
Kalau tanam kesum atas tanah selalu tak menjadi, mungkin boleh tukar cara pula. Tanam dalam air seperti yang dipraktikkan oleh Mie Atur Aniyah ini.
Menggunakan bekas/ storage yang ditebuk penutup dan diisi air, pokok kesum yang ditanam elok subur.
Malah pokok kesum miliknya ini sudah dibiakkan tiga kali menggunakan kaedah yang sama.

Caranya cuma keratan batang kesum diletakkan dalam netpot atau boleh juga menggunakan pasu paling kecil yang ditebuk banyak lubang.

Pokok kesum yang ditanam cara ini penjagaan pun lebih mudah, tak perlu siram. Letak sedikit saja baja AB daun kesum akan kembang elok.
Dengan menggunakan bekas berpenutup ini nyamuk juga tidak membiak.
Selamat mencuba!
Sumber: Mie Atur Aniyah
Panduan Beli Rumah Teres Atau Bertingkat, Elak Unit Paling Tinggi Atau Depan Rumah Ada Tanah Kosong

Jika ketika ini ada yang sedang merancang membeli kediaman sendiri sebaiknya membuat pertimbangan yang teliti.
Memandangkan harga rumah bukanlah murah dan mungkin hanya kita beli sekali saja seumur hidup maka eloklah ambil kira tip dari pelabur hartanah Azizul Azli Ahmad sebelum membuat keputusan membeli rumah.
40 tip ringkas sebelum kena ambil kira sebelum beli rumah
Berikut adalah 40 tip ringkas yang perlu kita ambil kira sebelum membeli rumah baik kediaman teres atau bertingkat.
Saya pernah tulis dulu ini sebagai ulang kaji semula tatapan kita.
1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat
2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap
3. Beli yang berpotensi untuk disewakan
4. Beli, sewakan dan simpan
5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli
6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif
7. Jauhi Kawasan yang negatif
8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air
9. Jika mampu, beli unit Corner Lot
10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni
11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu
12. Beli mengikut kemampuan atau bajet
13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi
14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.
15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup
16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi
17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun
18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang
19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya
20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa
21. Hartanah yang orentasi matahari betul
22. Hartanah orentasi kiblat baik
23. Hartanah menghadap hijau dan air
24. Ruang siling yang tinggi
25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia
26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar
27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir.
28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ ‘BLACK AREA’.
29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya.
30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi
31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang
32. Beli di kawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa
33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.
34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.
35. Jangan beli kerana emosi
36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.
37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.
38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama
39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita
40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.
Sumber:
Azizul Azli Ahmad
Blackout Tengah Malam Tapi Lilin Tiada, Boleh DIY Guna Minyak, Air & Cotton Bud. Tahan Berhari-hari

Biasa terjadi, blackout pada waktu malam. Lagi buat kalut lilin pula tiada di rumah. Sudahnya guna torchlight di telefon. Tapi bukan boleh tahan lama pun.
Satu cara yang boleh dilakukan kalau berdepan keadaan ini adalah dengan membuat lilin sendiri. Memang mudah sangat dan berguna ketika blackout tengah malam. Tip ini dikongsi Anisah Connie.
DIY lilin guna 4 bahan
Tip jika bila lampu mati atau tiada elektrik.
Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari.
Bahan-bahan:
* Gelas
* Air
* Minyak masak
* Cotton Bud
Cara membuat :
1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.
2. Kemudian letak secara menegak sebatang cotton bud di bahagian tengah.
3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.
4. Setelah itu isi minyak masak bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.
5. Nyalakan guna mancis atau lighter. Lilin atau pelita ini boleh tahan berhari-hari!
Semoga bermanfaat.
Rupanya Cara Kita Potong Bawang Mempengaruhi Rasa Masakan & Tempoh Memasak. Ramai Tak Tahu

Hampir setiap masakan kita akan mengguna bawang. Tapi mungkin ramai yang belum tahu cara potongan bawang akan mempengaruhi rasa masakan kita. Kalau potong mayang, belah dan sebagainya akan berbeza rasa berbanding cencang.
Nak tahu lebih lanjut perbezaannya, baca perkongsian Mohammad Faeez Harith.
Jenis-jenis potongan bawang
Malam tadi terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2) Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3) Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4) Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5) Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.
6) Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9) Cencang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Selamat mencuba.
Sumber: Mohammad Faeez Harith