Tidak dinafikan, bekas plastik atau nama popularnya ‘tupperware’ sering jadi pilihan untuk meletakkan makanan sebagai bekalan untuk dibawa ke pejabat.
Namun yang sering menjadi masalah apabila membawa makanan berminyak seperti sambal yang menyukarkan untuk mencucinya.
Ads
Pemilik akaun twitter menggunakan nama @ajezzzzzzz berkongsi cara mudah untuk membersihkan kotoran berminyak yang melekat pada bekas plastik ini.
Cara Mudah Bersihkan Kesan Minyak Bekas Plastik
1. Letakkan sabun pencuci pinggan
Letak sabun secukupnya.
2. Masukkan air secukupnya.
Letak air.
3. Masukkan juga sekeping tisu dapur.
Letak tisu.
4. Kemudian tutup bekas dan goncang kuat.
Goncang kuat.
5. Akhir sekali buang campuran dan tisu dan cuci menggunakan air bersih. Hasilnya bekas plastik bersih licin.
Hasilnya bersih licin.
Jadi mudah sangat untuk mencucinya dan anda tidak perlu buang bekas plastik kerana masih boleh digunakan semula. Malah hasilnya seperti bekas yang baru dibeli.
Bihun atau mihun goreng, menu sarapan yang selalu ada. Nampak macam mudah saja nak sediakan hidangan ini tapi ramai juga yang gagal.
Bihun lembik, keras dan rasa tak sedap. Bagi yang selalu tak menjadi bila goreng bihun boleh ikut tip yang dikongsi oleh Norizbaked Shah Alam, peniaga yang menjadikan bihun goreng sebagai salah sumber jualannya.
1. Tip sebelum menggoreng
Saya tak pakar tapi selalu ambil tempahan goreng bihun. Biasanya kalau nak goreng bihun pagi, saya akan rendam malam guna air paip. Kalau nak masak bihun petang, saya akan rendam pagi.
Saya guna brand Eka. Bihun yang direndam dalam air sejuk walaupun lama tidak akan lembik.
2. Bahan untuk menumis bihun
Bahan kisar:
Bawang putih
Bawang merah
Bilis
Udang kering
Cili kering
Kisar guna chopper supaya tak berair
Udang kering atau bilis (baru ada rasa bihun)
Bahan lain:
Fish ball
Fish cake
Isi ayam -bahagian dada utk jual (untuk makan sendiri boleh guna udang sotong)
Cili sos
Garam
Gula sikit
3. Cara menggoreng
Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
Lepas garing letakkan cili sos dan air. Biar mendidihkn kemudian masukkan garam, gula. Sesuaikan rasa.
Dah cukup rasa baru letak bihun. Waktu ini kita boleh agak meehon jenis keras ke lembik. Kalau keras letak air panas lebih.
Kecilkan api untuk lembutkan bihun dan tak berkerak. Kacau sampai sekata.
Saya selalu goreng 4 bungkus, ambil masa 1 jam baru elok masak dan sebati rasa bihun sebab guna api perlahan.
Dah agak lembut baru letak sayur sawi (taugeh, kobis tak letak sebab akan cepat basi). Biasanya bihun yang sama goreng pagi, tahan sampai malam sebab saya masak lama.
Banyak kediaman yang menggunakan pendingin hawa atau aircond sekarang memandangkan cuaca negara kita yang selalu panas.
Malah disebabkan tak tahan panas juga kita selalu masuk rumah atau bilik terus capai aircon dan tekan suhu sampai 16 darjah selsius untuk cepat sejuk.
Apa yang kita tak sedar disebabkan tindakan sebeginilah yang menjadi punca bil elektrik kita tinggi hingga menjadi rungutan ramai.
Perlu kita fahami suhu yang kita atur sewaktu menggunakan aircond ini memang memainkan peranan dalam penggunaan tenaga elektrik.
Suhu 16 darjah, compressor terpaksa bekerja tanpa henti
Menjelaskan tentang perkara ini, Kerol Shubry yang juga mengendalikan khidmat servis aircond ini berkata, menetapkan suhu aircond pada 16 darjah selsius akan menyebabkan compressor bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu tersebut.
Compressor yang terus menerus bekerja tanpa berhenti inilah yang menyebabkan tenaga elektrik banyak digunakan sekaligus bil jadi tinggi.
“Kita kena faham compressor aircond ini tidak akan sentiasa berjalan, ia akan berhenti seketika bila capai suhu yang kita tetapkan.
“Sinilah pentingnya kita mengatur suhu yang betul. Ramai yang letak suhu pada 16 darjah selsius untuk mendapat suasana yang sejuk tapi hakikatnya kita tidak akan mendapat suhu tersebut.
“Bila suhu di luar panas mana mungkin kita dapat suhu 16 darjah ini. Sebaliknya compressor pula terpaksa bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu ini.
“Akibatnya compressor terpaksa berjalan sepanjang masa dan inilah yang menyebabkan elektrik banyak digunakan.
Suhu yang sesuai
” Suhu yang sesuai untuk kita gunakan adalah dalam 23-24 darjah selsius. Bila dah capai suhu 24 darjah selsius ini misalnya compressor akan berhenti atau berehat. Jadi tidak memakan banyak tenaga elektrik. Kemudian apabila kurang sejuk ia akan berfungsi semula untuk sejukkan semula pada suhu yang ditetapkan.
Jadi jika menggunakan aircond janganlah selalu menggunakan suhu 16 darjah selsius ini. Cukup menetapkan pada suhu sejuk selesa pada 23-24 darjah selsius. Takdelah kita terkejut bila bil elektrik sampai.
Roti puri cicah dengan sambal sardin, bilis atau kari memang sedap. Boleh jadi hidangan pagi atau petang pun boleh.
Kalau selalu buat guna yis atau Mauripan, kali ini boleh ikut cara Noraslinda Md Radzhi. Caranya tak menggunakan bahan tersebut tapi lebih rangup, roti sejuk pun tak kempis.
Cara buat roti puri tanpa yis yang rangup, tak kempis bila sejuk
Roti puri tanpa mauripan, lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat bila letak mauripan, roti dah sejuk, roti pun kempis. Lain org lain cara kan.
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
1 sdk baking powder
1 biji telur
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
Air
Cara membuat:
1.Tepung gandum, baking powder diayak.
2. Masukkan marjerin dalam tepung diajak tadi dan ramas dijadikan serbuk roti.
3. Masukkan susu pekat dan telur. Gaul dan ramas.
4. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak lekat tangan. Bulat-bulatkan. Biar doh rehat selama 20 minit.
5. Panaskan minyak, gelek atau canaikan doh dan goreng. Sambil itu curahkan minyak panas atas roti nanti akan jadi gelembung.
6. Bila dah agak keperangan balikkan. Siap
7. Hidang dengan sambal tumis, sambal sardin atau kari. Nak makan macam tu saja pun sedap.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...