Goreng ikan, semua boleh buat, macam senang kan. Tapi kalau tak tahu cara goreng ikan yang senang pun tak menjadi. Ikan melekat dan kering saja. Sudahnya bila sejuk ikan goreng pun keras.
Sebab itu kena tahu teknik cara untuk menggoreng ikan yang betul supaya dapat hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).
Macam mana nak buat? Ikut penerangan ahli kimia Fatimah Salim ini. Menariknya ada sains yang perlu kita fahami di sebalik menggoreng ikan. Baru boleh dapat hasil gorengan ikan yang juicy.
Cara memasak & kawalan suhu
Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?
Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selami sains disebalik menggoreng ikan ini.
Ads
Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.
Bagaimana untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali?
Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.
Ads
Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.
Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
Bagaimana untuk mendapatkan isi ikan yang juicy, ranggup di luar, lembap di dalam
Ads
Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.
Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.
Mudahnya, kena panaskan kuali sehingga meruap dan digoreng sekejap saja.
Masuk saja rumah terus nampak dapur. Ini suasana kebanyakan ruang rumah. Sedangkan orang perempuan sebenarnya tak suka ruang dapur ‘see through’. Maklumlah ada masa keadaan dapur berkecah.
Sebab itu ramai yang akan buat divider atau pembahagi ruang yang juga berfungsi untuk lindungi ruang dapur. Boleh buat divider sekali gus tutup terus dengan dinding konkrit tapi mungkin makan modal. Bagi yang belum ada bajet mungkin boleh ikut idea perkongsian Zamrina Hashim
Idea DIY divider dari kayu pallet
Menggunakan kayu pallet, dia memisahkan ruang dapur dengan ruang makan dan ruang tamu sekali gus melindungi bahagian dapur dari terus dilihat sebaik pintu rumah dibuka.
Bahan yang digunakan
– Kayu palet 11 batang – RM 14 sebatang
– L shape bracket & skru
Pastikan kayu palet sesuai dengan ketinggian siling.
2.Untuk lekatkan kayu palet dengan siling dan lantai guna L shape bracket. Boleh beli kedai hardware atau Mr DIY.
3. Bahagian atas & bawah.
Siap! Boleh sapu varnis atau cat untuk mencantikkan lagi divider.
Dalam posting yang sama ada juga netizen berkongsi idea kreatif mereka membuat pembahagi ruang.
Kalau bercucuk tanam di rumah, pokok tomato antara yang selalu ditanam. Namun begitu mesti ramai yang tak tahu bahawa selain dari hasil buah tomato, daunnya juga berguna dan ada kelebihan tersendiri.
Menurut usahawan baja Nur Amirul Nur Azmi daun tomato sebenarnya amat berguna untuk menghasilkan racun organik yang berkesan menghapuskan serangga perosak.
Kelebihan daun tomato kalau dipotong
Lama tak kongsi posting tentang pertanian. Kali ini saya nak kongsi akan kelebihan daun tomato. Daun tomato yang koyak/dipotong akan membebaskan alkaloid yang dinamakan tomatine yang boleh merencatkan dan membawa maut kepada serangga jika kena dos nya, namun selamat untuk tumbuhan dan manusia.
Di sini saya akan kongsikan secara ringkas pembuatan racun organik dari daun tomato ini. Ia berkesan untuk;
– Aphids (afid)
– Hama
Cara membuat
Rendam 1-2 cawan daun tomato yang telah dipotong/dicarik ke dalam 2 cawan air selama semalaman atau 6 jam hingga 12 jam.
2. Tapis keluar daun tomato. Tambah 1-2 cawan air ke dalam air daun tomato. Simpan air daun tomato didalam botol.
3. Sembur bahagian tumbuhan yang perlu terutama dibahagian bawah daun kerana ia merupakan kawasan kegemaran aphids.
Kelebihan
Semburan daun tomato dilaporkan tidak memudaratkan serangga yang bermanfaat kepada tumbuhan.
Pastikan pokok tomato yang korang ambil daun tu bebas dari sebarang penyakit dan virus sebelum dijadikkan racun organik. Tak pasal-pasal jadi agen penyebar penyakit pula.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...