Timun Jepun memang sedap buat ulam berbanding timun biasa. Lebih rangup cuma, harganya pun agak mahal.
Untuk jimat boleh juga tanam sendiri, lagi puas hati. Cara penanaman pun tak susah. Ambil masa 2 bulan saja untuk berbuah.
Cara penanaman pun ringkas saja, dikongsi oleh Shafiruz Zaini.
Tanam timun Jepun, 2 bulan dah berbuah
Pertama kali tanam timun Jepun. Ambil masa 2 bulan untuk berbuah. Tuaian pertama 2 biji, 2 hari kemudian 2 biji lagi. Banyak belajar dari group ini & youtube cara menjaganya.
Tentang cara tanam;
Ads
1. Semai biji benih guna cocopeat, siram dan letak tempat teduh.
2. Bila dah bercambah empat daun boleh pindah ke polibeg. Siram waktu pagi dan petang.
Ads
3. Bila pokok dah membesar buat pancang dan juga ikat dengan tali rafia supaya pokok boleh menjalar. Saya letak 2 tempat, ikat pokok dengan tali rafia di bawah khemah kanopi & di depan halaman rumah.
Pokok sebelah kiri yang kena cahaya lebih cepat membesar
4. Bila banding 2 lokasi pokok, di depan halaman membesar & berbuah lebih banyak. Di bawah kanopi kawasan agak panas, pokok yang kurang cahaya lambat membesar.
Ads
Pokok di halaman rumah sebelum pasang sun netting.
5. Untuk baja saya guna jenama Chitosan, tabur 1 sudu setiap 2 minggu. Di kawasan rumah banyak siput babi, jadi beli racun siput jenama Siputox, tabur waktu lewat petang, esoknya banyak siput yang mati.
6. Untuk elak pokok layu akibat panas boleh guna auto drip watering, letak botol 1.5L, titisan air boleh dilaraskan.
Hasil tanam sendiri memang memuaskan dan seronok bila petik & makan hasil tanaman sendiri.
Kalau kereta famili biasanya tak sah kalau kusyennya tiada kesan kotoran hasil tumpahan air minuman, makanan, malah air liur anak pun ada.
Punyalah banyak dah nampak macam peta. Jika dah begini keadaannya rasanya wajar dicuci. Kita boleh hantar di kedai dan sediakan kos pembersihan mungkin cecah lebih RM100.
Tapi kan buat apa nak bazirkan duit kalau kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM10. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Caranya dikongsi oleh Farizah Mohamed.
Kalau hantar kedai mahal
Nak share benda best untuk cuci kusyen kereta. Takdelah berpeta/berdebu lagi. Boleh juga bersihkan karpet, sofa & tilam !
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR. DIY RM6+ saja. Memang puas hati. Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya
Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg saya beli ni RM6.75 Satu lagi utk tough stain RM15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yg RM6+ ni sebab siap dengan berus sekali (ini harga lama ya).
Step by step bersihkan kusyen
1. Vacum dulu kusyen kereta. Ini supaya habuk/debu tak kacau proses pembersihan.
2. Kemudian goncang tin foam cleaner. Selepas itu sembur dengan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen. Banyak pun tak apa. Semburan akan keluarkan buih-buih putih.
3. Lepas tu guna berus yang disertakan pada penutup untuk gosok kotoran dan supaya meresap dalam kusyen tu.
4. Tunggu dalam 2-3 minit, biar meresap kemudian boleh berus lagi. Lagi best ambil kain basah dan tonyoh pada kotoran.
5. Kalau tak puas hati spray lagi. Kesan kotoran yg dah lama mungkin kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering.
6) Tadaa…bersih dah! Jimat pun jimat!
Baca dulu ye jenis fabric apa yg sesuai. Selamat mencuba
Kejadian seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertusuk pisau di rumahnya di tak lama dulu membuat ramai ngilu tatkala membaca berita ini.
Sungguhpun sedih tapi ibu bapa lain diharap mendapat pengajaran daripada kejadian ini agar alatan tajam ini tak dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Satu lagi info yang perlu kita tahu, apa yang perlu kita lakukan jika keadaan begini berlaku kepada ahli keluarga kita. Betulkah tindakan nenek itu mencabut pisau yang tertusuk atau langkah sebaliknya perlu kita ambil.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini sangat berguna buat kita.
Dilarang cabut pisau jika tertusuk pada anggota
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Sebab
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Langkah yang perlu diambil
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
Limau tak kira jenis limau purut, nipis, kasturi atau lemon memang banyak kegunaannya. Jadi memang elok kalau tanam sepokok dua di rumah.
Cara penanamannya pun agak mudah, boleh guna keratan dahan saja. Kalau jiran atau saudara mara ada tanam pokok limau boleh minta keratan ini untuk kita tanam di rumah. Syaratnya kena ambil keratan yang sihat. Caranya dikongsi oleh Bebiyana Tambi Khan.
Tanam limau guna keratan dahan lagi senang
Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting” atau keratan.
1.Pilih dahan yang sihat dan “matured”. Potong.
2.Ini contoh dua dahan yang saya pilih. Buang semua daun. Panjang keratan dalam 8 – 10 inci. 2 inci akan kita benam dalam tanah.
3.Buat lubang dalam tanah yang lembap. Kita tanam 1 keratan untuk 1 polibeg.
4.Masukkan keratan dan padatkan tanah supaya dahan tadi berkubur dengan baik. Saya guna recycled cocopeat campur gardening soil. Kadang-kadang saya guna tanah kompos beli dari nurseri.
5. Keratan yang tidak sempat ditanam selepas dipotong boleh simpan dalam bekas berisi sedikit air untuk beberapa hari.
6.Putik daun mula keluar 1 minggu selepas ditanam.
7. Usia 2 minggu lepas. Cepat membesar.
Ini anak pokok lemon usia sebulan.
Ini pula tanam dari keratan 6 bulan yang lalu. Cukup sihat dan stabil untuk kita tanam dalam pasu besar.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...