
Isi Kandungan
Toggle
Duit hilang RM50 pun kita dah bising ini kan pula rugi RM 40 ribu. Tapi menariknya wanita yang dikenali sebagai Kamalia Kamal ini boleh relaks.
Reaksinya tenang saja bila diberitahu oleh pekerjanya bahawa peralatan di pejabatnya telah hilang. Sedangkan waktu itu tugas yang perlu diselesaikan menggunakan peralatan tersebut.
Nak tahu apa yang dibuat jom baca perkongsian Kamalia Kamal ini.
Sempat akak ni buat lawak time serius
Rugi 40k, kami redho
Rileks, mesti ada benda best Tuhan nak beri
Sebagai tanda susah hati akak belanja anak-anak tahfiz ni makan
Ok, mungkin cara akak ni boleh kita tiru, mana tau Tuhan sebenarnya uji kita dulu sebelum beri rezeki besar.
Sumber: Kamalia Kamal
Selain Putera Mateen, 4 Kerabat Diraja Ini Juga Bertanding Dalam Acara Ekuestrian Sukan Sea 2017

Isi Kandungan
Toggle
Kehadiran Putera Abdul Mateen Bolkiah kerabat diraja Brunei dalam acara ekuestrian tiba-tiba menyebabkan sukan kelas atasan yang dulu kurang mendapat tumpuan menjadi perhatian untuk Sukan Sea 2017 ini.
Mencambahkan lagi minat netizen bila DYMM Tuanku Sultan Mizan yang turut mewakili negara dalam sukan ekuestrian berjaya memenangi pingat emas untuk acara Endurance yang telah berlangsung kelmarin.
Tapi sebenarnya selain Sultan Terenggganu, Tuanku Sultan Mizan dan Putera Abdul Mateen yang merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, ada lagi keluarga diraja lain yang terlibat mewakili negara mereka dalam sukan ekuestrian yang bermula hari ini di Taman Ekuestrian, Putrajaya.
Tiga daripadanya adalah kerabat diraja Brunei dan seorang lagi Puteri Raja dari Thailand. Hebat kan!
Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah & Pangiran Muda Bahar Bolkiah
Puteri Azemah Ni’matul, merupakan kekanda Putera Mateen sendiri sementara Pangiran Muda Bahar Bolkiah adalah anakanda kepada Pengeran Muda Jefri Bolkiah, adinda Sultan Brunei.
Pangiran Muda Abdul Qawi
Beliau merupakan anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.
Puteri Sirivannavari Nariratana
Sirivannavari Nariratana merupakan Puteri kepada Raja Thailand Vajiralongkorn dan Sujarinee Vivacharawongse.
-vanillakismis
Usia 7 Hari, Anak Sariyanti & Jep Dah Ada Instagram Sendiri, Baru Sehari Follower Cecah 74 Ribu

Seakan jadi trend artis sekarang untuk membuka akaun instagram anak-anak yang baru dilahirkan.
Selepas Siti Aafiyah, anak Datuk Seri Siti terbaru anak Sariyanti dan Jep pula mempunyai akaun instagram sendiri atas namanya Dariya Inara.
Perkara itu dikongsi oleh Sariyanti dalam satu entri di instagramnya. Dalam posting tersebut Sariyanti yang baru melahirkan bayi perempuannya 25 April lalu turut berkongsi perasaannya terhadap kelahiran zuriat yang ditunggu sejak setahun lalu.
Rupanya Sariyanti bersalin awal dari tarikh jangkaan. Beliau dijangka melahirkan pada awal Ramadan namun bersalin ketika usia kandungan 37 minggu.
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Sehari 74 ribu follower
Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..
A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on
Apa yang menariknya walaupun baru sehari dibuka, dengan dua posting, follower si kecil ini sudahpun mencecah 74 ribu. Inilah penangan jadi anak artis!
Sumber: sariyanti
Mak Muda Lagi Tapi Anak Dah Masuk Universiti, Nurul Sedih Tapi Gembira Lepaskan Anak Ke Unimas

Inilah kelebihan kalau berkahwin muda. Umur masuk 40 tahun tapi anak dah masuk universiti macam Nurul Wahab ini.
Sekali tengok dia dengan anak sulungnya Ayu Nazirah ini macam adik dengan kakak pulak.
Nurul berkongsi berita gembira anaknya itu memasuki Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam akaun instagram miliknya beberapa hari lalu.
Bye bye baby girl… this is your new home for 3 years now. I know kuching is a good city and they will be nice to my daughter.
Go for your dreams. You will soar up high. Allah will look after you and keep you safe from harm. I love you.
Demikian tulis Nurul sewaktu menghantar anaknya untuk pendaftaran di universiti tersebut.
Difahamkan Ayu Nazirah yang sebelum ini mendapat 9A dalam peperiksaan SPM memilih Unimas sebagai IPT untuk dia mengejar impian menjadi zoologist.
Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nurul dengan suami terdahulu, Ajai. Nurul turut mempunyai dua anak lagi selepas kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Perancis Eric Daniel Depp yang juga usahawan produk kesihatan, Herbalife.
Cantik anak Nurul ni bila dah besar kan!
Sumber: Instagram Nourul