Walaupun bukan tukang, tiada pengalaman melakukan kerja pembuatan kolam tapi dek kerana minat tiada halangan untuk ibu ini merealisasikan impiannya yang mahukan kolam hiasan di kediamannya.
Melakukannya secara sendirian daripada menyusun bata, membancuh dan meratakan simen hinggalah menyapu cat epoxy usaha wanita bernama Mieza Aziz ini membuat ramai kagum.
Cerita ibu dua anak ini beliau mengambil masa sebulan lebih untuk menyiapkan kolam hiasan di sudut kediamannya.
Siap kolam ikan walaupun bukan tukang hanya minat
Saya bukan tukang tapi sangat minat bertukang dan nak cuba buat sendiri. Ini hasil tangan kerja seorang mak anak dua. Buat dua hari seminggu saja sebab bekerja. Sebulan lebih baru setel semuannya.
Banyak ilmu saya peroleh dari grup Tukang Buat Apa Hari Ini terutama bancuhan simen, cara elak leaking, cara susun bata. Ada jugak yang saya buat ikut suka hati saja.
Bagi mengelakkan leaking saya hanya sapu bancuhan simen beberapa kali, sapu guna berus, sapu guna tangan(pastikan pakai glove). Alhamdulillah tiada bocor.
Inilah langkah DIY yang dilakukan.
Ads
Proses simen dasar kolam. Alas plastik untuk elak leaking. Tujuan lain nak pastikan air dalam bancuhan simen tu Tak meresap masuk ke tanah. Kalau air dari bancuhan simen meresap masuk dlm tanah, kualiti bancuhan simen tu dah tak bagus.
Kerja-kerja penyusunan bata.
Ads
Proses ratakan simen, buat corak tu sebab tak pandai nak licinkan.
Masuk air untuk test leaking.
Ads
Dah siap simen, buat hiasan sikit dan kemudian sapu cat epoxy untuk kolam.
Cat ni boleh beli kat Shopee (klik SINI). Lepas simen baru saya cat guna swimming pool epoxy. Untuk kolam ini guna ngam-ngam 1 liter saja. 2 kali sapu, lepas sapuan pertama tunggu kering dulu. Kemudian sapu lagi sekali.
Kereta dah cuci bersih kereta, dah spray bagai tapi anak lipas tetap ada. Bukan sikit banyak pulak tu. Sampai terkejut dibuatnya bila tiba-tiba muncul kat stereng kereta.
Kalau dah usaha macam-macam tapi tak setel juga masalah lipas yang beranak pinak boleh cuba pula kaedah perkongsian Wajihah Derus Bilis Sabah.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
Umpan lipas alam kereta
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan -Susu pekat -Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Botol air mineral saiz besar selalu kita guna semula untuk simpan air. Supaya mudah untuk minum atau basuh tangan menggunakan botol ini boleh buat paip auto seperti yang dikongsi oleh Jason Jezi ini.
Menggunakannya untuk memudahkan beliau basuh tangan di luar rumah, cara membuat paip auto pada botol ini mudah saja, cuma perlu guna straw, gam dan juga alat buat lubang.
1. Buat satu lubang di bahagian bawah botol dan masukkan straw.
2. Gam sekitar lubang untuk pastikan air tidak terkeluar. Tunggu gam kering.
3. Untuk menggunakannya, tutup lubang straw dan penuhkan botol dengan air. Pastikan jari sentiasa tutup lubang straw semasa mengisi air supaya air tak keluar.
4. Bila dah penuh, tutup botol air dengan penutupnya dan lepaskan jari lubang straw.
5. Buka sedikit demi sedikit penutup botol dan air akan mengalir keluar macam paip.
6. Untuk hentikan air mengalir, ketatkan saja penutup botol. Macam paip kan!
Kalau di rumah ada tanam pokok buah tapi tak nak berbunga dan berbuah, mungkin tiba masa untuk kita buat sendiri baja buah.
Memang boleh beli tapi kalau nak jimat buat sendiri sebab, bahan-bahannya adalah sisa dapur yang memang kita buang. Guna tiga bahan ini saja.
Cara buat baja buah organik cecair yang sangat mudah
Boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah.
Bahan diperlukan:
Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kulit pisang (700g)
Kulit udang (belum dimasak) (200g)
Kulit telur (100g)
Bekas besar
Botol plastik 1.5 L
Cara-cara:
1. Kisar kulit pisang, udang dan telur.
2. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata.
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 15 – 20 hari ( seminggu pun boleh guna dah)
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Penggunaan
Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan.
Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran.
Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...