Ramai yang selalu berdepan dengan situasi serba salah bila kawan-kawan atau saudara mara nak pinjam duit.
Ya lah kita sendiri mungkin pernah ada pengalaman dah beri pinjam tapi tak bayar. Bila minta buat tak tahu atau cakap takde duit. Sudahnya kita yang beri pinjam duit ni pulak kena buat tebal muka minta duit sendiri. Supata kejadian hutang tak berbayar ini tak berulang atau tak terjadi seeloknya kita buat surat perjanjian. Biar ada hitam dan putih supaya boleh ambil tindakan sewajarnya bila peminjam tak bayar.
Peguam Nor Zabetha memberi panduan kepada kita macam mana nak buat surat perjanjian pinjaman wang ini. Berikut perkongsian beliau:
Cara buat surat perjanjian hutang
Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?- Jom share.
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tulis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
Ads
1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
3. Nyatakan jumlah pinjaman. Contoh:
Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
Ads
4. Cara bayaran bagaimana? Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
5. Masukkan terma pengingkaran. Contoh: Sekiranya peminjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
6. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Ads
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam.
Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang.
Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Sila share, untuk pengetahuan bersama supaya tidak menjadi PEMBERI PINJAM YANG TERANIAYA.
Sofa rona putih atau cerah memang cantik untuk kediaman. Cuma masalahnya akan mudah kotor. Boleh jadi tertumpah air, makanan atau tercalit kotoran dek anak-anak.
Ada yang sakit mata melihat kotoran ini dan sanggup upah servis mencuci sofa. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.
Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.
Bersih sofa guna penutup periuk
Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi.
Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih.
Bahan yang diperlukan:
Cecair pencuci pinggan
Penutup periuk
Kain
Air panas secukupnya
Caranya:
1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.
2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.
3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.
4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.
5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.
Air soya antara yang selalu kita beli untuk dijadikan minuman. Air ini pun memang banyak dijual di kedai.
Tapi sebenarnya air soya ini lagi sedap dibuat sendiri. Lebih segar dan lebih berkhasiat sebab tak guna pengawet. Lagi satu buat sendiri lagi jimat, modal RM 1.50 boleh dapat 2 liter air soya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...