Mesti ramai yang rindu nak makan kuih ini atau pun memang tak pernah makan. Kuih tepung pasung ini memang dah jarang jumpa orang yang menjual atau membuatnya.
Kalau teringin nak makan kenalah buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian daripada Pn Habsah Ngah.
Buat sendiri kuih tepung pasung
Bahan bahagian bawah
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Bahan bahagian atas
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat..
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Ads
Cara membuat:
1. Masak gula, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
Ads
3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus. Kukus dalam 5 minit.
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
Ads
5. Sudukan/paipkan ke dalm kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi. Kemudian teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Jika api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih akan tumbang.
Sekiranya di rumah sekarang sedang tanam anak pokok cili, tip yang dikongsi daripada Mohd Nor ini boleh dipraktikkan terus.
Ia supaya pokok cili yang baru ditanam stabil selain banyak akar. Cara ini juga membolehkan jangka hayat pokok cili tahan hingga bertahun-tahun. Bila kekal lama, hasil cili pun boleh tuai banyak kali.
Bila alihkan ke pasu atau tanah kena tanam sekali batang pokok
Menurut Mohd Nor sewaktu pindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, polibeg atau tanah, buang daun di bahagian bawah dan tanam dalam sikit.
Untuk lebih mudah faham, tanam sampai paras tanda merah dalam gambar. Batang yang ditimbuskan akan mengeluarkan akar-akar baru yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar & berbuah. Cara ini jangka hayat pokok cili juga akan lebih lama.
Selain itu pastikan pokok cili dapat cahaya matahari pagi sampai petang, ini yang terbaik. Hasilnya pokok cili akan rendang & cabang dahan mudah tumbuh.
Jika kurang cahaya pokok akan tinggi & tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh.
Tip ekstra
Pembajaan terbaik utk cili ialah baja AB atau apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yg betul.
Kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih. Boleh beli atau buat sendiri menggunakan campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan.
Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.
Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi sama subur elok sayuran mereka.
Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.
Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok
Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.
Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.
Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.
Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.
Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.
Bagi yang memelihara kucing di rumah, litter box atau tandas kucing ini kenalah ada. Cuma kalau beli harganya paling murah lebih kurang RM60. Jika ada banyak anak bulus kenalah sedia lebih dari satu.
Tapi kalau nak kurangkan kos boleh juga buat sendiri. Lagi jimat terutama untuk yang pelihara banyak ekor kucing di rumah.
Cara bajet boleh gunakan bekas plastik atau storage box yang banyak dijual untuk buat litter box ini. Harga storage box ini boleh dapat dalam RM20 atau lebih murah. Cara membuatnya dikongsi oleh Nadz Qholed Mokhtar.
Buat sendiri tempat popo anak bulus bajet
Nak kongsi sedikit cara buat tempat popo yang bermodal bawah RM100… Nak beli yang mahal takde kemampuan makanya inilah cetusan untuk anak-anak bulus popo tanpa bau yang kuat.
Caranya;
1. Sediakan storage tong 75ml, boleh cari di supermarket atau pun kedai barang plastik.
2. Ukur ketinggian untuk buat pintu dan bahagian bawah agar pasir tak melimpah 4-5cm dari bawah. Nak buat bentuk curve pun boleh. Saya buat yang mudah.
3. Bakar pisau di bahagian hujung dan cucuk pada bahagian yang ditanda bagi memudahkan gergaji kecil masuk. Kemudian boleh gergaji untuk buat pintu. Boleh juga letak sellotape bahagian yang digergaji supaya tak tajam.
4. Dah siap pintudan boleh letak pasir. Siap!
TIP: Bagi elak bau gergaji letak arang di penjuru bekas untuk serap bau atau boleh beli ubat gegat yang ada pelbagai bau kat kedai Eco.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...