Sayur terung antara yang mudah dan selalu ditanam di sekeliling rumah. Nak tanam dalam pasu pun boleh saja.
Tapi walaupun dah berjaya tanam dan subur sering kali juga berlaku, pokok terung berbunga namun asyik gugur, tak lekat dan tak jadi buah.
Sekiranya pokok terung jadi begini perkongsian Rose Aida Salleh ini boleh membantu supaya bunga lekat dan jadi buah.
Teknik pendebungaan manual pokok terung, jika bunga tak lekat jadi buah
Tip untuk yang tanam terung dan berbunga tapi bunga asyik gugur, tak menjadi buah. Cara yang saya tunjuk ini ialah teknik pendebungaan manual terutama untuk kawasan rumah yang tiada serangga untuk proses pendebungaan.
1. Ambil cotton bud, perlahan-lahan sapu pada kelopak kuning dan terus ke stigma hijau kecil yang ditanda dengan garisan hitam.
Ads
2. Sekiranya pendebungaan berjaya, bunga akan mengecut seperti ini selepas beberapa hari.
Ads
3. Buah pula akan mula keluar beberapa hari kemudian.
Ads
Untuk lebih jelas, boleh juga lihat video ini juga.
Ada yang geli tapi ramai juga yang suka dengan hidangan kaki ayam. Punya isi yang lembut kalau dibuat sup, kerabu atau masak kicap memang sedap.
Bagi yang gemar makan kaki ayam, untunglah sebab makanan ini dikatakan punya banyak kolagen yang diketahui memang membantu menumbuhkan sel atau dalam erti kata lain awet muda.
Tapi betul ke? Kalau tak puas hati, ini penjelasan Dr Fatimah Salim tentang khasiat kaki ayam.
Apa itu kolagen?
Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bersifat lekat atau menghasilkan pelekat’. Kolagen merupakan sejenis protein semulajadi yang banyak terdapat pada haiwan bertulang belakang (vertebrate) termasuk manusia.
Kolagen banyak ditemui pada kulit (memberikan keanjalan), tisu penghubung seperti tendon dan ligamen (memberikan kekuatan tegangan) serta tulang rawan (memberikan fleksibiliti dan kekuatan).
Betul ke kaki ayam mengandungi kolagen?
Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.
Elok. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.
Khasiat lain kolagen
Sembuhkan luka
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam. Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Buang toksin
Kaki ayam yang dijadikan sup juga boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda. Tanda-tanda toksin banyak anda mungkin alami masalah sembelit. Jadi salah satu cara untuk mengeluarkannya adalah makan sup kaki ayam.
Baik untuk jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.
Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Walaupun ada banyak khasiat tapi kena makan berpada-pada, makan berlebihan pun ada mudaratnya.
Seronok tengok hasil tanaman wanita ini. Bukan main gemuk dan lebar lagi sayuran baik sawi, kailan, pak choy, sawi giant, kesum dan macam-macam lagi sayur yang ditanam sekitar rumahnya.
Menariknya tanaman yang diusahakan Yna White ini naik subur tanpa langsung menggunakan bahan kimia atau baja. Memang 100 peratus organik. Beliau juga turut berkongsi tip hasil sayurnya yang gemuk dan lebar.
Tak guna baja
Tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia. Hanya gunakan tanah hitam sawit asli tanpa campuran.
Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat jadi saya tambahkan pasir supaya tanah tak padat dan peroi. Cara ini akar pun boleh bekerja dengan baik.
Tanah hitam ini dah berbaja, sekali sekala saya siram pokok-pokok dengn air basuhan beras / air nasi basi / air basuhan ikan atau ayam.
2. Tip daun sayur elok tanpa serangan perosak
Racun serangga saya DIY sendiri. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Saya kongsikan ramuan di sini.
Cara buat racun serangga
Bahan-bahannya nasi basi, air, satu labu bawang putih (tak perlu kupas) dan 1 paket kecil Ajinomoto.
Cara membuatnya
Ambil 1 botol mineral besar air dan masukkan nasi basi tadi ke dalamnya. Ramas-ramas nasi basi dengan air, lagi pekat lagi bagus.
Kemudian masukkan dalam blender bersama dengan bawang putih dan Ajinomoto. Kisar.
Kemudian tapis dan simpan dalam botol, jika nak tahan lama simpan dalam peti sejuk.
Cara penggunaan
Masukkan sedikit pati dalam botol spray, tambah air paip kemudian goncang. Sembur selalu pada pokok-pokok.
InsyaAllah selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
Waktu yang sesuai untuk sembur adalah selepas siraman waktu pagi. Pastikan siram dulu baru spray.
Siram pokok 2 kali sehari dan selalu buang daun-daun pokok yang tak sihat dan sakit.
Selalu terjadi dah beli roti pek besar tapi dah sampai tarikh luput tak juga habis. Daripada terbiar naik kulat, elok guna buat pizza roti tawar begini. Cara buat pun mudah, tak perlu bakar dalam ketuhar bagai. Boleh guna kuali saja.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...