
Isi Kandungan
Toggle
Salah satu masalah bagi pengguna telefon bimbit adalah kabel pengecas yang selalu saja rosak dan perlu diganti.
Ada yang tak sampai tiga bulan guna dan kena beli baru. Salah satu penyebabnya adalah cara kita menggulung kabel tersebut yang mungkin menyebabkan ia mudah rosak.
Sebenarnya ada teknik yang digunakan untuk menggulung kabel terutama yang mahal, ia dinamakan kaedah Roadie Wrap.
Teknik Roadie Wrap
Caranya dengan menggulung membentuk bulatan.
Bagi pengecas telefon atau komputer riba, jika kabel dan pengecas adalah bersambung atau anda tidak mahu mencabut kabel boleh lakukan cara berikut.
Kaedah 1
Kaedah 2
Tip
Pastikan bahagian kabel yang menghubungkan dengan pengecas tidak terlipat kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.
Sumber: How To Geek
DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

Isi Kandungan
ToggleSerangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.
Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.
Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih
Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.
1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.
2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.
4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.
Cara penggunaan
- Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
- Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
Tip semburan
- Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
- Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
- Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
- Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Selamat mencuba.
Sumber: Syamimah Binti Ismail.
Kaedah Tanam Pokok Tomato Supaya Cepat Berbuah, Tak Perlu Guna Biji Benih

Nak tanam pokok tomato tapi nak cepat berbuah. Boleh! Memang ada caranya.
Tak perlu tanam dari semaian biji benih sebaliknya guna kaedah tut. Pokok lebih cepat naik dan berbuah. Caranya dikongsi oleh Mohd Affandi melalui perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah.
Cara Tanam Pokok Tomato Supaya Cepat Berbuah
Tut pokok tomato. Tak perlu toreh dan buang kulit di batang tomato, hanya lekatkan medium pengakaran di batang tomato. tunggu 2 minggu dan ia akar berakar seperti ini. cara ini cepat dan mudah dari tanam biji benih.
1. Cari batang pokok yang sihat dan berakar. Boleh kikis kulitnya tapi saya tak buat.
2. Ambil peatmoss letak dalam plastik dan ikat ketat-ketat.
3. Kemudian belah dua plastik berisi peatmoss dan telangkupkan pada batang pokok tomato. Ikat kemas.
4. Dalam dua minggu lebih boleh nampak akar keluar.
5. Bila nampak akar sudah banyak boleh potong batang dan tanam dalam polibeg atau pasu.
INFO: Kaedah ini boleh juga dilakukan pada pokok cili dan terung.
Selamat mencuba.
Sumber: Mohd Affandi
Tip Praktikal Packing Barang Satu Famili Untuk Balik Beraya. Tak Perlu Punggah Bila Cari Barang

Isi Kandungan
ToggleMula hari ini ramai mak-mak yang packing barang untuk pulang beraya. Bab ini sebenarnya mencabar terutama kalau yang ada anak lebih tiga orang dan masih kecil.
Bayangkan kalau nak cuti seminggu berapa banyak baju dan kelengkapan lain yang perlu dibawa. Supaya tak pening boleh ikut tip packing dari Hani Mynis.
1. Stok baju paling kurang 3 hari
Kalau balik seminggu takkan nak bawa baju untuk seminggu jugak kan. Penuh kereta dengan pakaian nanti. Jadi boleh packing baru untuk 3 hari. Lepas 3 hari recyle baju yang sama selepas dibasuh.
2. Buat senarai supaya tiada yang tertinggal
Boleh buat senarai begini. Lengkap!
3. Gulung jangan lipat
Selain dari mengurangkan kedut cara ini juga jimat ruang dalam beg. Jadi boleh letak lebih banyak barang lain. Untuk kain yang lembut ikat dengan getah supaya tak terburai
4. Asingkan baju raya
Untuk baju raya seperti baju kurung gulung sekali dengan tudung, begitu juga dengan baju Melayu, gulung dengan sampin/kain pelikat. Buat begini untuk semua anak.
5. Baju raya beg asing
Untuk lebih mudah asingkan beg baju raya dengan pakaian harian supaya tak perlulah punggah beg di pagi raya nanti. Semua keperluan raya ada dalam satu beg, termasuklah songkok.
6. Pakaian dalam letak dalam beg kecil
Asingkan untuk setiap anak supaya senang cari. Masuk juga stoking, sapu tangan dan lain-lain.
7. Bawa beg baju kotor
Supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.
8. Bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.
9. Satukan set pakaian anak
Untuk pakaian anak, baju dan seluar nya hani gulung dan securekan dgn getah. Kalau minta suami tolong ambilkan pun takde masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun takpe dari kurang sbb budak budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung.
10. Atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas utk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.
Tambahan
Tudung instant, kardigan
Balik kampung takkan dan sepanjang masa pakai tudung lilit. Bila ada yang datang terus jer sarung tudung instant dan kardigan. Tak perlulah nak tukar baju bagai.
Medical kit
Satukan dalam bekas ubat harian yang perlu diambil begitu juga ubat anak seperti ubat demam, batuk, selesema atau alahan. Mana tahu tak sihat di kampung, klinik pula tutup waktu hari raya.
Charger, power extension, seterika
Kalau terlupa alat ini kita mungkin terpaksa menunggu giliran untuk charge telefon dan juga seterika baju.
Sumber: Hani Mynis