
Di rumah kita selalunya ada saja kabinet lama yang nampak dah uzur tapi sebenarnya masih boleh pakai. Sebab itu kita jadi sayang nak buang.
Kalau ada boleh buat makeover begini. Kaedahnya mudah cuma gunting dan tampal wallpaper yang memang khusus untuk perabot, bukan untuk dinding tu tau. Dah siap tampal terus nampak macam kabinet baru.
Idea ini adalah perkongsian daripada Ella Zahari
Tampal wallpaper khusus untuk perabot
Makeover kabinet dapur lama
Sayang nak buang tapi sekarang dah nampak kemas.
Modalnya beli wallpaper khusus untuk corak kabinet kemudian tampal.
PVC self adhesive waterproof cabinet woodgrain wallpaper. Untuk kabinet ini 2 meter dah cukup. Saya pilih corak warna hitam.
Nak ukur dan gunting pun senang sebab di belakang ada petak yang memudahkan kita untuk gunting.
Kos wallpaper 2 meter cuma RM19 )
Klik SINI untuk beli
Cuma tampal
Dah siap. Macam baru
Selamat mencuba!
Sumber: Ella Zahari
Gosok Dengan Tudung Periuk, Teknik Bersihkan Tilam Yang Kotor Tanpa Perlu Angkat & Jemur

Bila ada anak kecil di rumah, tilam tempat tidur boleh jadi lokasi mereka bermain dan juga makan hingga menyebabkan permukaannya kotor.
Keadaan boleh menyebabkan ibu stres sebab nak mencuci tilam bukan mudah. Lagi satu dah cuci kena angkat dan jemur pula. Memang leceh.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh digunakan untuk membersihkan tilam yang kotor ini. Tak perlu susah-susah angkat dan jemur pun. Caranya hanya bersihkan menggunakan tudung periuk. Berikut adalah caranya.
Teknik bersih tilam kotor guna tudung periuk
1. Sediakan satu bekas besar.
2. Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.
3. Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.
4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.
5. Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.
6. Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.
7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.
8. Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.
Sumber: Learn To Cook
Bahaya Guna Kuali Non Stick Bercalar, Jangan Sayang Nak Buang

Dalam setiap rumah mesti ada kuali jenis ini. Kalau nak masak hidangan yang ringkas, guna kuali ini lebih mudah.
Ada juga yang sanggup membeli kuali jenis ini pada harga yang mahal. Disebabkan itu bila bercalar kita akan terus menggunakannya. Sayanglah nak buang kan!
Tapi tindakan ini sebenarnya bahaya, sekiranya sudah bercalar sebaiknya berhenti gunakannya. Sila buang atau simpan dalam stor kuali yang dah rupa macam gambar di atas tu.
Ini kerana kuali non stick yang bercalar jika terus digunakan berbahaya untuk kesihatan. t
Bahan toksik masuk dalam makanan
Apabila kuali non stick bercalar, beberapa lapisan tidak melekat boleh merebak ke dalam makanan yang dimasak. Ini boleh mengeluarkan sebatian toksik.
Apa yang lebih bahaya adalah memasak menggunakan kuali tidak lekat dengan haba yang tinggi boleh mengeluarkan bahan kimia perfluorooctanoic.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Jadi cubalah periksa kuali non stick anda di rumah, kalau ada yang bercalar sila buang atau jadikan ia perhiasan di dapur.
Cara penjagaan kuali non stick
1. Gunakan sudip kayu atau sudip yang tidak tajam yang tidak boleh mencalarkan permukaan kuali.
2. Elak guna span atau pembersih yang kasar dan kesat semasa mencuci kuali jenis ini.
3. Jangan tindan kuali dengan perkakas dapur yang lain.
4. Kuali non stick juga tidak disarankan digu menggunakan pada suhu yang tinggi (pastikan di bawah suhu 500F/260 C). Suhu yang terlalu tinggi menyebabkan kuali ini membebaskan bahan bertoksik.
5. Jangan panaskan kuali yang kosong kerana kuali jenis ini cepat membahang, panaskan dengan minyak seketika sebelum memasak.
6. Dengan penggunaan sederhana, kuali non stick boleh bertahan sekitar 5 tahun dan jika kuali rosak, jangan sesekali sayang nak buang.
Sumber: Quora & Hadihaizil Din
Buat Tabung, Bentuk AJK Raya! Cara 7 Beradik Ini Pastikan Belanja & Kerja Rumah Beres Waktu Beraya Di Kampung

Isi Kandungan
Toggle
Dalam keseronokan nak menyambut Aidilfitri di kampung di rumah ibu ayah kita ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di kampung takkanlah nak biarkan mak ayah kita menanggung segala perbelanjaan selama kita berada di sana.
Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.
Supaya tak terbeban, boleh ikut cara Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.
1. Setiap adik beradik kena sumbang RM200
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
2. Bentuk AJK untuk buat kerja selama di kampung
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…
3. Menu raya dah bincang
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Raya keempat : nasi putih, tomyam, ayam masak kicap, telur dadar.
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
4. Pastikan setiap famili urus kain baju sendiri
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.
Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
5. Sebelum balik upah orang cuci rumah, bayar bil
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu². Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.
Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Sumber: Musleha Mohd Tahrir