Ada anak yang tahap fokusnya tinggi, awal-awal lagi sudah boleh belajar dan melakukan beberapa kemahiran. Tapi hakikatnya setiap anak berbeza. Kita ibu bapa tak boleh paksa anak melakukan apa yang mereka belum mampu.
Jadi macam mana nak tahu tahap fokus anak ini. Sebenarnya ada cara mudah untuk menentukannya. Hanya minta anak warna bulatan. Dari situ kita sudah boleh dapat tahu.
Dikongsi oleh Azila Ghani aktiviti mewarna bulatan untuk mengetahui tahap fokus ini sesuai dilakukan untuk anak berusia 3 hingga 6 tahun. Boleh baca perkongsian beliau ini.
Minta anak warna bulatan, cara tentukan tahap fokus anak
Adik Afia ni memang suka sangat mewarna. Di usia 2 tahun 4 bulan ini ibu bagi dia main, main dan terus bermain. Tiada langsung pengenalan ABC 123.
Kami buat read-aloud je.
Ads
Banyak baca tentang unstructured play, sensory play. Jadi kita slow & steady sahajalah.
Semalam beliau suruh ibu ambil kertas dan lukis, beliau nak warnakan.
Tiba ibu teringat post yang pernah viral dengan 12k shares. Kaitan antara mewarna bulatan dengn fokus anak. Sesuai untuk 3-6 tahun ya.
Caranya
Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut. Cuma arahan “WARNAKAN BULATAN ITU.”
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran, bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dan lain lain. Apa yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak. Jangan compare antara satu sama lain.
Ads
1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
– Kika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
– Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
– Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
Ads
4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
– Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka. Fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka.
Kesimpulannya, fokus anak sedari kecil boleh dibina hanya dengan berMAIN. Sebab itu kerja diaorang.
Contohnya, bila umur 4 tahun anak masih belum fokus, tak usah nak bebankan anak dengan ajar membaca, mengira. Sebaliknya kembali ke first step, ajak bermain semula.
Mungkin dalam rumah kita selalu kelihatan kulat halus warna putih muncul pada perabot kayu, dan juga almari malah juga dinding. Walaupun sudah dilap ia akan muncul lagi dan biasanya makin kerap muncul bila cuaca kerap hujan.
Kulat ini juga sebenarnya tidak elok untuk kesihatan. Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Jika dalam rumah sekarang ada kulat ini sebaiknya ia dihapus. Ada beberapa cara yang boleh digunakan. Ia dikongsi oleh Rahmah Rahman dalam satu hantaran di akaun Facebook Tukang Apa Hari ini.
Salah satu punca masalah kulat ini tumbuh selain dari keadaan cuaca, adalah kerana keadaan bilik tidak mempunyai pengudaraan baik. Elakkan duduk dalam bilik yang mempunyai banyak kulapuk ini sementara ia dibersihkan.
Caranya
1. Pastikan setiap hari bilik diberi pengudaraan yang baik, tingkap dibuka, biar ada cahaya matahari masuk, pintu bilik pun dibuka luas setiap hari.
2. Pakai penapis udara, ini sangat membantu.
3. Kurangkan perabot di dalam bilik.
4. Pastikan tuala basah tidak dibiarkan bergantung di dalam bilik.
5. Letak arang (saiz besar) bawah katil atau atas almari ke. Seminggu sekali mesti kena jemur di tempat panas dan letak balik dalam bilik. Fungsinya untuk menyerap bau busuk dan kelembapan.
6. Almari yang ada kulapuk boleh disinfect dengan Dettol. Elak guna perabot gelap.
Letak dehumidifier (Blue Hyppo) dalam almari.
&. Boleh juga guna bancuhan cuka dan air dan lap pada tempat yang tumbuh kulapuk. Lakukan sebulan sekali.
Buat sendiri aiskrim cawan ini memang berbaloi kerana siapa saja yang tak suka makan aiskrim, dari anak kecil sampai yang dah tua pun suka.
Malah kalau dah mahir boleh pula jadikan pendapatan sampingan seperti yang dilakukan oleh Nurul Ashikin yang menjual aiskrim cawan dari rumah.
Beliau juga tak lokek berkongsi resipi aiskrim yang dijual. Yang ini versi aiskrim dalam cawan yang comel dan boleh dipelbagaikan perisa.
Belajar buat aiskrim cawan, boleh buat pelbagai perisa
Moh kita belajar cara buat aiskrim pulak. Mak-mak surimah boleh buat side income juga dengan aiskrim ini. Sambil duduk rumah, duit pun masuk, jual aiskrim saja. Resipi saya halalkan.
Bahan-bahan aiskrim cawan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan ovalatte
1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
2 cawan fresh cream/whipping cream non dairy
Cara membuat
1. Masak base susu (susu pekat dan susu cair) hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati. Tutup api.
2. Sejukkan bancuhan base susu, lebih elok kalau bekukan semalaman. Fungsi untuk aiskrim lebih gebu.
3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovalatte dan esen vanilla. Putar guna kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15-20 minit. Dah siap aiskrim.
4. Akhir sekali isi filing dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi. (Filing boleh beli di kedai bakeri dan boleh guna ikut cita rasa).
5. Dah siap, masukkan dalam frezeer semalaman dan boleh dimakan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.
INFO: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...