
Pisau kalau tumpul memang akan melambatkan kerja kita didapur. Penyelesaiannya kenalah diasah.
Tapi kenapa ya walau diasah tetap jugak tumpul. Sebabnya cuma satu, cara kita asah pisau selama ni salah.
Lelaki dalam video ini berkongsi cara betul mengasah pisau, selain berkongsi kegunaan besi penampan yang kita tak tahu!
Tipnya…
1. Asah pisau arah sehala saja (tolak mata pisau sehala, jangan ditarik pisau ke belakang seperti yang kita selalu lakukan).
2. Asah setiap bahagian sama banyak, supaya setiap bahagian sama tajam. Jika satu bahagian 5 kali, asah sebelah lagi kiraan yang sama.
Selamat mencuba!
Cara Buat Roti Lembut & Donut Gebu Guna Satu Resipi. Sekali Buat Dapat Dua

Sekali buat dapat dua menu, roti dan donut. Roti pulak lembut, donut pun gebu. Seronok macam ni. Hasil donut juga boleh frozen, untuk makan bila-bila suka.
Memang berbaloi buat resipi dikongsi oleh homebaker, Wanda Jasmi. Langkah demi langkah juga disertakan oleh beliau.
Cara buat roti & donut guna satu resipi
1. Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2sb
Telur – 1 biji
2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B. (Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya sampai doh tak melekat)
Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk
3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2 kali ganda kembang.
5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
6. Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama. Ini 50gm setiap satu.
Jangan lupa sapu majerin dalam loyang (9×9), supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
6. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
7. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
8. Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
9. Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.
10. Hasil roti dan donut
Selamat mencuba!
Sumber: Wanda Jasmi.
DIY Meja Konsol Paling Mudah & Murah, Beli Barang Di Shopee. Dah Sampai Skru Saja, Modal Tak Sampai RM50

Meja konsol banyak kegunaannya di rumah, bukan untuk hiasan saja tapi untuk letak barang-barang juga.
Memang ada saja dijual di kedai perabot atau kedai online malah dengan harga RM100 dah boleh dapat yang cantik-cantik jugak.
Cuma kalau suka bertukang dan nak lebih jimat boleh saja buat sendiri macam yang dikongsi oleh Amir Hazwan Saad.
Menggunakan kayu siap potong yang dibeli di Shopee cara dia menghasilkan meja ini cukup mudah. Cuma perlu sambung dan skru saja semua barang ini.
DIY console table paling senang
- Tukang buat console table… Kaki meja guna kayu meranti 1″x2″ beli kat Shopee. Ukur siap-siap minta seller potong. Ini link Shopee kalau nak beli.
2. Table top guna kayu pine untuk shelf, beli di Shopee (link) jugak.
3. Bila sampai semua barang, tinggal skru saja.
4. Tambah kayu 1″ kecik untuk buat cross bracing bagi lebih kukuh.
Kemudian boleh letakkan papan pine dan skru.
Disebabkan warna kayu meranti tak cun, aku cat putih. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber:Amir Hazwan Saad.
Nak beli meja konsol bawah RM100 pun ada juga. Boleh tengok di SINI
5 Petua Mudah Cuci & Kilatkan Kembali Rantai, Gelang, Cincin Emas Yang Dah Kusam Berdaki

Isi Kandungan
Toggle
Selalu bila dekat nak raya baru kita hantar kedai untuk bersih barang kemas, sekarang bolehlah ambil masa untuk kilatkan semula rantai, gelang dan cincin emas yang ada. Hari- hari pakai, dah tentu nampak kusam kan. Buat sendiri saja sebab petuanya mudah sangat.
1. Ubat gigi
Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.
2. Air asam jawa
Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.
3. Guna air teh
Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.
4. Air panas
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
5. Cecair pencuci pinggan
Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.