Sejak 32 tahun Pencarian Dewi Remaja anjuran majalah Remaja telah melahirkan begitu banyak bakat baru dalam industri seni.
Neelofa, Scha Al Yahya, Ummi Aida, Jasmin Hamid, Aleeza Kasim, dan ramai lagi adalah antara nama besar yang dilahirkan dalam pertandingan ini.
Tapi siapa pula gadis bertuah seterusnya yang bakal memegang gelaran Dewi Remaja 2018/2019. Sudah pun memulakan pencariannya ini adalah senarai 12 finalis Dewi Remaja.
Semuanya cantik dan berbakat. Anda boleh mengikuti perkembangannya melalui program Dewi Remaja di Astro Ria (104) & Ria HD (123) setiap Ahad jam 10.30 malam.
Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
18 Tahun (11 Februari 2000)
170cm / 60kg
Kuala Lumpur
Instagram: @haneesyahanee
Menarik Tentang Dewi Haneesya:
Model Sepenuh Masa, Pandai Menari Tradisional & Moden Kontemporari Serta Ingin Mewujudkan Kesedaran Tentang Dyslexic, Scoliosis & Thalassemia.
Arena Wan Mun-Yi Binti Iman Wan
19 Tahun (16 Disember 1999)
157cm / 49kg
Selangor
Instagram: @arenalieya
Menarik Tentang Dewi Arena:
Mahir Bermain Alat Muzik Gamelan, Piano, Gitar Serta Ukelele, Kakak Kepada ‘Adam Autism Family’ & Ayahnya Seorang Komposer Lagu.
Tunku Affie Rania Binti Tunku Fauzi
19 Tahun (11 November 1999)
163cm / 49kg
Kuala Lumpur
Instagram: @affierania
Menarik Tentang Dewi Rania:
Berkebolehan Beatbox & Bermain Futsal / Bola, Boleh Menyanyi & Mempunyai Lagu Sendiri Serta Boleh Bermain Alat Muzik – Gitar, Keyboard & Piano.
Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail
20 Tahun (6 Oktober 1998)
164cm / 45kg
Kelantan
Instagram: @aweenismail
Menarik Tentang Dewi Aween:
Pandai Bersilat, Beauty Consultant, Pelakon Tambahan Filem Munafik 1 Serta Bersuara Lantang & Boleh Bermain Gitar & Ukelele.
Erni Nurshahira Binti Khairul Nizam
23 Tahun (5 Januari 1995)
160cm / 52kg
Selangor
Instagram: @ernishaaa
Menarik Tentang Dewi Ernisha:
Sosial Media Influencer, Berkemahiran Menguruskan Event Serta Menyara Perbelanjaan Belajar Di Universiti Sendiri Daripada Zaman Diploma Hingga Habis Degree.
Ibu bapa disaran didik anak sejak kecil. Memang penat mendidik anak, namun kepenatan itu akan dibalas dengan penuh hikmah. Ibu bapa tidak perlu lagi bersusah payah hendak mendidik apabila anak semakin membesar.
Pakar motivasi dan penceramah, Prof Muhaya Mohamad menegaskan salah satu corak didikan yang perlu dibuat sejak awal ialah menutup aurat. Ibu bapa perlu bezakan antara menutup aurat dan pakai tudung. Menutup aurat akan memberikan kehidupan berbentuk keislaman dan menyelamatkan kehormatan individu di dunia dan akhirat.
Melalui laman instagram, Prof Muhaya memberikan panduan kepada ibu bapa supaya mendidik anak menutup aurat sejak kecil supaya mereka lebih mudah untuk berbuat demikian apabila semakin meningkat usia.
Pakai tudung atau tutup aurat?
Kita nak didik anak anak perempuan kita untuk pakai tudung atau menutup aurat? Yang mana agaknya yang akan memberi konsep kehidupan Islam dan insyaAllah menyelamatkan kehormatan anak anak kita dunia dan akhirat?
Biar penat mendidik ketika masih kecil
Setuju tak kepenatan mendidik masa mereka kecil akan melahirkan kerehatan di hari tua dan kemalasan dan kealpaan semasa menjadi ibu bapa yang muda dan tidak menanam akidah yang kuat pada mereka menyebabkan tekanan demi tekanan dan keresahan semasa umur tua?
Perbetulkan diri sendiri dulu
Masih belum terlambat utk mencari ilmu dan perbetulkan diri supaya dapat menjadi contoh pada anak anak ke arah kebaikan. Setuju tak mesti minta maaf pada anak jika kita kurang memberi pendidikan ugama bekalan hidup mereka?
Masa kita solat kita menutup aurat sepenuhnya supaya sah solat kitab dan mendapat redha Allah. Bila habis solat kita nak terus tutup aurat atau tidak tutup aurat? Pilihan yang mana agaknya lahir dari ketakwaan? Jika solat kita cuma 5 hingga 8 minit dan kita tutup aurat, lepas solat tidak tutup aurat maka berapa minit agaknya ketakwaan kita? Kalau takwa kurang agaknya hidup best tak? Kita tak bahagia sebab tak kaya, tak sihat, takde jodoh atau sebab takde takwa? Setuju tak kalau takde niat meningkatkan takwa sia sia umur yang Allah beri mulai setiap pagi?
Jika kebanyakan pengasas produk cukup aktif di media sosial memaparkan gaya hidup serta aktiviti seharian, tapi lain pula bagi pemilik jenama Aidijuma.
Sudah enam tahun bergelar pengasas tudung Aidijuma yang banyak beroperasi secara online namun empunya diri ini tidak pula berminat untuk aktif di media sosial.
Akaun di media sosial bagi Datin Norjuma Habib Muhamad hanyalah semata-mata untuk mempromosikan jenama produknya.
Pada zaman yang kuat pengaruh media sosial, mungkin ramai yang berasa kekurangan jika tidak aktif di medium ini namun bagi usahawan wanita berjaya ini ia sebenarnya adalah satu kelebihan buat dirinya.
“Saya tiada media sosial, tak perlu pun tapi saya ok saja. Pada saya tiada ada akaun media sosial adalah satu kelebihan.
“Saya tak berminat untuk melapor kepada orang asing hari ini saya pakai kasut harga berapa, esok kasut harga berapa atau lusa saya tak pakai kasut.
“Saya bersyukur dengan kehidupan saya hari ini dan lambang kesyukuran saya bukanlah dengan selfie di dinding media sosial,”ujarnya ketika ditemui dalam majlis Meet & Greet Aidijuma baru-baru ini.
Kata Datin Norjuma lagi hidupnya adalah ringkas dan dia melakukan apa yang perlu saja.
“Adakah media sosial ini satu keperluan dalam hidup. Kalau perlu saya buat, tapi kehidupan saya cukup ringkas. Untuk saya memberitahu apa yang saya makan pagi atau malam pada saya itu tidak akan mengubah dunia.
“Personal life saya sangat memuaskan, saya tak perlu tunjuk pada orang lain,”ulasnya lagi.
Tapi anak dah minta
Namun jelas Datin Norjuma dia tidak dinafikan tiga anak lelakinya yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun ada meminta keizinannya untuk mempunyai akaun instagram.
” Anak-anak memang dah minta ada instagram. Tapi saya tanya untuk apa? Pada saya jika usia bawah 18 tahun eloklah tak bercerita tentang kehidupan dia pada orang lain.
“Saya harap anak saya tak perlukannya sebab kita hanya ada 24 jam satu hari untuk bekerja dan tidur. Tak cukup masa untuk kita melayan media sosial.
“Sebaiknya kita simpan banyak perkara sendiri supaya kita tak menyesal tercerita perkara yang tak sepatutnya,”ujarnya dalam majlis yang turut diadakan untuk menerangkan perkembangan terbaru tentang Aidijuma.
Menurutnya selepas enam tahun berada dalam industri ini Aidijuma akan mengembangkan sayapnya ke luar negara antaranya ke United Kingdom dan Jakarta. Malah beliau sendiri mencuba bidang baru iaitu business development sekali gus membuktikan kemampuan Aidijuma sebagai pencetus industri.
“Saya hanya mahu menjual tudung yang dulunya pernah dikatakan tudung lapuk dan produk kampung. Saya tiada masalah terhadap kata-kata orang. Tapi yang pasti, kami mampu menjadi pencetus industri,”katanya lagi.
Mungkin ramai kalangan kita yang punya tanah di kampung tinggalan orang tua dan berhajat untuk membina rumah di sana.
Bila dah tak bekerja atau pencen bolehlah berhijrah di kampung pula memandangkan anak-anak dah besar. Tinggal di kampung lebih tenang, kos pun kurang. Ini antara yang dalam fikiran ramai.
Tapi sebelum melaksanakan perancangan ini, mungkin boleh baca dulu perkongsian daripada Zaini Naim di laman X ini. Bimbang kediaman yang tenang kita impikan itu jadi satu bebanan pula nanti.
Pengalaman bina rumah di kampung
“Ni aku share pengalaman parent aku sendiri yang dah buat rumah dekat kampung.
Pelan asal nak jadikan rumah pencen untuk duduk kat rumah ni dengan ayah aku. Buat rumah guna duit KWSP lepas umur cecah 55 tahun.
Ayah aku yang design pelan rumah. Lepas rumah siap, ayah aku dapat la rasmikan. Buat majlis kesyukuran untuk masuk rumah.
Tahun 2018 ayah aku meninggal. Lepas ayah aku meninggal, perancangan untuk pindah kampung terpaksa dibatalkan. Yela, takkan mak aku nak duduk sorang-sorang kan? Jatuh dalam bilik air nanti siapa pulak nak bantu.
Aku selaku anak lelaki sulung ambil tanggungjawab jaga mak aku. Kami adik beradik pun memang tak setuju mak tinggal seorang diri kat kampung sebab hati tak tenang nanti.
Biar mak kita sentiasa ada depan mata kita. Dari segi kesihatan, syukurlah mak aku ni takde masalah 3 serangkai. Cuma ada masalah kolesterol tinggi.
Tempat tinggal kami sekarang ni dekat dengan fasiliti hospital & klinik kesihatan. Mudah untuk aku uruskan mak aku. Nak check up semuanya mudah sebab dekat.
Bila mak aku duduk dengan aku, dia mudah jumpa kawan-kawan dia. Makan minum semuanya aku uruskan. Dia sendiri pun duduk rumah penuhkan masa dengan kelas mengaji online. Kat taman perumahan ada surau yang aktif dgn macam aktiviti. Mak aku tak selalu join sebab dia dah ada program lain, kalau dia free dia akan join.
Nilaikan dulu buruk baik sebelum bina
Sekali sekala mak aku rindu kampung, aku lah yang akan teman dia balik. Balik dua beranak je. Tapi nak maintain rumah bukan mudah. Mak aku terpaksa menggaji kontraktor yang buat rumah dia tu dengan bayaran RM500 sebulan untuk uruskan rumah tu dari segi kerja-kerja pembersihan.
Dulu masa mak aku kerja lagi, dia tak nak buat homestay. Tapi lepas dah bersara, dia sendiri berminat buat homestay. Sekarang ni setiap bulan dia bayar RM500 dekat kontraktor dan RM80 tambahan setiap kali ada guest masuk.
Tapi biasalah, orang lain jaga rumah kita tak macam kita jaga sendiri. Sekarang ni rumah tu hanya jadi rumah inap kami sekeluarga setiap kali balik kampung.
Nilailah sendiri kebaikan dan keburukan bina rumah kat kampung. Ambillah pengalaman mak aku sebagai pedoman. Orang yang untung ialah orang yg belajar daripada pengalaman orang lain.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...