Selepas hampir 14 hari berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah, 26 Mei lalu Siti Sarah dan suami, Shuib pulang ke tanah air.
Menunaikan ibadah umrah kali pertama sebagai suami isteri, pengalaman berada di sana sudah tentu meninggalkan kesan cukup mendalam buat mereka berdua, sebagai mana jemaah lain yang pernah menjejak kaki ke Makkah.
Ini dapat dilihat dari penampilan Siti Sarah sendiri. Sejak pulang daripada menunaikan ibadah umrah dia masih lagi kekal berhijab.
Semua posting di instagram yang dimuat naik mengenakan hijab. Tapi tak dapat dipastikan sama ada ia penampilan kekal Siti Sarah atau hanya berhijab di bulan Ramadan seperti yang dilakukan Fazura.
Apa pun imej baru Siti Sarah itu mengundang reaksi dari peminatnya. ‘Cantik dan manis’, itu reaksi kebanyakan mereka selepas melihat penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan ini berhijab.
Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Siti Sarah terus kekal berhijab mengikut jejak langkah beberapa artis wanita yang lain yang tampil lebih sopan menutup aurat.
Bergelar selebriti memanglah penampilan kena nampak cantik dan sedap mata memandang. Senang kata, selebriti ni dah dianggap bagai hal masayarakat. Setiap apa yang dipakai dan digayakan menarik perhatian.
Pun begitu, bagi pengacara, Uyaina Arshad, cantik itu subjektif. Dia lebih selesa menjadi diri sendiri dengan menjaga badan dan kulit wajah mengikut cara tersendiri sebagaimana ibu dan adik-beradiknya.
Detoks cuka epal
Uyaina menyatakan bahawa dia berketurunan Arab. Justeru badannya mudah naik jika terlebih makan dan kurang bersenam. Salah satu cara untuk memastikan perut tidak buncit selain melawaskan pembuangan, Uyaina mengamalkan cuka epal. Uyaina minum cuka epal 1 sudu besar setiap pagi ketika perut kosong.
Selain itu, untuk memastikan badan kekal langsing, Uyaina mengehadkan pengambilan nasi. Dalam seminggu dia hanya makan nasi dua atau tiga kali sahaja. Selebihnya dia makan sesuatu yang mengenyangkan selain nasi misalnya roti.
“Saya tak boleh hari-hari makan nasi. Saya ni keturunan Arab jadi memang badan mudah sangat nak naik. Kena hati-hati. Selain itu, saya juga bersenam. Selalunya lari atas treadmill selama 30 minit hingga sejam. Tu memang kena buatlah nak jaga badan dan juga stamina.”
Minum air sayur
Nak tahu apa rahsia kulit Uyaina yang licin macam telur kena kupas ni? Kata Uyaina, dia selalu minum air tomato, lobak merah dan timun yang dikisar halus.
“Lepas kisar semua sayur tu, saya masukkan sikit stevia. Jangan bubuh gula pula. Minum air sayur ni membuatkan kulit lebih lembap dan berseri. Kalau ikut emak saya, mak suka yang pahit macam daun betik. Minum air rebusan daun betik pun bagus untuk cantik dan sihat,” katanya.
Basuh mekap bersih-bersih
Disebabkan selalu tampil di kaca televisyen dan penggambaran lain, wajah Uyaina selalu dikenakan mekap. Mengakui bahawa penggunaan alat mekap dalam masa panjang boleh menjejaskan kulit namun Uyaina berkongsi panduan yang dilakukan supaya kulit wajah kekal cantik.
“Perkara utama yang saya amalkan ialah jangan sesekali tidur tanpa bersihkan mekap. Kena basuh bersih-bersih semua solekan barulah boleh tidur. Nak kulit sihat, saya pakai pelembap dan sun block. Dalam keluarga, saya seorang yang ada masalah kulit sensitif. Jadi saya kena lebih berhati-hati dan lebih suka gunakan bahan semula jadi untuk jaga kulit muka.”
Juara Puteri Muslimah Asia 2018
Pada Mei lalu, Uyaina telah menjadi juara untuk program Puteri Muslimah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Mewakili Malaysia, Uyaina menewaskan peserta dari Indonesia, Turki dan Brunei.
Sebagai wanita berhijab, sudah semestinya fesyen yang seksi tidak sesekali akan digayakan. Dia lebih selesa menggayakan pakai yang ringkas namun tetap nampak menawan.
“Pilihan saya ialah blaus yang labuh hingga ke lutut dan dipadankan dengan seluar. Itu memang gaya saya ketika keluar ke mana-mana. Senang dan selesa,” katanya menutup bicara.
Penampilan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ini memang tak pernah mengecewakan. Sentiasa dilihat cantik tak kira apa juga imej atau gaya yang dibawa.
Namun semalam sempena menyambut hari raya Aidiladha, penampilan isteri kepada Hairul Azreen ini di luar kebiasaan.
Tidak mengenakan baju dari pereka terkenal sekadar mengenakan khimar tapi gaya hanis dilihat cukup manis sehingga mendapat pujian peminatnya di instagram.
Mengenakan tudung labuh atau khimar gaya Hanis penuh sopan malah dilihat cukup manis sehingga mendapat pujian peminat. Macam bidadari syurga, ujar salah seorang peminatnya.
Rozita Che Wan atau Che Ta antara selebriti yang memang sentiasa tampil bergaya. Tak kira waktu di rumah, majlis, masa bercuti, malah waktu menunaikan umrah pun dia tetap kelihatan cantik.
Sejak hampir dua minggu lalu Che Ta dan suami Zain Saidin berangkat menunaikan ibadah umrah. Pelakon dan usahawan yang suka berkongsi aktivitinya dalam instagram seperti biasa tidak ketinggalan memuat naik foto-foto sepanjang berada di sana.
Menariknya walau bertudung litup dan berniqab menutup wajah Che Ta tetap juga nampak cantik. Ramai juga yang pertikai dia tampil begitu tapi betullah tu, nak beribadat mengadap Yang Maha Esa haruslah tampil seeloknya. Takkan kat majlis saja macam tu kan.
Apa pun moh layan gambar Che Ta dengan jubah dia yang cantik-cantik tu.
Ini hanya sebahagian saja gambar-gambar Che Ta, kalau nak tengok lagi bolehlah layan instagram isteri Zain Saidin ni.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...