
Selain masalah semut di rumah, serangga ini juga selalu mengerumuni tanaman dan juga tanah hingga menyebabkan pokok tak subur.
Cara mudah yang selalu kita buat, sembur saja dengan aeresol tapi penggunaan bahan kimia pada pokok sayur dah tentu tak elok.
Jadi kalau berdepan masalah semut pada tanaman kita cuba guna petua semula jadi.
Salah satu yang paling mudah adalah tabur serbuk kunyit.
Walaupun kunyit dikategorikan sebagai superfood, ada sesetengah serangga seperti semut tidak menyukai aroma kunyit.
Oleh itu, jika tanaman anda diserang semut, boleh taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman. Insya-Allah semut akan menghindari tanaman.
Sumber: Anidah Nida
Artikel berkait:
Supaya Daun Kunyit Subur & Lebar, Letak Pokok Bawah Tempat Teduh Begini
Bertahun Bayar Tapi Hutang Tak Berganjak, Lelaki Ini Kongsi 3 Cara Pendekkan Hutang Rumah, 12 Tahun Setel

Isi Kandungan
ToggleBagi yang membuat pinjaman bank untuk membeli kediaman sendiri pastinya tahu betapa lama tempoh untuk melangsaikan hutang ini.
Walau dah bertahun-tahun membayar ansuran bulanan yang berjumlah ribuan ringgit tapi bila diperiksa rupanya hutang seolah-olah tak berkurang pun.
Bagi anda yang berdepan situasi ini boleh cuba mengamalkan tip kewangan daripada Faizal Rahmat.
Beliau berjaya melangsaikan pinjaman perumahan dalam tempoh 12 tahun berbanding perjanjian asal selama 25 tahun.
Bukan sahaja dapat melangsaikan hutang sebelum usia meningkat, malah tempoh pembiayaan juga dapat disingkatkan.
Tip singkatkan hutang rumah dari 25 tahun ke 12 tahun
1. Bayaran bulanan lebih
Setiap bulan bayar ekstra RM100 hingga RM150 kepada bank. Tapi, jika pada bulan itu tiada lebihan, bayar ikut jumlah yang ditetapkan sahaja supaya tidak berasa tertekan.
2. Lebihkan bayaran tahunan
Jika syarikat tempat bekerja sering memberi bonus tahunan peruntukkan sejumlah wang bonus untuk lebihkan bayaran bulanan kepada bank.
Kebiasaannya, peminjam akan buat bayaran untuk tempoh 12 bulan sahaja, tapi lebihkan bayaran 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
3. Gunakan duit KWSP
Tip ini paling banyak membantu. Boleh keluarkan duit KWSP dari Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan.
Apabila berjaya keluarkan, terus nyatakan kepada pihak bank bahawa duit tersebut untuk bayar prinsipal. Kaedah bayaran prinsipal ini akan menguntungkan peminjam.
Tip Buat Sambal Tumis Yang Sedap, Tos Air Bawang Yang Dikisar!

Hidangan sambal tumis tak kira sambal bilis, sotong, udang, ayam atau ikan memang kegemaran ramai.
Boleh kata setiap hari akan ada hidangan ini atas meja. Ada sambal ini baru puas makan.
Tapi tak semua yang mahir buat sambal tumis yang sedap. Ini tip yang boleh kita praktik yang dikongsi oleh Dya Mira.
Cara masak sambal sedap
1. Cili kering yang hendak digunakan digunting, buang biji dan direbus dulu. Tos.
2. Basuh cili direbus tadi sampai bersih dan kisar dengan 2 biji bawang besar.
3. Tumis cili sampai naik minyak atau pecah minyak.
4. Letak asam keping atau asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kena cukup rasa tau asam, gula, garam. Baru sedap.
5. Petua untuk sambal bilis sedap – kisar bawang besar dalam 3-4 biji kemudian tapis untuk asingkan air bawang. Tumis bawang yang ditapis tadi sampai kekuningan baru masukkan cili kisar. Rasa sambal akan lebih sedap manis-manis.
Selamat mencuba.
Sumber: Dya Mira.
Jika Laptop Tertumpah Atau Terkena Air Segera Lakukan Perkara Berikut! Tapi Jangan Guna Hair Dryer

Laptop yang tertumpah atau terkena air memang boleh menyebabkan kerosakan malah kerugian besar.
Boleh jadi akibat tertumpah air dari cawan yang diletakkan di tepi laptop ataupun terkena air hujan.
Setiap laptop mempunyai lubang udara laptop. Apabila air tumpah berhampiran dengan tempat anda meletakkan laptop, air tersebut dengan mudahnya akan mengalir lalu memasuki di celah lubang udara laptop. Ia boleh merosakkan motherboard yang jika berlaku menyesal pun tiada gunanya.
Segera lakukan perkara ini!
Meski berhati-hati ada masa kejadian air tertumpah pada laptop tetap juga berlaku. Jadi apa yang perlu kita lakukan sejurus selepas itu untuk mengelakkan kerosakan? Ini panduannya;
Jika laptop tertumpah/tersiram air semasa laptop sedang bernyala atau dihidupkan, anda haruslah mencabut semua power cable pada laptop. Kemudian segera mematikan laptop tersebut agar masalah short circuit dapat diatasi.
Jika laptop terkena air hujan, jangan sesekali mencuba untuk menghidupkan laptop bagi memastikan ianya masih berfungsi atau tidak. JANGAN OKAY! Apabila anda lakukan itu semasa laptop masih dalam keadaan basah, ia akan membuat laptop bakal mengalami konsleting elektrik.
Selepas sudah elakkan daripada buat perkara di atas, lakukan pula langkah ini;
1. Tutup suis sekiranya sedang cas.
2. Cabut semua peranti yang bersambung pada laptop seperti mouse, speaker, dan lain-lain.
3. Gunakan kain lembut atau pembersih vacuum dengan penyedut kecil untuk menyedut cecair terutama pada lubang power jack, usb port dan lain-lain.
4. Terbalikkan Laptop dengan kedudukan keyboard berada di bawah serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan effektif dan cepat diatas tempat berkenaan.
5. Gunakan cottonbud/kain lembut untuk mengeringkan di kawasan yang agak sukar seperti mainboard/motherboard.
6. Dalam keadaan laptop yang terbuka, keringkan laptop dengan cara lap, angin-anginkan atau kipaskan menggunakan surat khabar bagi membantu mempercepatkan bahagian laptop untuk kering.
* JANGAN menggunakan hair dryer kerana ia dapat mengeluarkan wap-wap yang akan cepat merebak pada bahagian-bahagian laptop.
INGAT ! Laptop sensitif pada panas sebab itulah apabila laptop overheating, komponen akan mudah rosak.
7. Setelah pasti laptop sudah kering, pasang semula komponen yang dipisahkan tadi dengan kemas dan dalam keadaan yang baik lalu nyalakan (ON) laptop seperti biasa.
Jika berjaya dihidupkan, alhamdulillahm akan tetapi, jika sebaliknya segera mendapatkan bantuan daripada pihak yang pakar pembaikkan laptop yang dipercayai kerana kemungkinan telah berlakunya konsletting pada bahagian power atau chipset laptop tersebut.
Sumber: OK Computer Solution