
Tengok jeruk pauh ini terus kecur air liur. Kalau di rumah ada pokok pauh atau mempelam ini elok juga belajar buat jeruk pauh ini. Boleh buat makan sendiri atau jual.
Caranya boleh ikut perkongsian Lieya Mohd.
Cara buat jeruk pauh
1. Pauh dibelah dua dibasuh bersih
2. Rendam dengan garam dan air kapur untuk beberapa jam. Kemudian buang air, basuh bersih dan tos.
3. Rendam pula dengan air garam selama 2 hari.
4. Selepas 2 hari, buang airnya dan rendam pula dengan air suam selama 4 jam. Kemudian buang airnya dan tos.
Ketepikan sementara buat air gula.
5. Masak air bersama gula dan garam. Biasa satu balang sekilo gula. Apabila gula dah larut masukkan cuka sesedap rasa.
6. Masak lagi untuk matikan cuka kemudian tutup api dan biar air sejuk.
7. Masukkan pauh tadi dalam balang dan curah air gula. Biar semalaman, keesokan hari baru masukkan ke dalam peti sejuk.
8. Perap selama 2 hari atau lebih. Lagi lama lagi sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Lieya Mohd
Buat Sendiri Roti Tortilla, Nak Frozen Pun Boleh. Senang Nak Buat Wrap!

Hidangan tortilla dah semakin diterima dan disukai sekarang. Roti nipis ini selalu kita buat wrap dengan macam-macam inti dan sos. Biasanya kita buat untuk hidangan pagi, malam pun boleh. Ringkas dan mengenyangkan.
Selain dari beli siap tortilla, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri. Lagi mudah, buat banyak sekali gus dan frozen. Memang lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Ana Mohd.
Buat sendiri tortilla, boleh frozen untuk simpan
Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh frozen, nak makan defrost dan bakar sekejap saja. Mudah kerja, jimat pun jimat. Boleh buat bekal sarapan mudah untuk anak dan suami.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sb minyak masak/zaitun
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4 cawan air panas (bukan 3 atau 4 cawan ye TAPI tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)
Cara membuat:
- Satukan semua bahan. Gaul, agak-agak dah suam terus uli jadi doh yang lembut.
Kemudian tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.
2. Selepas 20 minit boleh bulat kecil kecil dan canaikan. Bakar atas pan.
3. Jika nak frozen kan, bakar sekejap saja. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar. Anggaran 1 minit kedua belah. Ok siap!
Ekstra
Boleh juga nak buat garlic tortilla, caranya 3 sb minyak dipanaskan dan tumis 2 ulas bawag putih yang dicincang halus sampai naik bau(jangan hangit). Tutup api biarkan sejuk kemudian baru campur dengan tepung dan bahan lain.
Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayamm dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili.
-Pastikan sayur ditos smpai kering untuk elakkan cepat basi.
-Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung. Tambah mayonis/cheese.
Selamat mencuba.
Sumber: Ana Mohd
Cara Buat Pucuk Ubi Sambal Kering Yang Sedap, Ini Rahsia Pucuk Ubi Jadi Garing, Tak Liat

Isi Kandungan
ToggleLauk pucuk ubi sambal kering ini memang jarang dihidangkan ketika ini malah tak ramai juga tahu cara membuatnya.
Jadi elok kalau kita belajar cara memasak menu tradisi yang enak ini. Lagi pun untuk mendapat pucuk ubi garing dan tak liat waktu dimakan ada rahsianya.
Dikongsi oleh Yasmin Dayanti Fami katanya untuk mendapat tekstur yang garing ini pucuk ubi perlukan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal.
Cara masak pucuk ubi sambal kering
Bahan-bahan
Pucuk ubi secukupnya – cuci dan ditos
Cili kering – direbus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Segengam Ikan bilis
Minyak untuk masak
Cara membuat
1) Panaskan minyak dan goreng dulu pucuk ubi yang sudah tos kering. Dah agak garing, angkat.
2) Kisar kering semua bahan cili kering, bawang besar, bawang putih & ikan bilis.
3) Masukkan dalam kuali bahan yang sudah dikisar. Masukkan sikit air supaya sambal tak terlalu kering, ada rasa-rasa basah sikit. Tumis cili hingga betul betul masak.
4) Masukkan garam, gula dan cuka. Kalau tak nak guna cuka, boleh gunakan sikit asam jawa. Gaul sampai rasa sebati.
5) Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Kacau rata sampai semua pucuk ubi terkena dengan sambal.
Selamat mencuba
Sumber: Yasmin Dayanti Fami
Cara Betul Bedakkan Bayi Lepas Mandi Supaya Tak Beri Kesan Pada Paru-paru Anak

Isi Kandungan
Toggle
Sudah jadi rutin kebiasaan kaum ibu sejak dari dulu lagi tabur bedak pada bayi selepas mandi.
Kalau tak buat macam tak lengkap pula dan ada juga yang membuat tanggapan ibu yang tak ‘membedakkan’ bayi adalah ‘ibu pemalas’.
Tapi sebenarnya ramai ibu tak tahu penggunaan bedak pada bayi tidaklah digalakkan sebab ia boleh menimbulkan kemudaratan terutama buat bayi yang mempunyai masalah berat badan kurang.
Malah sebelum ini juga ada syarikat pengeluar jenama barangan bayi yang disaman akibat bedak yang digunakan dikatakan menjadi punca seorang wanita mengalami kanser ovari.
Namun untuk anak kecil, kesannya berbeza. Baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang risiko penggunaan bedak pada bayi.
Elok ke guna bedak pada bayi?
Ramai para ibu yang menggunakan bedak pada bayi mereka selepas dimandikan. Tujuannya agar bayi menjadi lebih wangi, lebih segar dan bagi mengelakkan ruam pada kulit.
Namun begitu saya mencadangkan agar menggunakan bedak bayi dengan cara yang betul. Jika tidak bedak bayi boleh mendatangkan kemudaratan.
American Academy of Pediatrics tidak menggalakkan penggunakan bedak bayi kerana ia boleh mendatangkan masalah berkaitan dengan pernafasan.
Ramai para ibu yang tidak menyedari hal ini. Mereka tidak menyedari jika digunakan dengan banyak boleh menyebabkan bayi terhidu bedak ini.
Bahaya terhidu berterusan
Bedak merupakan partikel yang kecil dan halus seperti debu. Jika terhidu (walaupun sedikit) secara berterusan setiap hari, ia boleh menyebabkan batuk, selesema malah menyebabkan paru-paru mudah berlendir.
Terutama jika bayi mengalami masalah seperti berat badan yang kurang ketika dilahirkan, lahir pramatang, mengalami masalah pernafasan akibat masalah jantung dan paru-paru sejak lahir.
Malah ada kalanya bedak bayi boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi kerana bedak itu memerangkap peluh pada kulit. Jika tidak dibersihkan segera ia akan menyebabkan bayi mengalami ruam dan rasa gatal.
Walaupun bedak bayi digunakan bertujuan untuk mengurangkan ruam dan alahan, ia harus digunakan dengan betul. Pilih bedak bayi yang sesuai.
Cara guna bedak yang betul
- Pilih bedak bayi yang tidak memiliki bau yang terlalu kuat.
- Jangan menepuk-nepuk bedak bayi menggunakan kapas atau puff powder, kerana dapat membuat partikel bedak berterbangan dan boleh menyebabkan senang masuk ke dalam rongga pernafasan.
- Bila bedak bayi menyebabkan kemerahan dan rasa gatal pada bayi, atau menyebabkan bayi mengalami selsema dan batuk, hentikan penggunaannya.
- Banyak lagi cara mengurangkan ruam pada bayi seperti menggunakan pakaian yang longgar dan lembut, dan perbaiki pengudaraan dalam bilik menggunakan kipas.
Kulit bayi sememangnya sangat lembut dan wangi. Mengapa perlu diletakkan bedak lagi?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad