Pintu sliding susah ditutup dan tersekat adalah masalah yang biasa terjadi pada kediaman yang menggunakan pintu jenis ini. Selalunya ia berlaku bila sudah lama digunakan.
Pintu sliding dengan masalah sebegini sebenarnya boleh kita baiki sendiri, dan tak susah pun. Caranya dikongsi oleh Jason_jezi di akaun Tik Tok miliknya.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
Ads
2. Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
Ads
3. Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Walau pun kelihatan cantik tapi tak semua pakaian sesuai dengan kita. Lebih dari itu ada juga jenis pakaian yang boleh membahayakan kesihatan jika dipakai setiap hari.
Trend pakaian atau aksesori seperti berikut antaranya jika dipakai setiap hari boleh menjejaskan tubuh badan tanpa kita sedari.
1. Skinny jeans
Jeans seperti ini memang kegemaran ramai ketika ini, baik yang tua atau muda. Meskipun kaki anda kurus dan nampak cantik bila mengenakannya sebaiknya pertimbangkan risiko ini jika mahu mengenakannya setiap hari.
Skiny jeans yang ketat dan mengikut bentuk kaki ini mengganggu perjalanan darah yang akhirnya menyebabkan masalah varicose dan selulit. Kulit tak boleh ‘bernafas’ kerana fabrik melekap pada kulit.
2. Kasut tumit tinggi
Bila memakai kasut tumit tinggi kita mungkin akan kelihatan lebih feminin. Tapi ini bukan alasan untuk mengenakannya setiap hari. Pemakaiannya boleh menyebabkan sakit belakang, sakit kaki dan bengkak pada kaki.
3. Kasut rata
Kasut dengan tapak rata juga ada bahayanya walaupun anda rasa selesa. Ia memberi bebanan yang tidak seimbang pada kaki dan tiada ‘shock absorption’ sewaktu berjalan. Ini akan menyebabkan saraf mengembang dan kehilangan elastisiti selain tapak kaki menjadi rata. Ia menimbulkan kesakitan pada kaki dan bahagian belakang.
4. Push up bra
Coli jenis ini memang ada dalam koleksi kebanyakan wanita. Walaupun ia memberi kesan payu dara yang lebih mantap tapi coli jenis ini akan menyekat perjalanan darah dan tekanan yang berterusan juga boleh menjadi penyebab kanser.
5. Kaca mata hitam
Ia mungkin membuatkan kita kelihatan lebih bergaya namun kita tak boleh mengenakannya pada waktu malam atau di ruangan yang kurang pencahayaan. Pemakaian pada situasi tersebut akan memberi tekanan berlebihan pada mata sekali gus mencetuskan risiko pembentukan katarak.
6. Sarung kaki
Ia memang akan membuatkan kaki kelihatan cantik tapi megenakannya secara kerap boleh membahayakan. Ada jenis sarung kaki yang memberi kesan negatif kepada perjalanan darah hingga menyebabkan masalah varicose veins dan selulit.
7. Beg tangan yang dibawa pada sebelah bahu
Membawa beg tangan yang berat memang tidak baik untuk kesihatan apatah lagi pada sebelah bahu saja. Ia memberi beban pada bahu dan juga tulang belakang hingga boleh menyebabkan scoliosis.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...