Sekarang ramai yang minat bercucuk tanam, bagus lah macam tu kan. Selain bayam brazil, serai, daun kunyit, sawi yang senang ditanam di rumah, kita juga boleh cuba tanam kentang.
Ramai ingat tanam kentang macam perlu tanah luas, tapi sebenarnya tanam dalam pasu saja pun boleh.
Macam yang dilakukan oleh Zienie G-nie geram tengok kentang segar hasil tuaiannya. Kalau ada yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian beliau.
Ads
1. Ambil kentang, potong separuh. Cucuk lidi pada kentang pada 4 penjuru.
2. Sediakan bekas/ cawan kecil, tuang air separuh bekas. Masukkan kentang yang dipotong bersama lidi dalam cawan.
Tujuan lidi dicucuk untuk pastikan kentang tidak tenggelam dalam air. Biarkan terkena sedikit saja untuk hasilkan akar. Tukar air 4 hari sekali.
3. Biar dah berakar dan bertunas, alihkan dalam pasu. Sebaiknya pasu yang tinggi. Letak tanah separuh pasu saja.
Ads
4. Masukkan kentang yang dah berakar dalam pasu kemudian tutup dengan tanah. Bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi (saya guna tanah sawit).
5. Semakin meninggi pokok, makin banyak isi. Siram sekali sehari.
Inilah hasilnya
Ads
Puas hati dapat makan kentang segar macam ni. Sedap pun sedap.
Dah beli durian ramai yang terfikir untuk tanam sendiri bila melihat bijinya. Kalau ada laman yang luas apa salahnya tanam sendiri.
Tapi macam mana sebenarnya nak cambah benih durian ini? Untuk yang berhajat untuk tanam sendiri durian dari awal, ini yang perlu dilakukan.
Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.
2. Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan biji.
3. Selepas 2 hari tos air, dan lihat biji durian tadi. Biji yang sesuai ditanam adalah yang timbul tunas akar.
4. Atau boleh juga rendam biji durian selama satu malam dan keesokan harinya keluarkan air.
5. Letak biji tadi dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.
6. Selepas sehari biji durian akan keluar tunas. Semai biji yang bertunas ini.
Cara semai
Letak biji bertunas tadi di dalam polibeg berisi cocopeat. Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Boleh juga cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu dalam.
Siram dan jangan biar tanah kering.
Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akan naik batang dan daun.
Siang bekerja, malam buat kerja rumah. Ini memang rutin isteri atau ibu yang bekerja. Sebab itu ramai yang mengeluh penat, kerana kurang masa berehat.
Pun begitu dalam mengeluh kerja tetap dilakukan. Agar terus cergas buat kerja rumah anda mungkin boleh amalkan air rebusan herba bersama lemon dan madu perkongsian Habibah Badar Bajrai.
Air rebusan herba ini katanya membuang angin, menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Lebih dari itui katanya air rebusan ini juga disarankan untuk dijadikan amalan oleh mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina
Kerusi kayu ini sinonim sangat dengan rumah kayu. Mesti ada dalam setiap rumah kat kampung. Bila dah datang rekaan perabot baru kebanyakannya dah tak digunakan. Letak tepi rumah terbiar begitu saja.
Tapi kita tak tahu sebenarnya kerusi kayu lama ini boleh diubah suai dijadikan kerusi yang cantik sesuai sangat dengan rumah moden sekarang.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...