Dah ‘berbuih’ mulut nasihat pasangan, atau ahli keluarga yang merokok supaya tinggalkan tabiat ini tapi tetap tak jalan.
Situasi ini mungkin turut anda alami. Tak dinafikan ada yang berusaha berhenti tapi ramai juga putus asa separuh jalan dan kembali merokok.
Hakikatnya meminta perokok tegar meninggalkan rutin yang dilakukan mungkin berpuluh tahun memang agak sukar.
Akan tetapi seiring dengan perkembangan teknologi telah ada alternatif untuk golongan tegar ini terutama dalam mengurangkan risiko kemudaratan.
Caranya adalah dengan mengelakkan membakar rokok atau dengan kata lain memilih produk bebas asap. Ada beberapa produk sebegini di pasaran seperti e-rokok atau vape, tampalan nikotin ataupun produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product atau HTP).
Cuma masih ramai dalam kalangan perokok tegar ini belum mendapat pendedahan tentang alternatif bebas asap (free smoke alternative) ini dan bagaimana ia boleh membantu mengurangkan kemudaratan pada diri mereka dan orang sekeliling.
Ads
Sebab itu bagi meyakinkan mereka agar beralih kepada produk atau alternatif bebas asap yang kurang berbahaya golongan ini terlebih dahulu perlu memahami kenapa pilihan itu harus dibuat. Mengapa mereka harus elak bakar rokok dan memilih produk tanpa asap?
Apa terjadi bila rokok dibakar
Apabila rokok dibakar ia akan menghasilkan asap yang mengandungi sekurangnya 6,000 bahan kimia di mana 100 daripadanya telah diklasifikasikan berbahaya.
Asap rokok inilah yang mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser paru-paru, strok dan sebagainya. Malah orang sekeliling yang menghidu asap rokok juga terdedah kepada bahaya ini.
Kesan buruk bukan sebab nikotin
Nikotin memang terkandung dalam tembakau dan mencetuskan ketagihan, namun ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok. Kesan buruk itu berlaku akibat asap yang dihasilkan bila rokok dibakar.
Ads
Berbeza dengan penggunaan produk bebas asap, ia membolehkan nikotin disalurkan tanpa perlu sebarang pembakaran. Namun pada masa yang sama produk ini tetap memberi kepuasan kepada perokok tegar sekali gus membantu mereka meninggalkan rokok dengan lebih mudah.
Tar rokok
Tar terhasil bila rokok dibakar namun ia bukanlah sejenis bahan sebaliknya ukuran untuk menentukan berat zarah selepas sisa nikotin dan air dikeluarkan asap rokok. Tar sejak dulu digunakan sebagai standard ukuran dalam penghasilan rokok.
Bagaimanapun secara amnya tar tidak digunakan sebagai ukuran untuk produk bebas asap memandangkan wap yang terhasil adalah berbeza kerana tiada pembakaran berlaku.
Ads
Elak bakar kurangkan kesan kemudaratan
Konsep pengurangan kemudaratan menekankan untuk mengurangkan kesan negatif terhadap perlakuan manusia. Begitu juga tujuan penggunaan produk bebas asap kalangan perokok.
Sememangnya cara terbaik adalah dengan tidak memulakan atau berhenti menggunakan produk tembakau dan nikotin. Tapi bagi perokok tegar cara ini tidak begitu realistik.Justeru produk bebas asap adalah alternatif untuk menurunkan risiko kesihatan buat mereka.
Tanpa membakar tembakau atau beralih ke produk bebas asap, perokok boleh mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya. Ia sekaligus mengurangkan risiko pada kesihatan diri sendiri dan juga orang sekeliling terutama keluarga tersayang.
Alternatif bebas asap
Terdapat beberapa jenis produk bebas asap di pasaran antaranya seperti produk tembakau yang dipanaskan atau heated tobacco products (HTP), vape atau e rokok, snus dan juga tampalan nikotin.
Semua ini adalah jenis produk tanpa asap yang menggunakan kaedah berbeza untuk mengolah nikotin tanpa membakarnya. Ia juga telah melalui penyelidikan saintifik untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna.
Produk ini juga sudah tersedia di pasaran termasuk di Malaysia sendiri, terpulang kepada golongan perokok untuk menilai alternatif yang kurang memudaratkan buat diri mereka dan orang sekeliling.
Ramai yang berkongsi tip menyuburkan tanaman menggunakan kulit telur. Sumber kalsium dari kulit telur ini mampu menguatkan akar, batang dan ranting. Bila semuanya kuat barulah pokok cantik dan daun subur.
Tapi untuk menggunakan kulit telur bagi dijadikan baja ada cara atau tekniknya. Ada yang terus letak kulit telur pada tanaman tapi cara ini bukanlah yang terbaik sebab akan mengambil masa untuk menguraikannya.
1. Jemur cengkerang/ kulit telur sampi betul kering! Bila kering, kulitnya berubah warna dari coklat keputihan.
2. Bila kulit telur sudah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk Jadi boleh ramas-ramas saja.
3. Jika kuantiti sikit, boleh tumbuk dengan lesung batu. Tapi jika banyak boleh guna pengisar kering. Kisar halus sampai jadi macam tepung halus mulus.
4. Selepas kisar masukkan dalam bekas. Labelkan “calcium pokok” sebelum simpan, bimbang ada yang tersilap guna nanti.
Cara penggunaan pada tanaman ada 2 kaedah
1. Tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.
2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup.
Sebelum guna kacau sebatian dan tapis. Ambil air baja ini 10 ml dan campur dengan 1 liter air.
Siram pada pokok, 2 tahun diperlukan untuk cengkerang ini terhurai sepenuhnya. Ini kalau tak ditambah, jika selalu tambah takkan habis stok baja kalsium.
Walaupun baru beli telur sepapan tapi tak semua 30 biji telur ini dalam keadaan yang elok.
Selalu terjadi telur yang baru dibeli ini ada yang busuk. Jadi bagaimana nak tentukan dalam banyak telur ini mana satu yang elok.
Dikongsi oleh @emilyxlevi cara paling mudah adalah dengan merendam telur dalam air. Ini caranya;
1. Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
2. Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.
3. Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.
4. Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.
INFO
Keadaan tersebut berlaku disebabkan kadar ruang udara di dalam telur segar masih kecil.
Jika ruang udaranya semakin besar, maka telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.
Bagi memastikan telur boleh digunakan dalam jangka masa lama, anda digalakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.
Balik kerja hajat nak masak tapi terlupa pulak nak defrost lauk dari peti sejuk. Memang spoil mood untuk memasak kalau jadi begini.Nak tunggu lauk defrost makan masa, terutama kalau yang tiada ketuhar mikro.
Tapi kalau dah tahu tip ini takkan jadi masalah lagi kalau terlupa keluarkan lauk dari peti sejuk beku.
Hanya perlu 5 minit saja
Menggunakan cara ini, anda hanya perlu lima minit saja untuk menyahbekukan daging. Kaedah ini memang agak rare tapi cukup mudah. Apa yang diperlukan hanya dua buah periuk jenis steel. Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
INFO
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu. Lagi luas permukaan daging yang bersentuhan dengan konduktor (periuk) lebih cepat daging defrost
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...