kacang 24 jam. Tak payah banyak, segenggam pun dah cukup.
2. Lepas 24 jam, kacang dah mula bercambah.
3. Buang air rendaman, masukkan kacang ke dalam balang plastik. Nak letak tisu boleh, tak letak pun tiada masalah. Tutup balang, simpan balang di tempat gelap / balut dengan plastik hitam.
4. Siram 2 kali sehari. Caranya letak air dalam balang kemudian goncang-goncang sikit, dan buang air siraman tadi.
5. Hasilnya lepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli di kedai.
Kalau nak simpan lama, penuhkan air, letak dalam peti ais.
Menu ini selalu makan kat restoren Cina Muslim. Tapi kita boleh saja buat sendiri kat rumah asal tahu caranya.
Kalau nak cuba boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli. Taklah susah sangat. Boleh buat untuk hidangan tengah hari atau malam kalau tak nak makan nasi.
Ginger beef kuetiau homemade, menu kalau bosan makan nasi
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Langkah demi langkah
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mndidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...