
Isi Kandungan
ToggleSiapa sebenarnya wanita ini?
Kalau nak tahu, nama usahawan jelita ini Nur Syamimi Shamsudin. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Orangnya memang business minded, sejak menuntut di IPT lagi dia sudah berniaga.
Bukan semata tauke kilang kayu tapi sebelum itu lagi sudah bertahun-tahun dia mengusahakan produk sendiri.
Nur Syamimi merupakan pengasas produk kecantikan Belle Vous Resources (BVR). Memang patutlah dia cantik sangat kan!
Tapi VK ingatkan untuk yang lelaki tu jangan nak cuba-cuba. Wanita ini sudah berpunya ya. Tengok ‘title’ tu dulu.
Berusia 25 tahun, kilang memproses kayu ini juga diusahakan bersama suaminya Ali Akmaluddin Ali Zaik. Kahwin muda uols.
Sumber: Nur Syamimi Ali Akmaluddin
Makeover Gerobok Lauk Jadi Almari Hiasan Eksklusif. Kalau Masih Ada Di Rumah Jangan Buang

Dulu setiap rumah mesti akan ada gerobok atau almari untuk simpan lauk macam ni. Tapi sekarang kebanyakkannya dah tak digunakan lagi, mungkin terbiar di belakang rumah di kampung atau di tepi dapur.
Kalau masih ada walaupun uzur jangan sesekali dibuang, sebab ia masih lagi digunakan tapi untuk tujuan lain. Gerobok lama ini boleh kita tukar jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.
Idea ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpai di tempat pelupusan sampah menjadi almari hiasan yang cantik dan moden.
Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif
Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.
Langkah makeover
1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.
2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.
3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.
4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.
5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Alied Wahab
Ketepikan Penat, Muslimah Lakukan 8 Amalan Ini Di Malam-Malam Akhir Ramadan

Sesungguhnya segala ibadah yang dilakukan adalah untuk menggapai kebaikan dan keberkatan yang disediakan Allah s.w.t dalam bulan mulia itu.
Pada malam terakhir ini juga, Allah s.w.t menjanjikan malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir itu dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Dengan itu, sebaiknya kita sebagai Muslimah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam kesungguhan Baginda beribadah, terutamanya ketika menjelang 10 malam terakhir Ramadan al-Mubarak. Jangan jadikan penat sebagai alasan dan penghalang kita meraih ganjaran istimewa yang ditawarkan Allah SWT.
Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;
#1 – Berqiamullail
Berqiyamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”
#2 – Membaca Al Quran
Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah;
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.
#3 – Beriktikaf
Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”
#4 – Banyak Berdoa
Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyak pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Surah al-Baqarah:186
#5 – Banyak Beristighfar Dan Bertaubat
Dalam melalui sepuluh malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut pada oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” Surah an-Nur:31
#6 – Mengerjakan Umrah
Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”
#7 – Tidak Tidur Di Sepuluh Malam Terakhir
Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata;
“Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” Hadis Riwayat Imam muslim
#8 – Membantu Keluarga Untuk Beramal Soleh
Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda sangat bersungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Pada malam-malam sepuluh hari terakhir Ramadan adalah waktu yang sangat tepat untuk beramal. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh yang baik untuk melakukan ibadah pada malam-malam yang dangat diberkati ini.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar.
Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
Hati Kalian Luar Biasa! Keikhlasan Erra & Bella Demi Kebahagiaan Aleesya Buat Wanita Lain Tersentuh Hati

Isi Kandungan
Toggle
Memuat naik fotonya berpelukan erat dengan Laudya Cynthia Bella bersama Aleesya, status Erra Fazira di instagram pantas mendapat reaksi daripada peminat dua selebriti ini.
“Bahagia melihat kalian bahagia.. ?? .’
Bonda jemput Aleesya.. sorry mom belum bsiap tp sempat jugak nak bphoto ?.. tq bonda @laudyacynthiabella for making our princess happy.. hugs n kisses,” demikian catatan Erra.
Sikap yang menginspirasikan dan wajar dicontohi
Menitip kapsyen yang sangat tulus, ramai yang terharu dengan keikhlasan Erra, bekas isteri Engku Emran dan juga Bella menerima antara satu sama lain.
Hakikatnya tak ramai isteri dan juga bekas isteri mampu menjalinkan hubungan yang baik, justeru inilah sebab netizen memuji keduanya.
Kebanyakan mereka menganggap sikap dua wanita ini menginspirasikan dan wajar dicontohi.
@ i.dinaapamungkas_MashaAllah? Dua perempuan yg bisa jadi inspirasi banyak orang… Semoga senantiasa dilimpahkan kebahagiaan untuk mom @errafazira dan bunda @laudyacynthiabella .. aamiin…
@fie_mrs_fad_Alhamdulillah.. tahniah erra kerana sngat berlembut hati & kelihatan sgt ikhlas dalam hubungan kalian.. tak ramai yg mampu begitu.. semoga menjadi inspirasi dan contoh yg baik..?
Luar biasa hati kalian
@tya.rahayu.39_Masyaallah, sungguh luar biasa hati kalian, sungguh ini menginspirasi sekali. Tidak begitu banyak perempuan yang seperti kalian. Mantan istri dan istri baru kompak, ya Allah, kalian luar biasa.
@shikintermizie_Sedih & sebak tgk gambar ini. Saya sekeluarga mmg fan erra dari zaman erra start career lg. Zaman maria mariana,zaman erra & awie, erra&yusry, erra&engku..sehingga sekarang. Erra menyimpan segala pahit manis hidupnya sendiri, xpernah bercerita apa pun keburukan sesiapa..salute u ERRA..anda sentiasa di hati kami. ??
@permas_ayu_Subhanallah.. antara mantan istri dengan istri bisa akur.. kebanyakan orang jarang yg bisa begini, biasa nya saling benci dan tidak suka.. tapi mereka luar biasaaaaa, salut utk kedewasaan nya bella??
@dhonaperdana_wanita2 hebat dlm sifat yg tulus ikhlas serta bs mengolah menurunkan ego dg sgt sempurna…. kuncinya hanyalah rasa cinta dan kasih sayang… teruslah mjdi contoh dan inspirasi utk byk org, barakallahu????❤️
Demikian sebahagian daripada ribuan komen untuk status ini yang mendapat lebih 100k reaksi walaupun baru beberapa jam dimuat naik.
Engku Emran bawa Bella jumpa Erra sebelum nikah
Difahamkan sebelum mendirikan rumah tangga, Engku Emran telah membawa Bella bertemu dengan Erra Fazira dan foto pertemuan itu dimuat naik oleh Erra Fazira pada hari pernikahan keduanya.
Ia disertai dengan ucapan tahniah dan doa yang menyentuh hati buat bekas suaminya.
Sama-sama kita doakan hubungan mereka berkekalan bahagia dan Erra bertemu pula dengan jodohnya.
Sumber: errafazira