
Biasa tanam daun bawang dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur.
Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.
Cara penyediaan
- Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.
2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.
3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.
4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.
5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
Selamat mencuba!
Sumber: Keluarga
Tip Kalau Tanam Pokok Kari, Kena Potong Pucuknya. Barulah Pokok Rimbun & Banyak Daun, Tak Meninggi

Ramai yang tanam pokok kari dalam pasu di rumah, tanam sepokok saja pun dah cukup untuk kegunaan di rumah.
Tapi bila tanam dalam pasu selalu terjadi pokok kari ini meninggi saja dan tak rimbun.
Satu tip yang boleh dipraktikkan supaya pokok kari rimbun sekaligus banyak daunnya adalah dengan memotong pucuknya.
Tip ini dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Potong pucuk pokok kari supaya tak meninggi
Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa?
Tujuannya :-
1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu.
2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala-ala bongsai.
Tak percaya? Tengok la gambar pokok daun kari yang kami tanam.
Bila pokok kari meninggi, potong bahagian pucuk seperti yang ditandakan.
Hasilnya…
Tip lebatkan daun pokok kari
- Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemdian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
- Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Semoga bermanfaat
Sumber: Syamimah Binti Ismail.
Sebelum Melawat Rakan Baru Bersalin, 10 Perkara Ini Kena Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
1. Jangan cium bayi
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2. Jangan sentuh bayi
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? 🙂
3. Jangan ikut kalau tak sihat
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Jangan datang tiba-tiba
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Bersihkan diri
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Elak guruan sensitif
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Jangan wangi sangat
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Doakan dan hulurkan sumbangan
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Kalau Kunyit Hidup Banyak Kisar Begini Supaya Tahan Lebih Lama. Nak Guna Untuk Masak Ceduk Saja

Jika ada banyak kunyit hidup di rumah boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia tahan lama. Taklah terbiar kecut dan membazir.
Memang boleh buat serbuk kunyit tapi renyah sikit. Cara yang dikongsi oleh Linda Mokhtar lebih mudah.
Katanya untuk pastikan kunyit ini tahan lama ia cuma perlu dikisar halus. Kunyit kisar boleh tahan lebih daripada 3 bulan.
Ia boleh digunakan dalam pelbagai masakan yang menggunakan kunyit. Warna kunyit lebih cantik dan kalau digunakan untuk menggoreng ayam, ikan dan sebagai ia lebih wangi dan sedap.
Tapi untuk kisar kunyit ini ada caranya, boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau.
1. Basuh kunyit hidup dan kikis kulitnya. Kemudian potong kecil-kecil.
2. Masukkan dalam pengisar dan tuang sedikit air dan kisar hingga lumat.
3. Masukkan kunyit kisar dalam balang dan letak sekal beberapa asam keping bersama sedikit garam di dalamnya. Bahan inilah yang akan memastikan kunyit kisar tahan lama.
4. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk ruang biasa, bukan bahagian frozen ya. Kunyit ini boleh bertahan lebih 3 bulan dalam peti sejuk.
5. Bila nak guna untuk masakan cuma ceduk saja. Walau pun dah dikisar warna dan baunya kekal asli. Kalau guna untuk masakan goreng memang lebih sedap dan wangi.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Linda Mokhtar