Bergelar selebriti memanglah penampilan kena nampak cantik dan sedap mata memandang. Senang kata, selebriti ni dah dianggap bagai hal masayarakat. Setiap apa yang dipakai dan digayakan menarik perhatian.
Pun begitu, bagi pengacara, Uyaina Arshad, cantik itu subjektif. Dia lebih selesa menjadi diri sendiri dengan menjaga badan dan kulit wajah mengikut cara tersendiri sebagaimana ibu dan adik-beradiknya.
Ads
Detoks cuka epal
Uyaina menyatakan bahawa dia berketurunan Arab. Justeru badannya mudah naik jika terlebih makan dan kurang bersenam. Salah satu cara untuk memastikan perut tidak buncit selain melawaskan pembuangan, Uyaina mengamalkan cuka epal. Uyaina minum cuka epal 1 sudu besar setiap pagi ketika perut kosong.
Selain itu, untuk memastikan badan kekal langsing, Uyaina mengehadkan pengambilan nasi. Dalam seminggu dia hanya makan nasi dua atau tiga kali sahaja. Selebihnya dia makan sesuatu yang mengenyangkan selain nasi misalnya roti.
“Saya tak boleh hari-hari makan nasi. Saya ni keturunan Arab jadi memang badan mudah sangat nak naik. Kena hati-hati. Selain itu, saya juga bersenam. Selalunya lari atas treadmill selama 30 minit hingga sejam. Tu memang kena buatlah nak jaga badan dan juga stamina.”
Ads
Minum air sayur
Nak tahu apa rahsia kulit Uyaina yang licin macam telur kena kupas ni? Kata Uyaina, dia selalu minum air tomato, lobak merah dan timun yang dikisar halus.
“Lepas kisar semua sayur tu, saya masukkan sikit stevia. Jangan bubuh gula pula. Minum air sayur ni membuatkan kulit lebih lembap dan berseri. Kalau ikut emak saya, mak suka yang pahit macam daun betik. Minum air rebusan daun betik pun bagus untuk cantik dan sihat,” katanya.
Basuh mekap bersih-bersih
Disebabkan selalu tampil di kaca televisyen dan penggambaran lain, wajah Uyaina selalu dikenakan mekap. Mengakui bahawa penggunaan alat mekap dalam masa panjang boleh menjejaskan kulit namun Uyaina berkongsi panduan yang dilakukan supaya kulit wajah kekal cantik.
Ads
“Perkara utama yang saya amalkan ialah jangan sesekali tidur tanpa bersihkan mekap. Kena basuh bersih-bersih semua solekan barulah boleh tidur. Nak kulit sihat, saya pakai pelembap dan sun block. Dalam keluarga, saya seorang yang ada masalah kulit sensitif. Jadi saya kena lebih berhati-hati dan lebih suka gunakan bahan semula jadi untuk jaga kulit muka.”
Juara Puteri Muslimah Asia 2018
Pada Mei lalu, Uyaina telah menjadi juara untuk program Puteri Muslimah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Mewakili Malaysia, Uyaina menewaskan peserta dari Indonesia, Turki dan Brunei.
Sebagai wanita berhijab, sudah semestinya fesyen yang seksi tidak sesekali akan digayakan. Dia lebih selesa menggayakan pakai yang ringkas namun tetap nampak menawan.
“Pilihan saya ialah blaus yang labuh hingga ke lutut dan dipadankan dengan seluar. Itu memang gaya saya ketika keluar ke mana-mana. Senang dan selesa,” katanya menutup bicara.
Sekali pandang, ramai menyangka dia pelajar kolej yang masih muda remaja tapi kita semua silap. Hakikatnya wanita bernama Lure Hsu ini sudah pun berusia 42 tahun. Macam tak percaya kan!
Berasal dari Taiwan dia adalah bintang baru di negara tersebut yang membuatkan ramai terpegun melihat penampilannya yang begitu muda.
Nak tahu rahsianya? Bukan pembedahan plastik ya tapi dua amalan yang paling mudah. Kata Lure, wajah yang nampak muda remaja itu adalah hasil amalan minum banyak air kosong dan makan banyak sayur-sayuran.
Lure yang juga seorang pereka hiasan dalaman mula dikenali gara-gara adiknya Sharon Hsu, 36 yang juga merupakan seorang pelakon di Taiwan.
Dia mempelawa Lure turut serta dalam satu rancangan hiburan bersamanya. Tidak lama kemudian Sharon memuat naik gambar Lure menyambut ulang tahun ke 40 akaun Facebook miliknya.
Dari situlah ia bermula, peminat mula terkejut mengetahui umurnya yang sebenar memandangkan wajahnya mulus tanpa kedutan dan juga penampilannya seperti gadis remaja.
Digelar Dewi Yang Dibekukan Usia
Sejak itu gambar-gambar Lure yang dimuat naik dalam laman instagram mula tular di media sosial hingga dia digelar Dewi Yang Dibekukan Usia.
Turut terkenal di negara China, dalam satu temu ramah dengan media Taiwan, Lure mendedahkan lebih lanjut tentang amalan awet muda yang dilakukan.
Ujarnya dia minum banyak air dalam sehari dan akan cuba mengelakkan air yang mengandungi gula dan gas. satu-satunya air manis yang diminum adalah kopi yang diambil setiap pagi.
Dia juga pengemar sayur terutama pak choi pada masa yang sama mengelakkan sebarang sos dan juga hidangan pedas.
Untuk penjagaan wajahnya, Lure menyarankan wanita lain melembapkan kulit mereka. Katanya bila kulit lembap, kedutan dan juga penuaan tidak perlu dirisaukan.
Selain itu dia juga mengamalkan krim pelindung sinar matahari di samping pengambilan suplemen setiap hari termasuk vitamin C dan kolagen untuk mendapat kulit wajah yang anjal dan berseri.
Imej berhijab Nura Medina atau Fazura dalam drama popular ketika ini Hero Seorang Cinderella tak dinafikan memang cantik.
Tak puas mata memandang walaupun gaya yang dikenakan cukup ringkas. Tapi kalau nak tahu pelakon ini berhijab bukan setakat dalam drama itu saja.
Seperti tahun-tahun sebelumnya memasuki bulan Ramadan Fazura akan tampil bertudung. Ini dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik Fazura dalam akaun instagram miliknya.
Pilihan tudungnya pula memang sempoi iaitu bawal atau skarf tapi yang pasti sangat serasi dengan wajahnya. Ada juga nampak macam stail tudung wanita Brunei. Hmmm…
Cuba tengok gaya-gaya ini. Ringkas tapi manis sangat.
Meski berhijab hanya di bulan Ramadan tapi kita doakan aktres ini terbuka hati menutup aurat sepenuhnya menjadi Muslimah sejati.
Meski berhijab hanya di bulan Ramadan tapi kita doakan aktres ini terbuka hati menutup aurat sepenuhnya menjadi Muslimah sejati.
Tanyalah mana-mana wanita pasti menginginkan kulit yang putih. Kalau boleh dengan cara yang cepat sebab masyarakat kita beranggapan putih itu cantik.
Untuk korang yang mahu hasil yang instant boleh ikut cara @rihajamil yang berkongsi cara dia memutihkan kulit wajah dengan kaedah paling selamat tanpa perlu oles bahan kimia.
Ha yang nak putih boleh try cara ni, confirm selamat tiada penggunaaan bahan kimia. Lucukan tapi perkongsian gadis ini tular di Twitter hingga mendapat hampir 20K retweets.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...